XUZHOU, China, 26 November 2014 /PRNewswire/ -- bauma China 2014 dwitahunan, yang merupakan salah satu daripada 3 pameran terbaik di dunia bagi jentera pembinaan dan acara paling eksklusif dalam industri ini yang diadakan di Asia, akan berlangsung di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 25 November. Lebih 3,000 pengilang jentera pembinaan, peniaga, pembekal dan juga pembeli dari lebih 40 negara akan mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Melalui produknya yang berkelas atasan, daripada segi reka bentuk dan teknologi, peneraju industri jentera pembinaan China XCMG (Xuzhou Construction Machinery Group) menjadi tumpuan utama pada acara tersebut. Sambil pemain industri itu yang berasal dari China semuanya mengalami suatu perubahan, XCMG memperlihatkan kepimpinannya yang agresif dalam inovasi dan pembangunan produk berkelas atasan.
Bertemakan "Menerajui Pasaran Berkelas Atasan untuk Dunia Lebih Mesra Alam", XCMG akan memperkenalkan 45 jenis enjin utama yang baru dicipta dan 41 jenis alat ganti asas utama yang dilengkapi dengan ciri berkelas atasan, pintar serta mesra alam pada acara tersebut. Peralatan baharu yang berteknologi tinggi, bernilai tambahan yang tinggi serta mempunyai keandalan tinggi itu berkebolehan untuk mengendalikan muatan besar dan merangkumi kren pembinaan, jengkaut untuk projek pembinaan yang berskala besar dan sedia guna, pembancuh konkrit yang disepadukan sepenuhnya dengan teknologi Schwing dari Jerman, pemindah tanah serta peralatan kejuruteraan perlombongan. XCMG terus menambah baik jentera pembinaan buatan China bagi menepati norma antarabangsa dan telah memberi keutamaan tertinggi kepada objektif ini. Semasa pameran tersebut, XCMG merancang untuk membentangkan cadangan "Eko-Imaginasi" kepada semua rakan kongsi globalnya, menggesa setiap anggota rantaian produk untuk mempercepat pembangunan dan pelaksanaan teknologi serta produk yang menjimatkan tenaga. Para pelanggan serta peniaga tempatan dan luar negara dijangka akan memberikan sokongan dengan menyatakan kesanggupan untuk mengurangkan penggunaan tenaga serta mengikuti laluan pembangunan yang mampan.
Sebagai pengeluar terbesar di China bagi jentera pembinaan, XCMG telah memulakan operasi kilang pengeluarannya di Brazil pada tahun ini. Di samping itu, syarikat ini telah membina pusat penyelidikan dan pembangunan di Jerman dan A.S., serta menggabungkan operasi tiga pengeluar di Eropah. Produk XCMG telah dieksport ke 169 negara dan wilayah di serata dunia. Jumlah eksport melebihi RMB 100 bilion pada tahun 2012, manakala syarikat ini berada pada kedudukan ke-5 daripada segi jumlah jualan di seluruh industri. Transformasi teknologi yang telah berlaku dalam kalangan pengeluar jentera pembinaan yang berpangkalan di China, terutamanya XCMG, telah benar-benar meluaskan pengaruh dan memperkasa para pengeluar jentera berkelas atasan dari China dalam pasaran dunia serta perlahan-lahan mengubah landskap persaingan pada peringkat global.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://baumachina2014.xcmg.com/
Carolina Li
xcmg_media@163.com
SUMBER XCMG