omniture

Usaha Sama XCMG Group Lancar Pek Bateri Bersepadu Pertama untuk Pengangkutan Komersial Hijau

XCMG Group
2024-07-24 13:28 33

XUZHOU, China, 24 Julai 2024 /PRNewswire/ -- XCMG & ENNEAGON, usaha sama Xuzhou Construction Machinery Group ("XCMG Group") dan ENNEAGON Energy, mendedahkan set pertama pek bateri pertukaran komprehensifnya, sebagai langkah yang penting untuk mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu pada kenderaan komersial, bagi mempromosikan selanjutnya penyelesaian pengangkutan yang mampan.

XCMG Group Joint Venture Launches First Integrated Battery Pack for Green Commercial Transportation.
XCMG Group Joint Venture Launches First Integrated Battery Pack for Green Commercial Transportation.

Pek yang baru dilancarkan ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelbagai senario, dengan masa pertukaran bermula daripada hanya 1.5 hingga 4 minit. Reka bentuk jenis tuil yang inovatif ini membolehkan penggunaan pantas dalam tempoh 48 jam. Penyelesaian bersepadu ini merangkumi:

  • stesen pengecas DC dwikepala bersepadu,
  • pengecas DC voltan rendah,
  • unit pertukaran bateri pengorekan dan pengangkutan tergabung,
  • stesen pertukaran bateri MINI,
  • dan stesen pertukaran bateri 800 series.

Menonjolkan kemajuan teknologi, generasi baharu teknologi bateri CTB yang digunakan dalam produk-produk ini meningkatkan ketumpatan tenaga volumetrik sebanyak lebih 25%. Peningkatan ini bukan sahaja mengoptimumkan prestasi, bahkan turut memastikan keserasian merentas spektrum keperluan kuasa yang luas bermula daripada 20kW hingga 400kW.

Ditubuhkan pada penghujung Januari 2024, XCMG & ENNEAGON mencapai pengeluaran besar-besaran yang luar biasa dalam tempoh hanya lima bulan. Barisan pengeluaran yang amat berciri automatik ini mengintegrasikan pelbagai peringkat pembuatan dengan lancar, memastikan setiap unit memenuhi standard kualiti industri tertinggi.

Yang Dongsheng, pengerusi XCMG Group, menyatakan bahawa pencapaian ini penting untuk keupayaan XCMG dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran besar-besaran peralatan pengecasan dan pertukaran bersepadu. "Ia memperkukuh asas yang teguh bagi memantapkan kepimpinan mereka dalam sektor-sektor tenaga baharu tatkala mereka terus memanfaatkan kelebihan industri demi memupuk pertumbuhan ekosistem berkisarkan penyelesaian tenaga baharu."

Selaras dengan objektif-objektif dwi-karbon global, puncak karbon dan keneutralan karbon, XCMG menggiatkan usahanya untuk membangunkan teknologi teras dalam komponen pengelektrikan sekali gus meluaskan aplikasi merentas operasinya. Hala tuju strategik ini bukan sahaja menyokong transformasi industri yang mampan bahkan turut memberi kedudukan kepada Kumpulan ini sebagai peneraju dalam inisiatif boleh baharu. 

Melangkah ke hadapan, XCMG & ENNEAGON bersiap sedia untuk meneruskan kemajuan mereka dengan memanfaatkan perkongsian untuk memfokuskan kepada penambahbaikan teknologi dan pembangunan produk. Inisiatif ini bersedia untuk mentakrifkan semula penanda aras untuk pengelektrikan dalam jentera pembinaan dan memperkukuh kedudukan pasarannya melalui strategi jenama disatukan yang menggabungkan kenderaan, stesen, pengecas serta bateri menjadi tawaran yang padu.

Dengan memupuk pembangunan yang berkelajuan tinggi dalam sektor tenaga baharunya, XCMG Group meneruskan komitmennya ke arah masa depan mesra alam, seterusnya menyumbang dengan ketara terhadap teknologi pengangkutan hijau yang inovatif.

Source: XCMG Group
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Computer/Electronics Machinery Transportation New products/services