DUBAI, UAE, 1 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Video animasi itu adalah yang pertama seumpamanya dalam industri hospitaliti
Bagi meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-15, Burj Al Arab Jumeirah, hotel paling mewah di dunia, telah melancarkan The Dream – suatu video grafik gerakan hebat yang membawa penonton menelusur perjalanan yang bermula dengan wawasan, sebelum beralih kepada ketibaan, kepada pengenalan, seterusnya kepada kesungguhannya dan akhirnya janji untuk lebih banyak tawaran hebat yang bakal disajikan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141127/718186 )
The Dream – dihasilkan khusus untuk memperingati ulang tahun yang istimewa ini – menggunakan teknik pendedahan berganda yang tersendiri bagi mencerminkan reka bentuk estetik hotel itu, teksturnya, semua warnanya yang terang dan juga corak Burj Al Arab yang meriah.
The Dream turut memaparkan beberapa lokasi di hotel itu yang paling terkenal, termasuklah layarnya yang cukup masyhur, landasan helikopter dan juga atrium setinggi 180m – paling tinggi di dunia.
"Burj Al Arab Jumeirah sentiasa berusaha mencari cara baharu untuk mengekspresikan keunikannya kepada peminatnya yang ramai di seluruh dunia," kata Ross McAuley, Naib Presiden Kumpulan bagi Jenama, Digital serta Kesetiaan di Jumeirah Group. "Hotel ini sentiasa berusaha untuk menjadi berani dan inovatif. Kali ini inovasinya lebih berseni, menggunakan teknik penggambaran pendedahan berganda yang dirancang dengan teliti bagi memperlihatkan segala unsur ikon yang luar biasa ini, agar seakan-akan hidup dengan naratif bak mimpi serta turutan imej yang memukau. Ini merupakan satu lagi contoh hebat janji Jumeirah melalui cogan katanya STAY DIFFERENT™."
Nota kepada Editor
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Burj Al Arab, Jabatan Pemasaran dan Perhubungan Awam
Peti surat 74147, Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Izabela Hamilton
Talian: +971-4-301-7565
E-mel: BurjAlArabPR@jumeirah.com
Layari laman web kami di: http://www.jumeirah.com/burjalarab
Sumber: Burj Al Arab