omniture

Dunkin' Donuts Raikan Musim Perayaan Dengan Donut Krismas Baharu

Dunkin' Donuts
2014-12-01 14:17 109

-- Dunkin' Donuts menawarkan Donut Orang Salji, Kotak Cenderamata dan Log Krismas buat tempoh terhad di beberapa Restoran Terpilih di Malaysia

CANTON, Massachusetts, 1 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Dunkin' Donuts, salah satu rangkaian restoran kopi dan makanan bakar yang terkemuka di dunia, meraikan musim perayaan pada Disember ini dengan memperkenalkan pelbagai pilihan donut Krismas baharu. Donut yang berbentuk Orang Salji, Kotak Cenderamata dan Log Krismas ini bakal memeriahkan lagi sambutan perayaan bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Pilihan donut baharu bersempena musim perayaan ini hanya boleh didapati buat tempoh waktu yang terhad di beberapa restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian dalam promosi ini di Malaysia.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110224/NY53806LOGO

Donut Orang Salji merupakan donut disalut yis berbentuk Orang Salji yang dihias dengan aising berserta wajah senyum, selendang dan juga butang. Donut Kotak Cenderamata pula merupakan donut disalut yis berbentuk bulat dihias dengan aising putih berserta aising "reben" berwarna merah dan hijau. Inti Donut Orang Salji dan Kotak Cenderamata adalah berbeza mengikut tempat, tetapi boleh didapati dengan pilihan Jelly, Bavarian Kreme serta Chocolate Kreme. Donut Log Krismas pula adalah donut coklat dengan aising coklat berserta inti puding coklat dan ditabur dengan gula aising. Pilihan donut Krismas baharu ini ialah hidangan lazat yang boleh dinikmati begitu sahaja, bersama kopi atau kopi susu (latte) Dunkin' Donuts, atau dibeli dalam jumlah yang banyak untuk dikongsi bersama ketika meraikan musim perayaan ini.

"Kami berasa gembira dapat menawarkan Donut Orang Salji, Kotak Cenderamata dan Log Krismas baharu kami kepada para pelanggan di Malaysia, yang tepat pada masanya bersempena dengan musim perayaan ini," kata Jeff Miller, Jurumasak Eksekutif dan Naib Presiden Inovasi Produk di Dunkin' Brands. "Donut merupakan hidangan lazat untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga, terutamanya pada musim yang meriah dengan perayaan dan majlis keramaian. Donut kami juga merupakan makanan iringan hebat bagi pilihan minuman Dunkin' Donuts' yang terdiri daripada pelbagai kopi dan kopi susu berkualiti tinggi."

Donut Orang Salji, Kotak Cenderamata dan Log Krismas baharu ini boleh didapati secara berasingan dan juga sebanyak satu dozen donut di dalam kotak bertemakan perayaan di semua restoran Dunkin' Donuts yang terpilih di Malaysia. Di samping pelbagai pilihan donut Krismas baharu, para tetamu juga dapat menikmati pelbagai minuman panas dan sejuk berkualiti tinggi, donut, mufin serta sandwic di Dunkin' Donuts, semuanya dihidangkan dengan pantas dalam suasana yang mesra pelanggan.

Kini Dunkin' Donuts mempunyai lebih 11,000 restoran di 35 negara di serata dunia, termasuk lebih 60 lokasi di Malaysia.

Latar Belakang Dunkin' Donuts

Ditubuhkan pada tahun 1950, Dunkin' Donuts merupakan restoran kegemaran sepanjang hari dan setiap hari rakyat Amerika bagi menikmati kopi dan makanan bakar. Dunkin' Donuts juga merupakan peneraju pasaran dalam kategori kopi panas biasa/tanpa kafeina/berperisa, kopi ais, donut, bagel serta mufin. Dunkin' Donuts mendapat tempat pertama bagi kesetiaan pelanggan dalam kategori kopi oleh Brand Keys selama lapan tahun berturut-turut. Syarikat ini mempunyai lebih 11,000 restoran di 35 negara di seluruh dunia. Berpangkalan di Canton, Massachusetts, Dunkin' Donuts adalah sebahagian daripada keluarga syarikat Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DNKN). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.DunkinDonuts.com.

Source: Dunkin' Donuts
Related Stocks:
NASDAQ:DNKN
Keywords: Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Restaurants New products/services