omniture

Enterprise Rent-A-Car Memasuki Rantau Baltik dengan Pelantikan Bioline

Enterprise Rent-A-Car
2014-12-01 23:00 123

LONDON, 1 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Enterprise Rent-A-Car telah melantik Bioline sebagai rakan kongsi francais dalam negara Baltik Estonia, Latvia dan Lithuania. Ini membawa syarikat itu selangkah lebih maju bagi mencapai matlamatnya untuk tersedia kepada penyewa di seluruh Eropah.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/MM55552LOGO-d

Dalam masa lapan belas bulan lepas, strategi Enterprise adalah untuk membina rangkaian global yang menyediakan nilai, pilihan serta khidmat pelanggan yang cemerlang kepada pengembara urusan perniagaan dan pengembara santai. Rangkaian sewa kereta syarikat itu sudah menjangkau semua bahagian Eropah Barat, Utara dan juga Selatan dengan lebih 1,000 cawangan. Pelantikan Bioline untuk berkhidmat kepada negara Baltik menyediakan perkhidmatan penting kepada sejumlah besar perniagaan yang membangunkan hubungan dengan setiap ekonomi yang pesat berkembang ini.

Bioline dipimpin pasukan pengurusan dengan pengalaman menyeluruh dalam pasaran sewa kereta Baltik. Syarikat ini mempunyai cawangan di beberapa lapangan terbang utama untuk Tallinn, Riga serta Vilnius, yang menyediakan akses penting kepada semua pusat utama perniagaan. Bioline merancang untuk membangunkan rangkaiannya merentasi tiga negara itu.

Estonia, Latvia dan Lithuania telah mengalami pertumbuhan sekata sejak menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2004 dan mempunyai beberapa ekonomi yang paling pesat berkembang di Eropah.

Berikutan persetujuan ini, pembukaan besar-besaran secara berfasa bakal menyaksikan jenama Enterprise Rent-A-Car muncul di beberapa lokasi Baltik, di samping program penyepaduan yang direka untuk merapatkan perniagaan daripada segi budaya dan pengendalian.

Naib presiden pemfrancaisan global di Enterprise Rent-A-Car, Peter Smith, berkata: "Khidmat pelanggan merupakan nilai perniagaan teras Enterprise. Sepanjang program perluasan kami, kami telah bertumpu pada perkongsian bersama syarikat terbaik di setiap negara, dan dengan organisasi yang berkongsi dedikasi kami untuk penjagaan pelanggan."

"Bioline mempunyai cawangan di beberapa lapangan terbang utama dalam negara Baltik dan mempunyai reputasi cemerlang untuk perkhidmatan dan nilai. Secara jelasnya, kakitangan Bioline komited terhadap perniagaan dan teruja dengan segala peluang yang akan dibawa oleh perkongsian ini. Inilah permulaan untuk apa yang kami harapkan akan menjadi hubungan jangka panjang untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di semua negara penting ini."

Bioline, Ketua Pegawai Pengendalian, Michael Kiselov, berkata: "Enterprise mempunyai reputasi antarabangsa kerana menyediakan perkhidmatan terbaik, serta nilai hebat untuk pengembara urusan perniagaan serta pengembara santai yang ingin menyewa kenderaan. Kami teruja kerana terpilih sebagai rakan kongsinya yang terbaharu dan sebagai cawangan Enterprise baharu di rantau Baltik, kami tidak sabar-sabar lagi untuk mengalu-alukan pelanggan."

"Negara Baltik menikmati pertumbuhan yang sangat pantas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang dipadankan pula dengan permintaan yang semakin meningkat untuk sewaan kereta merentasi rantau itu. Peralihan kami untuk menjadi sebahagian daripada jenama Enterprise ini memang dijalankan tepat pada masanya."

Buat masa ini jenama Enterprise boleh didapati dalam 29 negara Eropah, dengan lebih banyak cawangan lagi akan mula beroperasi dalam beberapa bulan akan datang. Ini merupakan penambahan kepada rangkaian menyeluruh syarikat itu di Amerika Utara dan pengendaliannya di China.

Enterprise Rent-A-Car adalah sebahagian daripada Enterprise Holdings yang berpusat di St. Louis, penyedia perkhidmatan sewaan kereta terbesar di dunia. Enterprise mengendalikan lebih 8,600 cawangan seluruh dunia. Baru-baru ini ia telah memperluas pengendalian berjenamanya dengan pantas di beberapa lapangan terbang dan hab pengangkutan di serata wilayah seluruh dunia dan kini beroperasi dalam lebih 70 negara.

Enterprise Holdings turut mengendalikan jenama National Car Rental dan Alamo Rent A Car di negara benua Amerika, dan bersama rakan sekutunya Enterprise Fleet Management, menawarkan penyelesaian pengangkutan yang lengkap. Enterprise Holdings dan Enterprise Fleet Management secara bersama – yang termasuklah perkhidmatan sewaan kereta menyeluruh dan perkhidmatan perkongsian kenderaan, sewaan trak komersil, pengurusan rangkaian kenderaan korporat serta jualan kereta – mempunyai hasil sejumlah $17.8 bilion, menggaji 83,000 pekerja dan turut mengendalikan 1.5 juta kenderaan seluruh dunia pada tahun fiskal 2014. Beroperasi melalui syarikat subsidiari serantaunya, Enterprise Holdings ialah syarikat sewaan kereta terbesar di dunia seperti yang diukur melalui hasil, rangkaian kenderaan dan juga kakitangan. Hasil tahunan Enterprise Holdings juga meletakkannya hampir di kedudukan teratas dalam industri pelancongan, mengatasi semua syarikat sewaan kereta lain, dan kebanyakan syarikat penerbangan, rangkaian kapal persiaran, hotel, pengendali lawatan pelancongan serta agensi pelancongan dalam talian.

Source: Enterprise Rent-A-Car
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services