omniture

Panggilan untuk Penyertaan Penyampai Agile2015 Dibuka 7 Disember 2014

Agile Alliance
2014-12-05 09:58 78

PORTLAND, Oregon, 5 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Agile Alliance menjemput pemimpin dalam pembangunan Agile menyahut "Panggilan untuk Penyertaan" bagi Agile2015, persidangan Sedunia Agile Alliance. Penyertaan akan dibuka pada Ahad, 7 Disember 2014 pada pukul 12:01 pagi, Waktu Piawai Timur.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20131119/DC20276LOGO

"Persidangan Agile2015 merupakan peluang keemasan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda di atas pentas yang benar-benar global," kata Paul Hammond, pengerusi persidangan Agile2015. "Tahun lepas kami disertai hampir 1,950 eksekutif, pengurus, pembangun perisian, dan penyelidik dari 40 buah negara yang berkumpul untuk mendengar daripada pakar yang diiktiraf, penulis serta penginovasi. Persaingan untuk bersuara semasa acara unggul ini adalah sangat sengit. Pakar Agile yang mempunyai sesuatu untuk dikongsi mesti menghantar penyertaan awal."

Penghantaran untuk persidangan itu dipilih melalui proses ulasan setara yang menyeluruh.

Bakal pembentang digalakkan untuk menilai dengan teliti 16 landasan persidangan yang ada dan menghantar usul pada landasan yang paling hampir menepati topik atau topik-topik yang mereka usulkan. Landasan itu meliputi semua aspek pembangunan Agile, daripada petua untuk bermula dengan pasukan kecil sehinggalah strategi perusahaan maju yang dibuat berdasarkan pengalaman selama bertahun-tahun. Apa yang baharu pada tahun ini adalah satu landasan baharu untuk "Agile dalam Kerajaan."

Kini dalam tahun ke-14, persidangan global Agile Alliance merupakan persidangan antarabangsa bukan komersial terkemuka tentang kaedah Agile dalam pembangunan perisian. Pada teras setiap Persidangan Agile adalah tentang perhubungan dan perkongsian. Para peserta berkumpul, kebanyakannya saban tahun, untuk bertemu dengan rakan setara dan pemimpin terkemuka dalam ruang Agile. Hubungan yang dibuat, sokongan yang diterima, dan ilmu pengetahuan yang didapati memberikan pengalaman yang memperkaya serta berkekalan yang menggalakkan kejayaan persendirian dan juga kemajuan industri secara keseluruhan. Persidangan itu terbuka, melibatkan ramai pihak, dan menggalakkan idea inovatif berdasarkan pelaksanaan Agile dalam dunia sebenar.

Boleh dikatakan hampir semua orang yang menghadiri persidangan Agile Alliance telah mengatakan – "Beginilah cara persidangan sepatutnya dijalankan!"

Kongsikan ini: Penghantaran untuk persidangan tahunan #agilealliance kini dibuka!

Untuk menghantar usul sesi, sila klik di sini.

Sistem penghantaran akan kekal dibuka sehingga 22 Februari 2015. Sebarang maklumat lanjut, lawati laman web persidangan.

Latar Belakang Agile Alliance

Agile Alliance merupakan sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan khusus untuk menggalakkan konsep pembangunan perisian Agile, seperti yang digariskan dalam Agile Manifesto. Dengan 15,000 anggota dan pelanggan seluruh dunia, Agile Alliance dipacu oleh prinsip kaedah Agile serta nilai yang disediakan untuk pembangun, pertubuhan, dan para pengguna. Agile Alliance menganjurkan Persidangan Agile setiap tahun, iaitu acara terkemuka industri yang menarik para pengamal, ahli-ahli akademik, perniagaan dan ahli masyarakat vendor-rakan kongsi dari seluruh dunia. Persidangan Agile2015 dijadualkan akan berlangsung pada 3-8 Ogos 2015 di Washington D.C.

Maklumat Perhubungan Media Agile Alliance:
Phil Brock, Pengarah Urusan Agile Alliance
+1-503-554-8230
phil.brock@agilealliance.org

Source: Agile Alliance
Keywords: Computer Software Internet Technology Not for profit Trade show news