AGUEDA, Portugal, 27 November 2014 /PRNewswire/ --
MIRANDA®, pembekal utama dalam industri basikal, hari ini mengumumkan pelancaran set engkol INFINIUM™ revolusioner, bagi memperkenalkan teknologi ChainFLOW™ mereka, dengan profil gigi luar biasa, ke pasaran.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7384751-miranda-infinium-bicycle-crankset/
Dilindungi melalui paten antarabangsa yang telah diterbitkan dan yang masih belum selesai, teknologi ChainFLOW merupakan penyelesaian MIRANDA bagi kecenderungan profil gigi yang tidak lebar. Diciptakan bagi mengatasi sistem yang ada pada masa kini, ChainFLOW membantu mengurangkan kehausan dan hingar operasi, mengelakkan rantai daripada jatuh, dan turut meningkatkan kecekapan keseluruhan dengan mengurangkan pembaziran tenaga ke tahap minimum. Dengan berkurangnya geseran antara rantai dan gelang rantai itu, kayuhan menjadi lebih lancar dan lebih terkawal, dengan kecekapan kuasa maksimum dalam semua keadaan menunggang. Ini terhasil daripada profil gigi proprietari dan bukan standard, yang membolehkan rantai disambungkan dengan lebih pantas pada gelang rantai, terus pada bahagian yang bergerak dan pada lebih banyak titik hubungan, lalu mengurangkan haus secara signifikan serta meningkatkan pengagihan beban pada rantai. Gigi dengan ketepatan yang dimesin mempunyai had terima yang sangat ketat, supaya operasi rantai menjadi lebih jelas dan progresif, walaupun dalam keadaan menunggang yang amat berlumpur.
Bagi terus meningkatkan prestasi, gelang rantai aloi titanium pada INFINIUM disalut dengan bahan pelindung matriks nano karbon yang dirumus khas, lalu mengurangkan geseran kepada hampir sifar dan benar-benar meningkatkan ketahanan serta jangka hayat gelang rantai itu. Spindel, yang akan disediakan untuk pelbagai konfigurasi pendakap bawah, juga dihasilkan daripada aloi titanium, dengan reka bentuk yang mampu menangani keadaan bebanan yang amat tinggi.
Bagi melengkapkan ketegaran dan keandalan tinggi set engkol INFINIUM ini, model lengan engkol Delta telah dicipta menerusi proses pembuatan aluminium ditempa sejuk struktur nano proprietari dan automatik yang khas. Terkenal dengan ketahanannya, Delta yang memenangi anugerah ini boleh didapati dalam saiz 170mm atau 175mm, boleh menampung dan menyerap impak batu keras tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada struktur. Sifat ketahanan yang tiada tandingan ini serta rintangan yang hebat terhadap impak disahkan oleh laporan ujian yang dibuat oleh beberapa makmal luar yang ternama, walaupun dalam keadaan yang jauh melangkaui standard keselamatan yang ditetapkan oleh DIN EN.
Seluruh set direka agar menjadi sangat tahan lasak tetapi ringan, dengan berat kurang 590 gram pada beberapa konfigurasi, menjadikannya salah satu set engkol paling ringan yang boleh didapati, dengan nisbah kekuatan-kepada-berat yang hebat. Namun begitu, ciri yang benar-benar membezakan set engkol ini dengan set engkol lain yang boleh didapati dalam pasaran adalah ia menggabungkan bahan luar biasa dan premium seperti titanium pada gelang rantai dan spindel (belum ada set engkol 1x11 yang menggunakan aloi ini dalam pasaran), dan juga lapisan berasaskan karbon untuk melincirkan dan melindungi gelang rantai tersebut. Set engkol INFINIUM adalah yang pertama yang menggabungkan teknologi canggih ChainFLOW – suatu inovasi yang akan meningkatkan pengalaman menunggang jika prestasi tinggi diperlukan.
Set engkol INFINIUM ini akan dipasang pada beberapa basikal eksklusif daripada jenama terkemuka dan boleh didapati pada Suku Pertama tahun 2015:
Untuk maklumat lanjut tentang Set Engkol INFINIUM, sila layari: http://service.miranda.net/produtos/infinium
Video: http://www.multivu.com/players/English/7384751-miranda-infinium-bicycle-crankset/
Joao Filipe Miranda, email: press@miranda.pt
Sumber: MIRANDA