omniture

MUMM Melancarkan Video Muzik Skrin Berganda Pertama Dunia dengan David Guetta

G.H. MUMM
2014-12-02 21:49 141

LONDON, 2 Disember 2014 /PRNewswire/ -- MUMM House of Champagne hari ini melancarkan video muzik skrin berganda pertama dunia bagi lagu 'Dangerous', yang dicipta bersama DJ David Guetta, yang terkemuka pada peringkat antarabangsa. Pelancaran ini menandakan kali pertama Syarikat itu melakukan kolaborasi bersama penginovasi daripada industri muzik, yang video muzik beliau berjaya menghidupkan keterujaan dan emosi kejayaan Formula One™ yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141120/717506-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141120/717506-b)

Diarahkan oleh pengarah Sweden yang memenangi anugerah Grammy Jonas Åkerlund, video muzik itu memaparkan David Guetta, pelakon James Purefoy dan duta MUMM serta pemandu Lotus F1®, Romain Grosjean. Sebagai penaja berbangga Formula One™ sejak tahun 2000, MUMM, bersama David Guetta, telah mencipta pengalaman tontonan inovatif yang merangkumi tenaga sukan itu, mempersembahkan pertunjukan dan keraian kejayaan.

Pengalaman skrin berganda itu membenarkan penonton menggunakan telefon bimbit mereka untuk berinteraksi dengan video itu secara tersendiri dan revolusioner. Dengan memasukkan kod ke dalam telefon, sambungan akan diwujudkan dengan komputer yang memainkan video muzik itu. Dengan serta-merta, sambungan ini akan membebaskan bahagian kandungan video baharu daripada lagu David Guetta yang dibuat khas untuk dua skrin. Pengalaman itu diperkaya lagi dengan membenarkan pengguna meletakkan telefon mereka di beberapa titik 'panas' di atas skrin bagi menemui dan mengeluarkan beberapa ciri interaktif antara dua skrin itu.

Diminta bercakap tentang video muzik itu, David Guetta memberi komen, "Kami telah bekerja keras untuk mencipta sesuatu yang istimewa dan membuatkan pengalaman video muzik 'Dangerous' sebagai sesuatu yang hebat. Dengan teknologi skrin berganda yang tidak pernah dilihat sebelum ini, seolah-olah anda sendiri sedang berada dalam video muzik itu. Saya sangat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk bekerjasama dengan MUMM bagi membawakan pengalaman ini kepada penggemar muzik dan peminat Formula One™ agar mereka dapat turut melibatkan diri dan mengalami kemeriahan sambutan itu sendiri."

Philippe Guettat, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk MUMM House of Champagne berkata, "Jenama kami mempunyai sejarah yang kaya dengan inovasi dan dedikasi dalam menghasilkan pelbagai pencapaian yang julung kali seumpamanya di dunia. Kolaborasi kami bersama David Guetta ialah tafsiran moden tentang bagaimana kita sering melangkaui sempadan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan David Guetta bagi membawakan pengalaman yang hebat kepada para peminat kami buat kali pertama dan dapat menggunakan teknologi terkini untuk mencipta sesuatu yang benar-benar menakjubkan."

UNTUK MENONTON KLIP VIDEO MUZIK 'DANGEROUS' & MENGALAMI TEKNOLOGI SKRIN BERGANDA TERSENDIRI:

  1. Klik di sini pada komputer meja anda atau komputer riba anda untuk mendapatkan kod akses tontonan anda
  2. Sambung kepada laman http://dg.lc melalui telefon pintar anda
  3. Masukkan kod akses tontonan ke dalam telefon pintar anda dan ikuti arahan di atas skrin agar dapat menyambungkannya dengan video muzik itu
  4. Tekan butang main pada telefon pintar anda dan video muzik itu akan mula menunjukkan adegan eksklusif yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini serta beberapa watak baharu

    (Untuk pengalaman yang lebih hebat, pastikan anda mempunyai sambungan Wifi/4G dan pelayar terkini)

Untuk meraikan kolaborasi itu, MUMM menjemput peminat untuk memenangi pengalaman Formula One™ unggul semasa Monaco Grand Prix™ pada tahun 2015. Untuk memasuki pertandingan itu, para peminat hanya perlu berkongsi kejayaan peribadi terbesar mereka sendiri di http://www.ghmumm.com

Ikuti MUMM melalui Rangkaian Sosial:
Twitter: twitter.com/GHMUMM
Facebook: facebook.com/champagne.gh.mumm
Instagram: instagram.com/ghmumm
YouTube: youtube.com/ChampagneGHMUMM

Sila lawati bilik akhbar MUMM:
http://digitalpressroom.ghmumm.com

Latar Belakang David GUETTA 

Dilahirkan pada 7 November 1967, DJ Perancis yang memenangi banyak anugerah David Guetta memulakan kerjaya elektro beliau pada tahun 80-an dan 90-an, semasa bermain sebagai DJ di kelab bukan aliran utama di bandar tempat tumpah darah beliau, Paris. Tidak lama kemudian, nama beliau mula masyhur di kelab Paris terkenal seperti Le Palace dan Folies Pigalle. Guetta meraih kejayaan antarabangsa pada tahun 2009 dengan pelancaran album beliau One Love, yang terjual sebanyak tiga juta salinan pada peringkat global. Hari ini David Guetta telah menerima anugerah muzik yang tidak terkira banyaknya termasuk Artis EDM Terbaik (Anugerah Billboard) 2013, Rakaman Gubahan Semula Terbaik (Grammy) pada tahun 2010 dan 2011 serta anugerah muzik MTV untuk Artis Perancis Terbaik 2011. Hari ini beliau mempunyai lebih 57 juta peminat di Facebook, mempunyai lebih 8 juta album terjual dan 40 juta rekod single seluruh dunia. Beliau mendapat lebih dua bilion tontonan dalam YouTube dan mempunyai lebih 16 juta pengikut Twitter. David Guetta masih kekal sebagai artis yang paling banyak dimuat turun di Eropah.

Latar Belakang Maison MUMM

MUMM merupakan sebahagian daripada Martell Mumm Perrier-Jouët, perniagaan cognac dan champagne berprestij Pernod Ricard, peneraju bersama dunia untuk Minuman Keras & Wain. Dengan warisannya yang dihormati sejak tahun 1827, MUMM merupakan Syarikat champagne antarabangsa terkemuka di Perancis dan keempat seluruh dunia*. MUMM Cordon Rouge, yang dikenali dengan reben merahnya – simbol kecemerlangan – merupakan penzahiran sempurna semangat Syarikat itu; ia terserlah melalui kesegaran dan ketampakan gayanya, yang berjaya dikekalkan dan diwarisi turun-temurun sepanjang bergenerasi pakar pengadun. * IWSR 2013

Untuk maklumat lanjut: WWW.GHMUMM.COM

SILA MINUM DENGAN BERHEMAH

Bagi pertanyaan media
Talk PR / Nneoma Ulu dan Katerina Tillson
T: +44(0)20-7268-6100
E: nneoma.ulu@talkpr.com / katerina.tillson@talkpr.com

Maison MUMM / Stéphanie MINGAM – Jabatan Komunikasi
E: stephanie.mingam@pernod-ricard.com

SUMBER  G.H. MUMM

Source: G.H. MUMM
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Food/Beverages Mobile Entertainment Music