omniture

Appier Namakan Fabrizio Caruso sebagai Ketua Pegawai Hasil, Mantan Naib Presiden Kanan Opera Software Sertai Appier untuk Peluasan Perniagaan Global

Appier Inc.
2014-12-04 09:28 91

TAIPEI, 4 Disember, 2014 /PRNewswire/ -- Appier, penginovasi penyasaran Silang-Layar mengumumkan hari ini pelantikan Fabrizio Caruso sebagai Ketua Pegawai Hasil (CRO), berkuat kuasa serta-merta. Fabrizio merupakan ahli terbaharu pasukan eksekutif Appier. Dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam industri digital dan mudah alih, beliau akan mengetuai serta memacu pertumbuhan hasil dan juga peluasan Appier merentasi pasaran global.

Sebelum menyertai Appier, Fabrizio merupakan Naib Presiden Kanan Asia di Opera Software, sebuah syarikat internet mudah alih dan pengiklanan terkemuka, yang terkenal dengan pelayar mudah alihnya. Sebagai Naib Presiden Kanan Asia, beliau bertanggungjawab meluaskan dan membangunkan perniagaan Opera merentasi pasaran Asia. Beliau dengan jayanya mengembangkan kumpulan pelanggan yang kukuh untuk Opera – termasuk pengiklan, pengendali mudah alih dan pembuat telefon bimbit terkemuka. Sebelum Opera, beliau merupakan Pengarah Urusan APAC dan Naib Presiden bagi Pembangunan Perniagaan di Out There Media. Beliau juga telah memegang beberapa jawatan kanan di Buongiorno dan Amdocs di China, Filipina, serta United Kingdom.

Fabrizio telah mewujudkan kerjasama yang kukuh dengan jenama-jenama dan agensi-agensi tersohor, pengendali mudah alih serta syarikat-syarikat media di Asia. Beliau mempunyai pengetahuan industri yang mendalam tentang teknologi tanpa wayar dan internet. Beliau juga kerap menyampaikan ucapan kepada umum dan menyumbangkan artikel yang diterbitkan dalam pelbagai majalah serta laman sesawang perdagangan, terutamanya tentang pemasaran mudah alih di Asia Pasifik.

Menyentuh tentang pelantikan ini, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Appier Chih-Han Yu berkata, "Kami teruja kerana Fabrizio menyertai keluarga Appier. Dengan pengalaman dan kepakaran industrinya yang luas, saya yakin beliau akan memimpin Appier menuju pencapaian baharu serta memacu usaha pertumbuhan hasil di peringkat global.

Berikutan pembukaan beberapa pejabat baharu di Tokyo dan Sydney, pengumuman ini menandakan berita terkini bagi Appier dalam peluasan C-Suitenya. Fabrizio akan ditempatkan di Singapura dan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Chih-Han Yu.

Latar Belakang Appier

Diasaskan pada 2012, Appier merupakan sebuah syarikat teknologi yang menawarkan penyelesaian pemasaran silang-layar generasi seterusnya di seluruh dunia. Beribu pejabat di Taipei, dengan pejabat-pejabat di San Francisco, Singapura, Tokyo dan Sydney, Appier bersemangat menghasilkan iklan kandungan pilihan yang dapat menghubungkan perniagaan dan para pengguna. Dengan memanfaatkan kuasa Kecerdasan Buatan dan Data Besar, Appier menyampaikan kandungan pemasaran yang tepat kepada khalayak yang sesuai pada masa serta skrin yang betul, dengan tujuan untuk menjadikan pengalaman pemasaran digital lebih mudah dan juga menggembirakan untuk semua.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140903/8521404985Logo

Source: Appier Inc.
Keywords: Advertising Internet Technology Publishing/Information Service Personnel announcements