omniture

Modul siri 720W Vertex N Trinasolar ungguli ujian prestasi dalam bangunan PV Magazine

Trina Solar Co., Ltd
2024-07-18 20:00 64

CHANGZHOU, China, 18 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Modul siri 720W Vertex N Trinasolar telahpun mencapai kedudukan teratas dalam ujian PV Magazine, menunjukkan prestasinya yang cemerlang dalam kesemua kategori ujian prestasi dalam bangunan. Bersama-sama modul hitam jernih Vertex S+, kedua-dua modul ini memperoleh dua kedudukan teratas antara kesemua modul TOPCon yang diuji.

Ujian PV Magazine merangkumi kedua-dua ujian prestasi dalam bangunan dan penilaian ujian luar bangunan, bertujuan untuk memberikan penilaian komprehensif terhadap prestasi modul PV dari pelbagai perspektif.

Terdapat lima kategori wajib dalam ujian dalam bangunan: pemeriksaan visual, elektropendarcahaya (EL), prestasi cahaya malap, pekali suhu dan degradasi teraruh berpotensi (PID), serta kategori pilihan iaitu degradasi teraruh cahaya (LID). Modul siri 720W Vertex N Trinasolar dan modul hitam jernih Vertex S+ masing-masing menduduki kedudukan pertama dan kedua antara kesemua modul TOPCon yang diuji, dengan purata skornya ialah 95 dan 92 dalam kategori ujian wajib, menonjolkan prestasi unggul serta keandalan modul Trinasolar.

Modul Vertex N Trinasolar menunjukkan prestasi keseluruhan yang terbaik antara kesemua modul TOPCon bagi ujian prestasi cahaya malap dan ujian pekali suhu, dua penunjuk utama yang paling mempengaruhi hasil tenaga setiap watt modul. Modul Vertex N Trinasolar mendapat markah yang jauh lebih baik daripada produk-produk lain dalam ujian PID dan LID, dua subkategori bagi keandalan. Ini dapat memastikan operasi yang lancar terutamanya dalam persekitaran yang sukar.

Modul siri 720W Vertex N Trinasolar dan modul hitam jernih Vertex S+ menggunakan teknologi i-TOPCon jenis-n, berdasarkan kepada platform teknologi produk 210mm termaju. Kedua-dua modul ini menyampaikan nilai luar biasa dalam semua persekitaran aplikasi, dengan kuasa tinggi, kecekapan tinggi, hasil tenaga tinggi, keandalan tinggi dan LCOE rendah.

Cao Yunduan, ketua penjenamaan dan pemasaran global di Trinasolar, berkata: "Modul Vertex N dan Vertex S+ kami menjadi sangat popular di seluruh dunia hasil daripada keandalan dan prestasinya serta diaplikasikan dalam banyak persekitaran berbeza. Prestasi modul Vertex N dan Vertex S+ yang mengagumkan dalam ujian baru-baru ini mengesahkan sekali lagi dedikasi kami untuk menyampaikan produk unggul yang dapat memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang."

Trinasolar, menerusi misinya iaitu "Tenaga Solar buat Semua", menumpukan untuk menawarkan lebih banyak nilai pelanggan dengan membangunkan produk berkecekapan tinggi dan berkuasa tinggi dengan teknologi hebat, seterusnya menyumbang kepada masa depan sifar-bersih.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research