omniture

Doritos Mengumumkan 29 Peserta Separuh Akhir dari Seluruh Dunia dalam Pertandingan "Gemparkan Super Bowl" Tahunan

PepsiCo
2014-12-01 19:00 164

-- Iklan yang dicipta pengguna itu, semuanya boleh ditonton di Doritos.com, datang dari Australia, Kanada, Mesir, Jerman, Sweden, United Kingdom serta Amerika Syarikat; semuanya bersaing untuk Hadiah Utama bernilai $1 Juta USD dan Kerjaya Impian dengan Universal Pictures

PURCHASE, New York, 1 Dis 2014 /PRNewswire/ -- Persaingan untuk pertandingan "Gemparkan Super Bowl" tahun ini sangat sengit dan hari ini Doritos mengumumkan 29 peserta separuh akhir teratas yang kini bersaing bagi merebut hadiah utama bernilai USD$1 juta dan kerjaya impian dengan Universal Pictures. Iklan televisyen yang dicipta pengguna itu mengetengahkan bakat global dari 7 negara. Semua pesaing teratas ini dipilih daripada hampir 4,900 iklan yang dihantar dari 29 negara dari seluruh dunia.

Sejak pertengahan September, para peserta dari seluruh dunia telah berkongsi minat mereka terhadap Doritos dengan mencipta dan menghantar iklan selama 30 saat di Doritos.com. Akhirnya, dua daripada kesemua iklan televisyen yang dicipta pengguna itu akan disiarkan di hadapan penonton global seramai lebih 100 juta orang sewaktu siaran Super Bowl XLIX, kejohanan sukan tahunan Liga Bola Sepak Amerika Kebangsaan di Amerika Syarikat. Pencipta iklan yang menerima undian peminat paling banyak akan memenangi hadiah utama USD$1 juta, serta peluang yang lain daripada yang lain sepanjang sejarah pertandingan ini: peluang untuk bekerja selama setahun penuh di Universal Pictures di Hollywood, tempat mereka bakal meminjamkan bakat kreatif mereka dalam pelbagai projek, termasuk keluaran akan datang Universal Pictures seperti "Pitch Perfect 2" dan komedi sambutan hangat lain. Untuk menonton iklan peserta separuh akhir dan melihat peraturan pertandingan rasmi, layari www.doritos.com.

Iklan peserta separuh akhir Gemparkan Super Bowl (dalam susunan mengikut abjad nama keluarga peserta) ialah:

  • "Doritos Angler" by James Bedford, UK
  • "Baby's First Word" by Travis Braun, USA
  • "Meditasting" by Luke Seer Brown, Australia
  • "Doritos Hand" by Todd Dack, USA
  • "Tea Time!" by Josh Day, USA
  • "Mom?" by Markus Erhart, Germany
  • "Selfish Sneezers" by Devon Ferguson, Canada
  • "Gone Ape" by Hugh Fleming, Australia
  • "History Bites" Adam J. Hardy, USA
  • "Girl Voice" by Keith Hopkin, USA
  • "The Lemonade Stand" by David Horowitz, USA
  • "I Did That" Zeke Hunter, USA
  • "Blind Date" by Haidy Bahgat Zakher Ibrahim, Egypt
  • "Trouble in the Back Seat" by Jason Johnson, USA
  • "Mis-Spelling Bee" by Brian Kleinschmidt, USA
  • "Cheesy Teasy" by Perry Lang, USA
  • "Doritos Tiny Mouth" by Chuck McCarthy, USA
  • "Dog Dreams" by Brandon Morris, USA
  • "The Pink Slip" by David Olson, USA
  • "What Could Go Wrong?" by Alex Pepper, USA
  • "The Portal" by Jorgen Persson, Sweden
  • "Doritos Manchild" by Armand de Saint-Salvy, Australia
  • "Buried Treasure" by Jessica Sattelberger, USA
  • "Wish Upon a Dorito" by Matthew Shoychet, Canada
  • "Summer of '64" by Dan Stowell, USA
  • "When Pigs Fly" by Graham Talbot, Canada
  • "Thief Catcher" by Johan A. du Toit, Canada
  • "Nice Bag" by Carl Vasile, USA
  • "Middle Seat" by Scott Zabielski, USA

Daripada kumpulan peserta separuh akhir, panel hakim akan memilih 10 iklan terbaik sebagai iklan peringkat akhir, dua kali lebih banyak berbanding pertandingan tahun sebelum ini. Panel hakim berkelayakan itu termasuklah eksekutif Doritos, profesional pengiklanan dan juga pelakon/penerbit Elizabeth Banks – yang bakal menjadi sutradara kali pertama dalam "Pitch Perfect 2" dan telah membintangi banyak filem sanjungan ramai seperti "The 40-Year-Old Virgin," "Seabiscuit," dan "Pitch Perfect," serta francais global seperti "The Lego Movie," "The Hunger Games," dan juga "Spider-Man."

10 peserta akhir itu akan diumumkan pada awal Januari 2015 dan para peminat seluruh dunia akan mendapat peluang untuk mengundi iklan kegemaran mereka di www.doritos.com. Dua iklan televisyen akan disiarkan sewaktu siaran Super Bowl XLIX, pemenang hadiah utama akan ditentukan melalui undian peminat di www.doritos.com dan pemenang hadiah pertama akan dipilih oleh jenama Doritos, yang akan menerima USD $50,000.

Setiap satu daripada 10 peserta akhir Gemparkan Super Bowl itu akan memenangi jemputan untuk menghadiri Super Bowl XLIX pada 1 Februari 2015 dan menonton perlawanan itu dari dalam bilik mewah persendirian, untuk mengetahui dua iklan yang akan disiarkan bagi tontonan seluruh dunia. Lapan peserta akhir yang iklannya tidak disiarkan semasa siaran itu masing-masing akan memenangi USD $25,000.

Latar Belakang Doritos
Doritos merupakan salah satu jenama terkemuka daripada portfolio makanan ringan global PepsiCo (NYSE: PEP). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama Doritos, layari laman webnya di www.doritos.com.

Latar Belakang PepsiCo

Produk PepsiCo dinikmati oleh pengguna satu bilion kali setiap hari di lebih 200 negara dan wilayah seluruh dunia. PepsiCo menjana lebih $66 bilion hasil bersih pada tahun 2013, dipacu oleh portfolio pelengkap makanan dan minuman yang mengandungi Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker serta Tropicana. Portfolio produk PepsiCo termasuklah pelbagai makanan dan minuman yang lazat, termasuk 22 jenama yang menjana jualan runcit tahunan dalam anggaran lebih $1 bilion setiap satu.

PepsiCo berteraskan Prestasi yang Bertujuan – matlamat kami adalah untuk menyediakan prestasi kewangan terbaik sambil menghasilkan pertumbuhan mampan dalam nilai pemegang saham. Daripada segi amalan, Prestasi yang Bertujuan bermaksud menyediakan pelbagai makanan dan minuman daripada kudapan hinggalah makanan berkhasiat; mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar dan turut mengurangkan kos pengendalian kami; menyediakan tempat kerja yang selamat dan menyeluruh bagi kakitangan kami pada peringkat global; serta menghormati, menyokong dan melabur dalam masyarakat tempatan tempat kami beroperasi. Untuk maklumat lanjut, layari www.pepsico.com.

Ikuti PepsiCo:

Latar Belakang Universal Pictures

Universal Studios Universal Pictures ialah divisyen Universal Studios (www.universalstudios.com). Universal Studios adalah sebahagian daripada NBCUniversal. NBCUniversal merupakan salah satu syarikat media dan hiburan terutama di dunia dalam pembangunan, penerbitan dan juga pemasaran hiburan, berita serta maklumat kepada penonton global. NBCUniversal memiliki dan mengendalikan portfolio rangkaian berita dan hiburan yang bernilai tinggi, syarikat perfileman unggul, pengendalian penerbitan televisyen yang signifikan, kumpulan stesen televisyen terkemuka serta taman tema yang terkenal seluruh dunia. NBCUniversal merupakan syarikat subsidiari Comcast Corporation.

SIARAN / CETAKAN / MEDIA TV: Video berkualiti siaran, foto pegun dan juga maklumat berita boleh didapati untuk pratonton, muat turun serta perkongsian melalui www.magicbulletmedia.com/MNR/crashthesuperbowl

Source: PepsiCo
Related Links:
Keywords: Advertising Food/Beverages Sporting Events Sports Television Awards