omniture

"Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU" Kini Tersedia melalui Nintendo Switch dengan DLC Baharu

Imagineer Co., Ltd.
2024-07-12 13:00 35

TOKYO, 12 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Imagineer Co., Ltd. dengan gembiranya mengumumkan pelancaran "Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU," tersedia mulai hari ini, 12 Julai 2024. Bersama-sama permainan ini, kami turut melancarkan tiga DLC baharu yang menarik.

"Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU"
"Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU"

DLC pertama ialah "Miku Exercise Editor", ciri baharu yang membolehkan pemain menyesuaikan dan mencipta rutin Miku Exercise mereka sendiri. Dua lagi DLC ialah Exercise BGM Packs, yang melibatkan gubahan instrumental lagu-lagu Piapro Characters yang terkenal.

Exercise BGM Pack Vol.1 termasuk:
WORLD IS MINE
Tale of the Deep-sea Lily
dreamin chuchu

Exercise BGM Pack Vol.2 termasuk:
Hand in Hand
kokoro
Paradichlorobenzene

"Salam sejahtera diucapkan kepada semua peminat di Asia yang tidak sabar-sabar menantikan keluaran 'Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU.' Kami berasa teruja untuk membawakan permainan baharu yang menampilkan Hatsune Miku ini kepada anda semua. Melalui permainan ini, anda boleh berseronok bersenam bersama-sama Hatsune Miku. Sama ada anda seorang yang kerap bersenam atau seseorang yang mendapati sukar untuk kekal aktif, anda boleh menyesuaikan menu untuk memenuhi keperluan anda. Kami berharap anda akan menjadikannya sebahagian daripada rutin anda dan berseronok untuk kekal aktif bersama Miku," kata En. Koizumi, penerbit di Crypton Future Media, INC.

Ciri-ciri Utama

Karakter:
Pilih pasangan anda bermula daripada Hatsune Miku, Kagamine Rin, Kagamine Len dan Megurine Luka. Anda juga boleh menyesuaikan penampilan mereka dengan kostum eksklusif demi pengalaman senaman diperibadikan.

Miku Exercise:
Asyikkan diri anda dengan senaman yang ditetapkan dengan lagu-lagu asal daripada Piapro Characters. Alami sesi senaman yang dinamik dengan lagu-lagu klasik yang popular seperti "Hated by Life" dan "Romeo & Cinderella" serta lagu-lagu baharu yang eksklusif.

Butiran Keluaran

Judul: Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU
Platform: Nintendo Switch
Genre: Senaman
Harga: Berbeza-beza mengikut kawasan
Pemain: 1-2
Penarafan: Semua peringkat umur
Penerbit: Imagineer
Laman Web:
https://fitboxing.net/hatsunemiku/en/
PV:
https://www.youtube.com/watch?v=TPVE15ILaDU
PV DLC:
https://youtu.be/Nrxrj9tJwzM

Art by Iwato, © Crypton Future Media, INC. www.piapro.net
© Imagineer Co., Ltd., Nintendo Switch ialah tanda dagangan Nintendo.
"Exercise with Miku" dan "Miku Exercise" ialah tanda dagangan Crypton Future Media, INC.

Latar Belakang Imagineer Co., Ltd.:
Ditubuhkan pada tahun 1986, Imagineer Co., Ltd. terus menerajui dengan komitmen untuk menyediakan hiburan berkualiti tinggi yang memberi kepuasan dan menggembirakan pengguna seluruh dunia.   

Source: Imagineer Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services