omniture

CGTN: Enjin baharu, kevitalan baharu: Wuxi China capai kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi, pewarisan budaya

CGTN
2024-07-25 16:33 23

BEIJING, 25 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Berjalan-jalan menyusuri jalan-jalan di Bandar Wuxi, Wilayah Jiangsu, timur China, seseorang boleh menemui bas mini pandu sendiri yang dapat memuatkan enam hingga lapan orang dan tiada stereng atau pemecut yang kelihatan.


Dengan sensor dan kamera LiDAR (pengesanan dan julat cahaya) dipasang, bas mini boleh memperhatikan aliran orang ramai dan trafik di sekitarnya dalam panorama 360 darjah, berhenti secara automatik di lampu merah dan mengenal pasti keadaan jalan raya di hadapan lebih awal.

Di sebalik bas mini ini terdapatnya rantaian industri Internet Pelbagai Benda (IoT) lengkap Wuxi, yang meliputi cip, sensor, ketersambungan, platform, aplikasi dan keselamatan.

Terletak di tebing Tasik Taihu, Wuxi bersinar sebagai permata ekonomi Delta Sungai Yangtze. Dengan KDNK per kapita yang tersenarai antara yang tertinggi di China, bandar ini merupakan pangkalan pembuatan yang berkembang maju, diperkasa oleh inovasi teknologi.

'Enjin baharu'

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Wuxi terus membuka kawasan baharu bagi mencapai pembangunan dengan memberi tumpuan untuk memupuk kuasa produktif kualiti baharu. 

Bandar ini mencipta kejayaan penting dalam bidang-bidang seperti sensor pintar, Internet Kenderaan dan IoT Perindustrian. Dari segi skala pasaran, Wuxi menempatkan lebih 3,000 perusahaan IoT, termasuk 82 syarikat yang disenaraikan.

Pada 1 April, daerah-daerah Liangxi, Xinwu dan Binhu, Wuxi melancarkan laluan "logistik altitud rendah" dua hala untuk dron, bagi membantu bandar ini menjadi bandar demonstrasi penghantaran tanpa pemandu yang pertama di Delta Sungai Yangtze.

Di samping itu, Wuxi melancarkan 55 senario aplikasi ekonomi altitud rendah dalam tujuh kategori. Selain daripada penghantaran tanpa pemandu, empat laluan perjalanan, termasuk penyaksian bunga sakura di udara, telahpun diumumkan.

Sementara itu, bandar ini mempunyai lebih daripada 500 dron untuk perkhidmatan awam, yang digunakan untuk senario seperti pemeriksaan trafik, penyelamatan kecemasan dan pemeriksaan kuasa.

Menurut kerajaan tempatan, Wuxi berusaha untuk membina secara sistematik sistem pembangunan "5+X" untuk industri-industri masa depan, dengan kecerdasan buatan am, teknologi kuantum, semikonduktor generasi ketiga, tenaga hidrogen dan storan tenaga, serta peralatan laut dalam sebagai lima bidang utama untuk pembangunan industri masa depan.

'Kevitalan baharu'

Wuxi juga merupakan permata budaya dengan warisan yang menjadi sejarah dan legasi artistik yang amat banyak, berharmoni dengan tamadun moden.

Perbandaran Yangshan, turut dikenali sebagai "tempat asal pic madu," ialah salah satu destinasi terbaik Wuxi untuk pemandangan ekologi, warisan budaya serta hiburan.

Hari ini, industri tertier membangun lebih baik berbanding sebelum ini. Bermula daripada rumah ladang dan inap desa hingga dewan pameran dan kafe bertemakan pic, perbandaran ini memanfaatkan sumber semula jadinya dan menggalakkan penyepaduan antara pertanian, budaya dan pelancongan demi memajukan penggiatan semula luar bandar secara komprehensif.

Pada tahun 2023, nilai keluaran pic madu Yangshan mencecah 900 juta yuan (sekitar $124 juta) dan pendapatan boleh guna per kapita petani di Yangshan mencecah 66,000 yuan. Sementara itu, perbandaran ini menarik minat lebih daripada 2 juta pelancong pada tahun 2023, dengan pendapatan pelancongan mencecah 1.58 bilion yuan.

Pembangunan ekonomi dan sosial Wuxi tidak dapat dipisahkan daripada sokongan budaya yang padu.

Terusan Besar China, sebuah laluan air besar yang menghubungkan bahagian utara dan selatan China, disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2014. Terusan purba Wuxi, sebahagian daripada Terusan Besar ini, menjangkau keluasan lebih 40 kilometer, berliku-liku menelusuri kawasan luas bandar Wuxi.

Memfokuskan kepada perlindungan, pewarisan dan pemanfaatan warisan budaya Terusan Besar, Wuxi terus menggalakkan pengisihan, perlindungan, pengubahsuaian serta pembangunan warisan budaya

Beberapa taman kreatif yang dibina sepanjang terusan ini terhasil daripada warisan perindustrian. Selepas penggiatan semula, ia ditransformasikan menjadi tempat tarikan pelancongan budaya dan kreatif dengan ciri-ciri tersendiri, memaparkan imej baharu bandar ini sebagai sebuah bandar yang kaya budaya.

Menjelang tahun 2027, bandar ini dijangka membina tidak kurang daripada 15 taman cirian untuk industri-industri masa depan, memupuk lapan platform inovasi seperti pusat inovasi teknologi dan pusat penyelidikan kejuruteraan untuk industri-industri masa depan serta membangunkan 10 perusahaan yang terkemuka dalam bidang-bidang ini.

https://news.cgtn.com/news/2024-07-24/China-s-Wuxi-makes-headway-in-economic-growth-cultural-inheritance-1vtI8KpTEGs/p.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Travel New products/services