omniture

Masa Hadapan Tenaga Bergantung Pada Pilihan Pembiayaan yang Dibuat Hari Ini, Ingatan Oleh Majlis Tenaga Sedunia

World Energy Council
2014-11-25 09:00 157

WASHINGTON DC, 25 November 2014 /PRNewswire/ --

Pemeringkatan tahunan 129 negara mendapati hanya tiga mendapat markah AAA

Keputusan yang dibuat pihak kerajaan dan pelabur hari ini bakal menjayakan atau menggagalkan kemampanan sistem tenaga global untuk masa akan datang, menurut laporan Majlis Tenaga Sedunia yang baharu.

Laporan itu, "Trilema Tenaga Dunia: masa untuk menjadi realistik – mitos dan realiti pembiayaan sistem tenaga", mendapati yang sambil sistem tenaga global semakin ditekan dan kerajaan pula makin mengehadkan perbelanjaan mereka, kemampuan untuk melaksanakan pelaburan AS$ 48 trilion yang diperlukan untuk tenaga bagi 20 tahun seterusnya telah dipersoalkan, mengancam kemampuan negara untuk membekalkan tenaga mampan, andal serta mampu milik kepada rakyat mereka.

Joan MacNaughton, Pengerusi Eksekutif Trilema Tenaga Dunia, memberi komen:

"Tidak seperti amaran oleh ramai pengulas lain, laporan kami mendapati modal dalam sektor swasta wujud pada skala yang diperlukan, tetapi para pelabur dan pembangun perlu melabur jauh melangkaui zon keselesaan mereka, dan mereka akan memerlukan bantuan lebih rapi daripada pihak kerajaan, pengawal selia serta institusi kewangan antarabangsa daripada apa yang dibayangkan buat masa kini."

Bagi mencapai tahap pelaburan yang diperlukan, kajian ini mengenal pasti saranan berikut daripada sektor kewangan:

  • Penggubal dasar mesti melaksanakan kerangka kerja kawal selia dan dasar bagi menggalakkan pelaburan dan mengurangkan risiko politik dan kawal selia.
  • Infrastruktur kewangan mesti tersedia agar modal dapat mengalir mudah kepada sektor tenaga, manakala pembiaya pula mesti lebih rela melabur dalam teknologi baharu dan juga negara membangun dengan keperluan terbesar untuk infrastruktur baharu.
  • Sektor tenaga mesti menjana saluran mantap untuk projek boleh untung.

Laporan itu turut merangkumi Indeks Trilema Tenaga, pemeringkatan kuantitatif yang telah meletakkan empat negara dalam pemerhatian negatif pada tahun ini (Jerman, Itali, Jepun, UK), manakala negara lain pula boleh diperbaiki dalam satu atau lebih dimensi trilema: keselamatan tenaga, akses tenaga serta kemampanan alam sekitar. Daripada 129 negara yang diperingkatkan, hanya tiga negara mencapai markah 'AAA' dalam trilema mereka, dengan salah satu daripada negara itu, UK, menunjukkan arah aliran menurun dalam keselamatan tenaga.

Usaha ini telah dijalankan dengan syarikat khidmat rundingan pengurusan global Oliver Wyman dan saranan pula dibuat berdasarkan temu bual dengan hampir 50 pemimpin daripada sektor kewangan tenaga antarabangsa.

Muat turun laporan: http://www.worldenergy.org/publications/

Majlis Tenaga Sedunia merupakan rangkaian pemimpin dan pengamal yang menggalakkan sistem tenaga mampu milik, stabil dan juga sensitif terhadap alam sekitar untuk manfaat yang terbesar sekali.

Hubungi: Monique Tsang / tsang@worldenergy.org / +44-2032140616

SUMBER  Majlis Tenaga Sedunia

Source: World Energy Council
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Gas Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research