omniture

POGS PILIH ABS MAMPAN DARIPADA INEOS STYROLUTION UNTUK SET KEPALA BAHARU BUAT KANAK-KANAK

INEOS Styrolution GmbH
2024-07-31 13:24 42
  • Bahan terpilih: Novodur® ECO P2H-AT MR50
  • Pengurangan CO2e sehingga 57%, berbanding bahan dihasilkan secara konvensional

FRANKFURT, Jerman, 31 Julai 2024 /PRNewswire/ -- INEOS Styrolution, peneraju global bagi stirenik, mengumumkan pada hari ini bahawa POGS, penginovasi yang terkemuka bagi penyelesaian audio untuk pendengar muda, memilih versi ECO bagi salah satu daripada gred Novodur® berprestasi tinggi syarikat ini untuk rangkaian fon kepala baharu buat kanak-kanak. Set kepala baharu ini tersedia di kedai-kedai hari ini.

Images courtesy of POGS
Images courtesy of POGS

POGS mengeluarkan fon kepala yang selamat dan tahan lama terutamanya untuk kanak-kanak. Direka bentuk untuk menawarkan pengalaman mendengar paling selamat untuk telinga yang sensitif dan sedang berkembang, rangkaian fon kepala ini menampilkan teknologi canggih yang mengehadkan output bunyi kepada antara 70 dan 85 desibel. Komited terhadap keselamatan, ketahanan dan inovasi yang mampan, POGS menawarkan fon kepala yang memberi inspirasi kepada keseronokan audio yang bertanggungjawab untuk generasi akan datang.

Novodur P2H-AT menggabungkan pemprosesan mudah, rintangan impak tinggi dan herotan haba dengan kemasan permukaan yang berkualiti tinggi. Ia menawarkan sifat-sifat mekanikal yang sangat baik dengan penampilan yang sangat estetik dan berwarna-warni. Bahan ini tersedia dalam pelbagai versi ECO mampan yang mengandungi 30%, 50% atau 70% sumbangan ABS kitar semula mekanikal pasca pengguna.

Berbanding dengan Novodur P2H-AT yang dikeluarkan secara konvensional, tiga pilihan ini menawarkan pengurangan jejak CO2e masing-masing sebanyak of 21%, 38% dan 57%. Stok suapan Novodur ECO bersumberkan daripada WEEE (peralatan elektrik dan elektronik sisa), yang terdiri daripada terutamanya perkakas isi rumah dan alatan, televisyen serta komputer yang telah mencapai penghujung hayatnya.

Adam de Beer, Ketua Pemasaran di POGS menyatakan: "Kami menumpukan untuk menyampaikan produk yang menjamin pengalaman audio yang paling selamat untuk pendengar muda dan dalam masa yang sama meminimumkan impak alam sekitar dalam seluruh proses pembuatan kami. Matlamat kami adalah untuk menggunakan secara konsisten bahan berkualiti tertinggi, paling selamat dan paling mampan dalam produk kami. INEOS Styrolution terbukti merupakan rakan kongsi yang boleh diharapkan dalam membangunkan penyelesaian yang mantap dan tahan lama untuk produk terkini kami: Gecko 2, Elephant 2 dan Turtle. Kami berasa gembira kerana perkongsian ini menghasilkan penyelesaian plastik yang selaras dengan komitmen kami terhadap keselamatan, ketahanan dan kemampanan."

Dr. Christian Ruthard, Pengurus Produk ECO EMEA menambah: "Kami berasa amat gembira dapat menawarkan pilihan kepada POGS yang bukan sahaja menjamin penampilan permukaan kelas tinggi, tetapi juga membenarkan pelbagai warna dalam produk akhir."

Latar Belakang POGS:

POGS ialah penginovasi yang terkemuka bagi penyelesaian audio untuk pendengar muda. Fon telinga POGS membawakan teknologi pengehadan volum termaju, memastikan tahap bunyi yang selamat untuk telinga yang sedang berkembang dengan volum maksimum 85 desibel. Diperbuat daripada bahan ringan, fleksibel dan kitar semula, fon telinga POGS menawarkan padanan yang tahan lama dan selesa untuk kanak-kanak dari semua peringkat usia. Barisan terkini ini termasuk model-model Elephant 2, Gecko 2 dan Turtle, tersedia dengan pilihan pembatalan hingar berwayar, tanpa wayar dan aktif. Rangkaian tanpa wayar berintegrasi dengan aplikasi POGS (tersedia melalui Google Play dan Apple App Store), menawarkan kawalan bunyi dan ciri-ciri keselamatan seperti masa mendengar dan pemantauan volum. Dengan cekak kepala boleh laras dan pad telinga berkusyen, fon telinga POGS berkembang bersama-sama pengguna mereka, bagi menjamin padanan yang sempurna. Direka bentuk untuk audio luar biasa dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, POGS beribu pejabat di Amsterdam dan terus memberi inspirasi kepada keseronokan audio yang bertanggungjawab untuk generasi masa depan. Ketahui lebih lanjut di www.pogsheadphones.com

Latar Belakang INEOS Styrolution

INEOS Styrolution ialah pembekal stirenik yang terkemuka di dunia, dengan portfolio berprestasi tinggi monomer stirena, polistirena, ABS dan produk stirenik termaju. Dengan inovasi selama lebih daripada 90 tahun dalam sains bahan, INEOS Styrolution memfokuskan kepada kepuasan pelanggan dengan penyelesaian dibezakan yang memberikan kelebihan daya saing serta pelaburan dalam teknologi yang mengupayakan kebolehkitaran semula gelung tertutup untuk stirenik dan dalam masa yang sama mengurangkan emisi karbon kami. Aplikasi INEOS Styrolution boleh ditemui dalam banyak produk harian merentas pelbagai industri: termasuk automotif, elektronik, isi rumah, pembinaan, penjagaan kesihatan, pembungkusan dan mainan/sukan. Mengendalikan 17 tapak pengeluaran di sembilan negara, syarikat ini merupakan subsidiari milik penuh INEOS Group Limited dan menggaji kira-kira 3,000 orang. Jualan mencapai 4.5 bilion euro dalam tahun 2023.

www.ineos-styrolution.com

Source: INEOS Styrolution GmbH
Keywords: Chemical Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Children-related news New products/services