omniture

BCA mengekalkan kedudukan jenama paling bernilai di Asia Tenggara

Kantar
2024-07-26 16:30 26
  • Untuk pertama kali, IM3 dan BNI Indonesia tersenarai dalam kedudukan 30 teratas Asia Tenggara dalam laporan Kantar BrandZ 2024
  • BRI dan Ais menunjukkan pertumbuhan terpantas yang bernilai lebih 30% berbanding tahun 2023
  • Dengan keupayaan digital, Bank dan Syarikat Telekomunikasi mampu mengukuhkan hubungan dengan pelanggan

SINGAPURA, 26 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Bank terkemuka Indonesia, Bank Central Asia (BCA) telah mengukuhkan kepimpinannya di kedudukan teratas bagi tahun kedua dalam Laporan Kantar BrandZ Untuk 30 Jenama Teratas Di Asia Tenggara . Kini, jenama itu bernilai AS$28.3 billion – dengan 21% nilai peningkatan dalam masa satu tahun sahaja. Kejayaan BCA berhasil dengan cara yang aktif dalam menguatkan hubungan bersama pelanggan secara efektif dan mengukuhkan perbezaannya. Bank ini terus mengembangkan pangkalan data pelanggan dengan memperluaskan perkhidmatan perbankan digital dan e-dagang dengan membangunkan ciri-ciri dan fungsi yang baharu. Sebuah lagi bank Indonesia, BRI telah mengatasi kedudukan Singapore DBS untuk pingat perak dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Thailand, AIS, naik ke satu posisi dan berada di kedudukan yang keempat.

 Kantar BrandZ: 10 Jenama Paling Bernilai di Asia Tenggara 2024

Kedudukan

Jenama

Kategori

Nilai Jenama 2024 (US$M)

Perubahan YoY (%)

1

BCA

Perkhidmatan Kewangan

28,267

21 %

2

BRI

Perkhidmatan Kewangan

11,258

30 %

3

DBS

Perkhidmatan Kewangan

11,086

-6 %

4

AIS

Pembekal Telekomunikasi

8,843

30 %

5

Mandiri

Perkhidmatan Kewangan

8,344

26 %

6

UOB

Perkhidmatan Kewangan

6,597

-8 %

7

Shopee

Peruncitan (Digital)

4,832

5 %

8

Telkomsel

Penyedia Telekomunikasi

4,597

-1 %

9

Marina Bay Sands

Perkhidmatan Pelancongan

4,412

0 %

10

True

Penyedia Telekomunikasi

3,706

18 %

Jumlah nilai keseluruhan untuk 30 jenama teratas – termasuk Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura – adalah US$131.3 billion dan meningkat 10% dari tahun ke tahun. 19 daripada jenama itu bernilai lebih tinggi berbanding pada tahun 2023. Pertumbuhan terpantas itu disumbangkan oleh pasaran negara yang berkembang, dengan jenama-jenama Thai yang menunjukkan peningkatan nilai yang paling besar, diikuti oleh Vietnam dan Indonesia. Manakala, sebahagian besar nilai jenama-jenama itu disumbangkan oleh Indonesia (46%), diikuti oleh Singapura (32%) dan Thailand (11%).

IM3 dan BNI dengan kemunculan pertama

Pada tahun ini, dua jenama baharu tersenarai dalam kedudukan 30 teratas dan kedua-duanya dari Indonesia. Penyedia perkhidmatan telekomunikasi 1M3, tersenarai di kedudukan ke-28, manakala BNI (Bank Negara Indonesia) di kedudukan yang ke-30. IM3 ($1.4bn) telah menyediakan kemudahan yang konsisten dengan memberikan liputan 4G di 17,500 pulau dan menawarkan pakej yang fleksibel untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. BNI ($1.4bn) memberikan sokongan yang kuat kepada pembangunan ekonomi negara itu dengan memberikan kemudahan melalui perkhidmatan digital tanpa geseran dan perbankan terbuka.

Perkhidmatan dan infrastruktur jenama yang mendominasi

Untuk kedudukan 30 teratas ia merangkumi daripada pelbagai kategori seperti makanan, perbankan dan alkohol (beer), dengan perkhidmatan kewangan (+15%) dan penyedia perkhidmatan telekom (+14%) mencatatkan pertumbuhan yang tinggi sepanjang tahun lalu. Sektor-sektor ini menerajui transformasi digital di rantau ini dengan mengikuti teknologi baharu untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan luas untuk generasi akan datang. Jenama-jenama dalam perkhidmatan kewangan berada di kedudukan ke-12 daripada 30 jenama teratas, dengan menyumbangkan 60% daripada jumlah nilai untuk jenama-jenama itu. Selain itu, sembilan jenama penyedia perkhidmatan telekom menyumbangkan 22% manakala tiga jenama runcit menyumbangkan 7%.

BRI dan AIS jenama yang paling cepat meningkat

Perkhidmatan kewangan BRI dan AIS, kedua-duanya adalah jenama yang memperolehi nilai tertinggi sepanjang tahun lepas, dengan peningkatan sebanyak 30% diikuti oleh Maybank (No.22; $1.9bn; +27%); Mandiri (No.5; $8.3bn; +26%) dan Digi (No.25; $1.6bn; +25%). Sejak sekian lama, BRI telah menunjukkan komitmennya untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat indonesia dengan menyediakan akses yang luas dan mudah bagi perkhidmatan kewangan, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil. Aplikasi perbankan mudah alih BRImo, mendorong keterangkuman kewangan, celik digital dan pengalaman pelanggan yang cemerlang di seluruh negara.

Katie McClintock, Pengarah Urusan Eksekutif Asia Tenggara di Kantar berkata: "Asia Tenggara menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, disokong oleh pembangunan infrastruktur digital yang berkembang dan pendapatan isi rumah yang terus meningkat. Aliran berkembar ini memberikan pengguna lebih banyak fleksibiliti dalam memilih barangan dan perkhidmatan mereka, dan mereka juga kembali mengutamakan semula "kehendak" sebagai "keperluan". Jenama-jenama hebat ini juga memberi fokus kepada perkara yang membezakan mereka. Selain itu, jenama-jenama ini menumpukan cara mereka untuk menjadikan kehidupan pengguna lebih baik – bermakna – dan kemudian berkomunikasi dengan jelas, konsistent dan kreatif. Jenama-jenama yang berhasil mencapai perkara-perkara ini, mempunyai peluang yang besar untuk berkembang di pasaran lokal dan di seluruh dunia."

Trend analisis yang lain daripada Laporan Kantar BrandZ untuk jenama yang paling bernilai di Asia Tenggara di kedudukan 30 teratas termasuk:

  • Sebahagian besar jenama dalam kedudukan 30 teratas di Asia Tenggara dinilai oleh pengguna sama ada berbaloi dengan harga yang mereka bayar, berbanding dengan 66% untuk semua jenama di rantau ini.
  • Indomie (No.15; $2.4bn) kekal sebagai jenama paling Bermakna, dengan kekal relevan, dan berinovasi untuk mengikuti keutamaan pengguna, dan masih kekal teguh pada asal jenama itu. Indomie melancarkan koleksi premium perisa Ramen Jepun pada 2023, disokong oleh gerai-gerai "Pop-up".
  • Pasaran luar negara memberikan peluang besar yang masih belum dimanfaatkan oleh jenama-jenama Asia Tenggara untuk mencari peluang baharu dan meneruskan pertumbuhan. Aktiviti perdagangan luar negara dalam kedudukan 30 teratas mencapai 16% dibandingkan dengan 49% untuk kedudukan 30 teratas di Jepun.
  • 93% daripada 30 jenama teratas di Asia Tenggara memiliki tahap Perbezaan yang Bermakna dan kukuh – dan jenama jenama yang mengukuhkannya meningkat lebih daripada dua kali ganda berbanding jenama-jenama lain. Hal ini menunjukkan nilai yang diperoleh dari kemampuan untuk memenuhi keperluan masyarakat dan menonjol lain dari yang lain.
  • Pertumbuhan 10% lebih tinggi ketika jenama melabur pada ketiga-tiga faktor utama, dibandingkan jika mereka hanya melabur hanya pada dua faktor.Terdapat tiga pemangkin utama untuk mengembangkan nilai jenama, yang didefinisikan oleh Blueprint Kantar untuk Pertumbuhan Jenama: untuk membuat lebih ramai orang memilih jenama tersebut, hadir di tempat pengguna membuat keputusan pembelian, dan menemukan peluang baharu untuk berkembang. Dan, jenama-jenama terbaik di Asia Tenggara memiliki kekuatan di ketiga-tiga aspek tersebut.

Laporan dan Analisis yang meluas untuk Jenama-jenama Asia Tenggara yang Paling Bernilai oleh Kantar BrandZ kini tersedia di sini.

Untuk membaca dengan cepat tentang prestasi jenama dibandingkan dengan pesaing dalam kategori tertentu, alat interaktif percuma Kantar, BrandSnapshot yang dikuasakan oleb BrandZ, menyediakan informasi interaktif untuk 14,000 jenama. Ketahui lebih lanjut di sini.

About Kantar BrandZ: Kantar BrandZ is the global currency when assessing brand value, quantifying the contribution of brands to business' financial performance. Kantar's annual global and local brand valuation rankings combine rigorously analysed financial data, with extensive brand equity research. Since 1998, BrandZ has shared brand-building insights with business leaders based on interviews with 4.3 million consumers, for 21,000 brands in 54 markets. Discover more about Kantar BrandZ here.

The Kantar BrandZ Top 30 Most Valuable Southeast Asian Brands Report 2024 includes the most definitive and robust ranking of the region's brands available. The ranking draws on opinions of more than 98,000 respondents on 1800 brands across 70 categories and the brands ranked must meet these eligibility criteria:

  • The brand must have originated in Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand or Vietnam
  • The brand must be owned by a listed company
  • The scope of the ranking is limited to consumer-facing brands.

About Kantar: Kantar is the world's leading marketing data and analytics business and an indispensable brand partner to the world's top companies. We combine the most meaningful attitudinal and behavioural data with deep expertise and advanced analytics to uncover how people think and act. We help clients understand what has happened and why and how to shape the marketing strategies that shape their future.

Source: Kantar
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research Financial Technology