omniture

The Word Network Bersama Faith Broadcasting Network Di Afrika dan U.K.

The Word Network
2014-12-05 00:15 65

DETROIT, 5 Disember 2014 /PRNewswire/ -- The Word Network, rangkaian keagamaan Afrika Amerika terbesar di dunia, telah melancarkan program terpilih pada Faith Broadcasting Network, yang sebelum ini dikenali sebagai TBNSA. The Word Network bersama Faith Broadcasting Network telah membentuk kerjasama baharu di Benua Afrika yang mana program terpilih daripada The Word Network akan disiarkan di seluruh Afrika dan UK pada pelbagai saluran satelit yang mencecah sehingga 50 juta penonton.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Faith Broadcasting Network, bagi meneruskan usaha kami untuk membawa program kami ke seluruh dunia," kata Kevin Adell, Ketua Pegawai Eksekutif The Word Network.

"Ini benar-benar merupakan satu gambaran bagaimana Kerajaan Tuhan bekerja dan menjadi teras rangkaian yang mempunyai kecintaan kepada jiwa, Terima kasih Word Network," ujar Dr. Andre Roebert, Ketua Pegawai Eksekutif Faith Broadcasting Family of Networks.

Paul Crouch, Jr., Pengarah Program The Word Network menambah, "Kerjasama bersejarah antara Faith Broadcasting dan The Word Network menegaskan bagaimana sekiranya organisasi Kristian bekerjasama, kita dapat membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat, dan turut membawa harapan serta penyembuhan kepada dunia yang sedang sakit!"

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA: MORT MEISNER ASSOCIATES, MORT MEISNER, 248-545-2222

Source: The Word Network
Keywords: Broadcast Technology Television Black-oriented news Religion