omniture

DXC Technology Membantu Tenaga Kerja Transit Whitehaven Coal dan Mengintegrasikan Platform Teknologi Perlombongan

DXC Technology Company
2024-07-30 04:00 34

Pelancaran Platform Sumber Perusahaan SAP berjaya dilengkapkan dalam rekod enam bulan

SYDNEY, 30 Julai 2024 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), penyedia perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka, telah berjaya melaksanakan sistem teknologi untuk dua tapak perlombongan Whitehaven Coal (ASX: WHC), Daunia dan Blackwater, membolehkan Whitehaven menggandakan saiz syarikat dalam masa yang singkat.

DXC Technology Helps Whitehaven Coal Transit Workforce and Integrate Mining Technology Platforms (CNW Group/DXC Technology Company)
DXC Technology Helps Whitehaven Coal Transit Workforce and Integrate Mining Technology Platforms (CNW Group/DXC Technology Company)

DXC melengkapkan pelancaran sistem ERP SAP S/4Hana di tapak perlombongan baharu - bertujuan memodenkan fungsi Sumber Manusia (HR), Kewangan, Perolehan dan Daftar Gaji dalam tempoh enam bulan. DXC menguruskan proses pelaksanaan penuh untuk beralih dan mengintegrasikan dengan sistem baharu, serta menyediakan analisis perniagaan, pengurusan perubahan organisasi dan perkhidmatan keselamatan. Peralihan dan integrasi sistem sedia ada dan baharu untuk lombong telah beroperasi sepenuhnya menjelang 1 April 2024. 

"Penyelesaian DXC menjadi tonggak utama integrasi perniagaan Whitehaven yang kritikal," kata Seelan Nayagam, Presiden Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika, DXC Technology. "Dengan memanfaatkan pengalaman teknologi kami yang mendalam, kami berjaya membantu Whitehaven menggandakan saiz syarikat tersebut dan peralihan tenaga kerja lebih daripada 2,000 dan sistem yang menjalankan lebih daripada 150 aplikasi, dengan gangguan minimum kepada pengeluaran." 

Whitehaven Coal ialah pengeluar arang batu Australia yang terkemuka, membantu memperkasa ekonomi maju dan sedang pesat membangun di Asia, serta membekalkan arang batu pelogaman yang merupakan komponen kritikal dalam pembuatan keluli.

"Kunci kejayaan perjalanan ini ialah pengiktirafan Whitehaven terhadap teknologi sebagai faktor kritikal yang memperkukuh integrasi perniagaan itu. Mengalu-alukan kemasukan DXC ke dalam perniagaan lebih awal bagi membolehkan kajian kebolehlaksanaan dilakukan untuk keperluan teknologi pengambilalihan merupakan langkah pertama, ditambah pula dengan kepimpinan dan visi Whitehaven untuk memacu keterlibatan sebenar di seluruh perniagaan, memastikan kesediaan menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin sebagai penggerak," tambah Nayagam.

Pernyataan Pandang Ke Hadapan
Semua pernyataan dalam siaran akhbar ini yang tidak berkaitan secara langsung dan eksklusif dengan fakta sejarah membentuk "pernyataan pandang ke hadapan." Pernyataan ini mewakili jangkaan dan kepercayaan semasa, serta tiada jaminan dapat diberikan bahawa keputusan yang dihuraikan dalam pernyataan tersebut akan dicapai. Pernyataan tersebut adalah tertakluk kepada pelbagai andaian, risiko, ketidaktentuan dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan besar berbanding yang dihuraikan dalam pernyataan sedemikian, yang kebanyakannya di luar kawalan kami. Untuk huraian bertulis mengenai faktor ini, lihat bahagian bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan DXC yang akan datang berkenaan Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2023 dan apa-apa maklumat pengemaskinian dalam pemfailan SEC berikutnya. Tiada jaminan dapat diberikan bahawa apa-apa matlamat atau rancangan yang dinyatakan dalam mana-mana pernyataan pandang ke hadapan boleh atau akan dicapai dan pembaca diberi amaran supaya tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan tersebut yang hanya disampaikan pada tarikh pernyataan itu dibuat. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengeluarkan apa-apa semakan kepada mana-mana pernyataan pandang ke hadapan atau melaporkan apa-apa peristiwa atau keadaan selepas tarikh laporan ini atau menunjukkan berlakunya peristiwa yang tidak dijangkakan kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Maklumat Tentang DXC Technology
DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat global menjalankan sistem dan operasi kritikal misi sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data dan memastikan keselamatan dan kebolehskalaan merentasi awan awam, persendirian dan hibrid. Syarikat terbesar di dunia dan organisasi sektor awam mempercayai DXC untuk mengatur kedudukan perkhidmatan bagi memacu tahap prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan baharu di seluruh estet IT masing-masing. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menyampaikan kecemerlangan untuk pelanggan dan rakan sekerja kami di DXC.com.

DXC Technology Helps Whitehaven Coal Transit Workforce and Integrate Mining Technology Platforms (CNW Group/DXC Technology Company)
DXC Technology Helps Whitehaven Coal Transit Workforce and Integrate Mining Technology Platforms (CNW Group/DXC Technology Company)

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2470634/DXC_Technology_Company_DXC_Technology_Helps_Whitehaven_Coal_Tran.jpg?p=medium600 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2470020/DXC_Technology_Company_DXC_Technology_Helps_Whitehaven_Coal_Tran.jpg?p=medium600 

BUTIRAN HUBUNGAN: Sheila Dhillon, Pengarah, Komunikasi Korporat, DXC Technology, sdhillon@dxc.com;Roger Sachs, CFA, Naib Presiden Perhubungan Pelabur, +1-201 259-0801, roger.sachs@dxc.com

Source: DXC Technology Company
Related Stocks:
Australia:WHC NYSE:DXC
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals