omniture

Auria Mengumumkan Pelantikan QiuMing Yang sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kerana Brian Pour Meletakkan Jawatan

Auria
2024-07-17 21:26 28

SOUTHFIELD, Mich., 17 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Auria, pembekal terkemuka sistem kejuruteraan tinggi untuk akustik automotif, tekstil dan pengurusan kargo bagi kenderaan gas dan elektrik, pada hari ini mengumumkan pelantikan QiuMing Yang [CHOO-ming Yahng] sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa pada 22 Julai 2024. Yang menggantikan Brian Pour, yang meletakkan jawatan selepas menerajui perniagaan itu selama tujuh tahun yang lalu sejak penubuhan syarikat tersebut.

QiuMing Yang, president and CEO, Auria, effective July 22, 2024
QiuMing Yang, president and CEO, Auria, effective July 22, 2024

Yang telah berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif dan pengarah urusan Auria untuk operasi Asia/RSA sejak penubuhan syarikat pada tahun 2017, yang pada masa itu beliau telah mengembangkan pangkalan pelanggan syarikat, sambil menambah lima kemudahan pembuatan baharu di rantau itu. Yang akan berpangkalan di ibu pejabat operasi syarikat di Southfield.

"Kami yakin sepenuhnya bahawa pemahaman menyeluruh Qiuming Yang tentang perniagaan dan pencapaian kerjaya yang mengagumkan menjadikannya sesuai untuk melalui tempoh peralihan dengan lancar kepada peranan presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Kami mengucapkan tahniah kepada Yang atas pelantikan yang sememangnya wajar ini!" kata Pengerusi Lembaga Pengarah, Zhijun Lu.

Yang berkata, "Saya berbesar hati kerana berpeluang menerajui syarikat hebat ini dan pekerja kami yang cukup berbakat. Bekerja bersama Brian merupakan satu keistimewaan dan saya amat teruja untuk terus membina asas dan momentum yang diwujudkan di bawah kepimpinannya. Memandangkan kita terus memacu ke arah sasaran kewangan dan standard kelestarian kita dengan keazaman yang tinggi, saya tahu bahawa masa depan Auria adalah cukup cerah!"

Pour berkata, "Auria telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan saya sepanjang tempoh 7 tahun yang lalu. Saya berasa cukup berbangga dengan hasil yang kami, sebagai satu pasukan, telah capai bersama. Bersama-sama, kami telah mengubah Auria daripada usaha sama syarikat permulaan kepada peneraju global dalam bahan permukaan dalaman automotif dan sistem akustik. Saya telah bekerja rapat dengan Yang selama 20 tahun di Auria dan syarikat legasi, serta mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh bahawa Auria akan terus membina kejayaan dan berkembang maju di bawah kepimpinannya."

Lu berkata, "Bagi pihak seluruh Lembaga Pengarah, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Brian atas kepimpinannya yang cemerlang dan impak yang tidak ternilai terhadap Auria. Beliau memainkan peranan penting dalam membina Auria kepada syarikat yang dapat dilihat hari ini dan menetapkan organisasi di laluan untuk kejayaan berterusan. Kami berharap agar beliau berjaya dalam usahanya pada masa akan datang."

Biografi penuh QiuMing Yang bolehdidapati di laman web Auria.

Auria ialah peneraju dalam sistem kejuruteraan tinggi untuk akustik automotif, alas lantai, bahan penutup siling, bahan permukaan dalaman dan pengurusan kargo. Kami bersedia memberikan penyelesaian berinovatif, ringan dan mampan yang membantu menjadikan kenderaan pada hari ini lebih senyap, tahan lama dan lebih selesa, sambil meminimumkan impak alam sekitar.

Butiran Hubungan: Global
Julie Noyes
Pengarah, Komunikasi & Pemasaran
Telefon +248 862-1709
julie.noyes@auriasolutions.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2462372/QiuMing_Yang.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2462371/Auria_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Auria
Keywords: Auto Computer/Electronics Mining/Metals Transportation Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) General Manufacturing