SINGAPURA, 26 November 2014 /PRNewswire/ -- Kumpulan hospitaliti Asia yang memenangi anugerah, Meritus Hotels & Resorts mengumumkan perjanjian pengurusan yang dimeterai bersama pemaju hartanah Indonesia, PT. Bali Seminyak Sejahtera untuk mengurus tempat peranginan baharu yang dibina di Seminyak, yang merupakan salah satu destinasi paling terkenal di pulau Bali, Indonesia.
Meritus Bali Seminyak Resort & Spa terletak di lokasi yang sangat sesuai di tengah-tengah Pekan Seminyak yang berkelas tinggi, terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan restoran serta bar yang mengikuti perkembangan arah aliran semasa. Pembukaan tempat peranginan ini dijadualkan pada tahun 2016.
Tempat peranginan tersebut akan menyediakan 181 bilik tetamu, setiap satunya dilengkapi secara teliti dengan kemudahan khas untuk tetamu, sistem hiburan dalam bilik yang canggih serta sambungan yang efisien. Reka bentuknya akan menggambarkan gabungan seni bina Bali yang klasik dan juga hiasan dalaman timur moden, berserta motif yang diilhamkan oleh China.
Para tetamu Meritus Bali Seminyak Resort & Spa juga akan menikmati kemudahan rekreasi seperti kolam renang yang luas, pusat kecergasan serta spa kesihatan. Pusat perniagaan dengan perkhidmatan penuh akan melengkapkan ruang persidangan dan acara yang komprehensif di pusat peranginan itu.
Masakan tempatan dan antarabangsa juga akan dihidangkan di kedai makanan dan minuman dengan tema yang tersendiri, berserta bar berbumbung yang direka untuk memperlihatkan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.
Berucap pada majlis menandatangani perjanjian itu, Ricky Thomasia Naro, Presiden dan Pengarah PT. Bali Seminyak Sejahtera, berkata, "Jenama Meritus sentiasa mendapat sokongan yang padu di Indonesia. Kami teruja dengan perkongsian ini, dan yakin melalui rekod prestasi serta kepakaran Meritus, pusat peranginan baharu ini berada pada kedudukan yang baik untuk meningkatkan mutu penginapan pusat peranginan mewah di Seminyak, di samping menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan di destinasi yang dinamik ini."
"Bali menyediakan peluang yang menarik untuk kami memperluas kehadiran jenama kami dalam pasaran yang penting ini dengan memberikan pengalaman hospitaliti Asia yang tersendiri untuk jenama Meritus," kata Tan Choon Kwang, Ketua Pegawai Operasi Meritus Hotels & Resorts. "Ketika kami berusaha memperluas jejak jenama kami di beberapa destinasi strategik di seluruh Asia Pasifik, kami akan terus berpegang pada falsafah perkhidmatan yang telah kami perjuangkan sejak 40 tahun lalu – yang diilhamkan oleh sifat ambil berat kami terhadap para tetamu dan juga perkhidmatan yang mesra serta intuitif oleh kakitangan kami."
Meritus merupakan penerima anugerah Jenama Warisan Paling Terkenal sebanyak tiga kali di majlis Anugerah Jenama Berprestij Singapura (SPBA), yang memperlihatkan kesannya sebagai jenama tempatan Singapura dan penanda aras bagi nilai serta amalan terbaik yang berusaha digapai oleh pemilik jenama tempatan yang lain. Dalam tempoh dua tahun lalu, Meritus juga telah dianugerahkan sebagai Pemenang Global -- Jenama Hotel Mewah di majlis Anugerah Hotel Mewah Sedunia.
Untuk maklumat lanjut tentang Meritus Hotels & Resorts, sila layari http://www.meritushotels.com.
Maklumat Perhubungan Akhbar:
Janice Azupardo
Naib Presiden Serantau, Penjenamaan & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
DID: +65-6831-6385
Emel: janice.azupardo@meritushotels.com
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141124/8521407016
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg