TAIPEI, 27 November 2014 /PRNewswire/ -- Para pelajar sekolah rendah di Taiwan dan Sabah, Malaysia berpeluang untuk bertemu satu sama lain buat julung kalinya melalui teknologi masa nyata dalam talian bagi mengambil bahagian dalam pendidikan interaktif pada bulan November 2014. Kejayaan pengajaran peringkat percubaan ini meluaskan pandangan antarabangsa dalam kalangan para pelajar dan membuka beberapa peluang baharu untuk pendidikan kreatif peringkat antarabangsa.
Dengan terdapatnya dorongan yang menggalakkan daripada Biro Pembangunan Industri Taiwan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, pembangunan industri e-pembelajaran telah diusahakan sejak lebih 10 tahun. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, skop pembangunan telah diperluas kepada kampus pintar (iCampus). Melalui penyelesaian menyeluruh yang merangkumi iGovernance, iManagement, iLearning, iGreen, iSocial serta iHealth, sumber yang diperoleh daripada dalam dan luar sekolah disepadukan bagi menyediakan suasana pembelajaran berkualiti demi meningkatkan daya saing antarabangsa pelajar secara menyeluruh. Pengajaran peringkat percubaan ini menggunakan produk dan perkhidmatan iCampus dari Taiwan, menghubungkan 6 sekolah, yang terdiri daripada 2 sekolah di Sabah, Malaysia dan 4 sekolah di Kaohsiung serta Taitung, Taiwan. Hasil daripada antara muka yang mesra pengguna, para pelajar yang tinggal di kawasan berlainan di seluruh dunia berjaya bertukar-tukar maklumat tentang adat resam Melayu dalam majlis perkahwinan dan juga ekologi khas monyet batu yang berasal dari Taiwan, antara pelajaran lain.
Pengajaran peringkat percubaan ini menerima sokongan penuh daripada Datuk Chu Fui Khin, pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekolah Rendah Cina Sabah, para pengerusi dan guru besar SJK(C) Chung Hwa Likas serta SJK(C) Lok Yuk Likas dan ramai lagi. Memandangkan keupayaan integrasi perkakas dan perisian Taiwan mampu mencapai prestasi hebat semasa pengajaran peringkat percubaan ini, sekolah di Sabah, Malaysia yakin dengan pengenalan iCampus dan menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Taiwan bagi mencapai keputusan pengajaran yang cemerlang. Di samping itu, mereka berharap akan beroleh lebih banyak pertukaran untuk menjalin kerjasama bagi menyemai tenaga baharu ke dalam bidang pendidikan.
Artikel ini merupakan iklan untuk Biro Pembangunan Industri Taiwan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tina Shao @+886-2-6631-6736 atau tinashao@iii.org.tw.