omniture

Averna Mengembangkan Jejak Asia dan Amerika Utara dengan Pengambilalihan Global Equipment Services, Inc. daripada Kimball Electronics, Inc.

Averna Technologies Inc.
2024-08-01 21:17 80

600 pekerja baharu akan berpangkalan di Asia dan Amerika Syarikat, dengan pejabat di Vietnam, China, India, Jepun dan Silicon Valley.

MONTREAL, 1 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Averna, penyedia penyelesaian ujian & kualiti global yang terkemuka, mengumumkan pengambilalihan Global Equipment Services, Inc. (GES), satu bahagian daripada Kimball Electronics, Inc. (Nasdaq: KE) pakar dalam penyelesaian automasi, ujian dan pengukuran untuk industri seperti elektronik pengguna, semikonduktor dan peranti perubatan.

Averna Expands its Asian and North American Footprint with the Acquisition of Global Equipment Services, Inc. from Kimball Electronics, Inc.
Averna Expands its Asian and North American Footprint with the Acquisition of Global Equipment Services, Inc. from Kimball Electronics, Inc.

Pengambilalihan strategik ini menggabungkan kekuatan dan jejak kedua-dua syarikat bagi mewujudkan satu daripada integrator sistem bebas terbesar dalam automasi ujian dengan 1,200 pekerja merentasi 20 pejabat di 11 negara. Lokasi Averna baharu akan merangkumi Ho Chi Minh, Vietnam; Suzhou, China; Trivandrum, India; Tokyo, Jepun dan San Jose, Amerika Syarikat dengan sokongan teknikal di Filipina, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia dan Thailand.

"Memandangkan operasi pelanggan global kami tersebar merentasi semua benua, penting bagi kami untuk bergabung dengan pasukan yang betul dan mewujudkan kehadiran ketara di pelbagai geografi di Asia," jelas François Rainville, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Averna. "Dengan pengambilalihan ini, Averna kini mempunyai jejak yang kukuh di Amerika, Eropah dan Asia, lokasi yang sebahagian besar daripada aktiviti penyelidikan & pembangunan, serta pembuatan pelanggan kami dilakukan. Dengan menggabungkan keupayaan automasi, visi dan kejuruteraan ujian pasukan yang mendalam dan pangkalan data pelanggan yang mengagumkan, jelas sekali GES paling sesuai."

Pelanggan GES termasuk Pengilang Peralatan Asli (OEM) serta Pengilang Kontrak (CM) syarikat itu. Keupayaan teknikal teras termasuk metrologi optik dan pengesanan kecacatan, pemprosesan/perisian imej dan penjajaran mikro komponen/bahagian untuk produk. GES menawarkan skop peralatan automasi dan pemeriksaan yang luas, termasuk ujian kefungsian, pemeriksaan kosmetik dan aplikasi pemasangan merentasi semua pasaran.

"Sebagai sebahagian daripada Kimball Electronics, kami telah didedahkan dengan banyak kepada projek berskala besar." kata Chris Thyen, bekas Naib Presiden, Platform Baharu di GES dan kini memegang jawatan Naib Presiden, Averna APAC. "Dengan bergabung tenaga bersama Averna, kami bukan sahaja akan terdedah kepada landskap ujian baharu, tetapi kami boleh berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang inovasi kualiti." 

Pengambilalihan ini mengukuhkan Averna sebagai peneraju dalam ujian, pengukuran dan kualiti. Dengan menambah lebih 160,000 kaki persegi ruang pembuatan baharu, termasuk bilik bersih kelas 100K dan 10K, Averna bersedia sepenuhnya untuk menyahut cabaran pelanggan yang besar, di mana-mana sahaja di dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Averna, sila kunjungi laman web syarikat itu.

Maklumat Tentang Averna

Sebagai integrator penyelesaian ujian & kualiti global, Averna bekerjasama dengan pereka bentuk produk, pembangun dan OEM untuk membantu syarikat mencapai kualiti produk yang lebih tinggi, mempercepat masa untuk memasarkan dan melindungi jenama syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1999, Averna menawarkan kepakaran khusus dan ujian berinovatif, pemeriksaan penglihatan, pemasangan dengan ketepatan dan penyelesaian automatik yang memberikan manfaat teknikal, kewangan dan pasaran yang besar untuk pelanggan dalam aeroangkasa, automotif, elektronik pengguna, tenaga, perindustrian, peranti perubatan & sains hayat, semikonduktor, telekom dan industri lain. Averna mempunyai pejabat di seluruh dunia, pelbagai pensijilan industri seperti ISO 9001:2015, pendaftaran ITAR dan bekerjasama dengan NI, Eclipse Automation, PI, Keysight Technologies dan JOT Automation. www.averna.com 

© Hak Cipta 2024 Averna. Hak cipta terpelihara. Maklumat adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Averna ialah tanda dagangan Averna Technologies Inc.

media@averna.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2472120/Averna_Technologies_Inc__Averna_Expands_its_Asian_and_North_Amer.jpg?p=medium600 

Source: Averna Technologies Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:KE
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Telecommunications Telecommunications Equipment Acquisitions, mergers, takeovers