NEW YORK, 21 November 2014 /PRNewswire/ --
Hasil Gabungan Akan Memacu Kepimpinan dalam Perkhidmatan Rangkaian Seluruh Dunia
Tech Mahindra Ltd., pakar dalam transformasi digital, rundingan serta rekayasa semula perniagaan, hari ini mengumumkan ia telah menandatangani persetujuan definitif bagi mengambil alih peneraju perkhidmatan rangkaian global, Lightbridge Communications Corporation (LCC) dengan nilai perusahaan kira-kira USD 240 juta, tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia. Urusniaga itu dijangka akan ditutup pada Suku Keempat tahun fiskal 2015 Tech Mahindra.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140904/705203 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141120/717700 )
Beribu pejabat di McLean, Virginia, LCC merupakan salah satu penyedia perkhidmatan rekayasa rangkaian global bebas yang terbesar di dunia untuk industri telekomunikasi, yang mempunyai lebih 5,000 kakitangan di lebih 50 negara. Dengan hasil tahunan melebihi $400 juta, LCC telah menghasilkan 350 rangkaian dan membina lebih 350,000 tapak sel untuk lebih 400 pengguna di seluruh dunia. Pengambilalihan itu meletakkan Tech Mahindra sebagai rakan kongsi cemerlang bagi perkhidmatan rangkaian pada peringkat global.
Melalui pengambilalihan ini Tech Mahindra juga akan mengurus peluang pasaran yang berkembang pesat sementara syarikat dan perusahaan telekomunikasi mempercepat kitar naik taraf rangkaian. Memandangkan rangkaian semakin menjadi berasaskan IP dan maya sepenuhnya, perisian akan memainkan peranan penting dalam mengurus rangkaian tersebut pada masa hadapan. Kemahiran perisian Tech Mahindra yang tinggi, digabungkan dengan kemampuan rekayasa rangkaian bertaraf dunia milik LCC akan terus membezakan tawaran Tech Mahindra untuk para pelanggan Komunikasi dan Perusahaan kami.
Pengambilalihan LCC akan membantu mengukuhkan pelaburan sistematik yang dilakukan oleh Tech Mahindra dalam perniagaan perkhidmatan rangkaian sejak beberapa tahun lalu. Perkhidmatan operasi, integrasi dan juga rundingan rangkaian Tech Mahindra berserta perkhidmatan lapangan dan rekayasa rangkaian LCC akan membolehkan syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan rangkaian untuk penyedia perkhidmatan komunikasi dan juga ekosistem rakan kongsi yang mengurus keperluan sektor komunikasi.
Vineet Nayyar, Naib Pengerusi Eksekutif, Tech Mahindra berkata: "Perkongsian ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah globalisasi Tech Mahindra di samping mengalu-alukan kehadiran pelbagai tenaga kerja yang terdiri daripada lebih 5,000 ahli profesional rangkaian dari lima benua dan lebih 50 negara. Kami berharap perkhidmatan rangkaian akan menjadi enjin pertumbuhan utama untuk organisasi kami."
CP Gurnani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Tech Mahindra berkata, "Pengambilalihan ini menandakan detik yang penting untuk Tech Mahindra dan sektor perkhidmatan rangkaian. Kini kami akan menjadi penyedia perkhidmatan teknologi terbesar dan paling komprehensif untuk para penyedia perkhidmatan komunikasi. Pengalaman kami yang luas selama 25 tahun dalam menyediakan penyelesaian teknologi untuk perusahaan dan penyedia perkhidmatan komunikasi pada peringkat global akan diperkukuh secara signifikan oleh pengambilalihan ini."
"Selama lebih tiga dekad, LCC telah berkembang menjadi penyedia bebas terbesar bagi perkhidmatan rekayasa wayarles. Hasil gabungan LCC dan Tech Mahindra akan mewujudkan organisasi rekayasa rangkaian, penggunaan dan perkhidmatan terurus paling besar dalam industri ini," kata Kenneth Young, Ketua Pegawai Eksekutif LCC. "Kepelbagaian perkhidmatan Tech Mahindra untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian terurus yang maju, digabungkan dengan saiz dan skalanya akan membantu kami meningkatkan prestasi rangkaian pelanggan kami yang sentiasa berubah," beliau berkata lagi.
Ernst & Young merupakan rakan kongsi usaha Tech Mahindra manakala Dechert LLP pula merupakan penasihat undang-undang Tech Mahindra untuk perjanjian ini. Jefferies LLC bertindak sebagai penasihat kewangan tunggal untuk LCC manakala Covington & Burling LLP pula berperanan sebagai penasihat undang-undang LCC.
Hubungi kami melalui http://www.techmahindra.com
Untuk Pertanyaan Lanjut:
Global:
Aashish Washikar | Ketua – Perhubungan Media | Tel: +91-40-30675493 |
E-mel: aashish.washikar@techmahindra.com
Seluruh Amerika:
Kevin Sugarman | Global Fluency | Tel: +1-408-677-5311 | E-mel: Ksugarman@globalfluency.com
Sumber: Tech Mahindra Ltd