omniture

Pembentangan Siaran Web Metro Pacific Investments Corporation Kini Disediakan untuk Tontonan Atas Permintaan: dbVIC - Persidangan Pelabur Maya ADR Deutsche Bank

Metro Pacific Investments Corporation
2014-11-25 19:54 89

- Metro Pacific Investments Corporation menjemput semua pelabur institusi dan individu untuk menonton pembentangan dalam talian

NEW YORK, 25 November 2014 /PRNewswire/ -- Metro Pacific Investments Corporation (PSE:MPI), hari ini mengumumkan pembentangan Persidangan Pelabur Maya ADR Deutsche Bank dbVIC bertarikh 19 November kini boleh ditonton secara dalam talian, mengikut permintaan.

PAUTAN: www.adr.db.com/dbvic

Pembentangan oleh Metro Pacific Investments Corporation akan disediakan untuk tontonan sepanjang masa selama 90 hari. Para pelabur boleh memuat turun bahan pemegang saham daripada gerai pameran dagangan maya dalam bahagian Pameran.

Latar Belakang Metro Pacific Investments Corporation:

Metro Pacific Investments Corporation merupakan syarikat pelaburan dan pengurusan tersenarai awam yang berpangkalan di Filipina, dengan pegangan dalam Maynilad Water Services, Inc., Manila Electric Company, Metro Pacific Tollways Corporation, Makati Medical Center, Cardinal Santos Medical Center, Asian Hospital, Davao Doctors Hospital, Riverside Medical Center, Lourdes Hospital, De Los Santos Medical Center serta Central Luzon Doctors Hospital.

Penafian:

Pembentangan ini mungkin mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan" yang tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh memberi kesan kepada perniagaan dan hasil operasi MPIC. Walaupun MPIC yakin jangkaan yang digambarkan dalam apa-apa kenyataan pandang ke hadapan adalah munasabah, ia tidak memberi sebarang jaminan terhadap prestasi masa depan, tindakan ataupun peristiwa.

Source: Metro Pacific Investments Corporation
Related Stocks:
Manila:MPI OTC:MPCFF OTC:MPCIY
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Utilities Web Site