omniture

FORTUNE MENGUMUMKAN FORTUNE GLOBAL 500 2024

Fortune Media
2024-08-05 18:00 37

Walmart ialah syarikat No. 1 untuk tahun ke-11 berturut-turut 

Amerika Syarikat mendahului Greater China dengan syarikat paling banyak buat kali pertama sejak tahun 2018 

NEW YORK, 5 Ogos 2024 /PRNewswire/ --  Pada hari ini, Fortune mengeluarkan Fortune Global 500(™) 2024, senarai muktamad syarikat terbesar di dunia yang disusun mengikut kedudukan berdasarkan hasil bagi tahun fiskal 2023. Walmart, peruncit yang berpangkalan di Arkansas, berada pada kedudukan No. 1 untuk tahun ke-11 berturut-turut, diikuti oleh Amazon (No. 2), State Grid (No. 3), Saudi Aramco (No. 4) dan Sinopec (No. 5).

Kedudukan berwibawa Fortune bagi susunan dunia korporat semasa menunjukkan penguasaan syarikat dari Amerika Syarikat (139). Dengan penambahan tiga syarikat dari tahun 2023, Amerika Syarikat mendahului Greater China (133 syarikat, kurang 9 syarikat berbanding tahun lepas) buat kali pertama sejak tahun 2018. Greater China terdiri daripada Tanah Besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Syarikat China dan Amerika Syarikat menyumbang 9 daripada 10 syarikat Fortune Global 500 yang paling menguntungkan.

Sektor kewangan kembali berada dalam senarai global: Bank (57) dan syarikat insurans (40) ialah dua kategori teratas yang mendahului semua industri dengan syarikat Fortune Global 500 paling banyak, diikuti oleh pengilang automotif dan alat ganti automotif (37), penapis petroleum (33) dan logam (23). Kewangan mendahului semua sektor dalam dua metrik kewangan utama, menjana hasil sebanyak AS $8.6 trilion dan keuntungan sebanyak AS $992 bilion.

Big Tech masih menempa kejayaan. Secara kolektif, Apple (No. 7), Alphabet (No. 17), Microsoft (No. 26), dan Meta Platform (No.66) membawa masuk pendapatan bersih sebanyak $282 bilion, meningkat daripada $233 bilion tahun lepas.

SENARAI 10 SYARIKAT TERBAIK FORTUNE GLOBAL 500 2024:

  1. Walmart (Amerika Syarikat)
  2. Amazon.com (Amerika Syarikat)
  3. State Grid (China)
  4. Saudi Aramco (Arab Saudi)
  5. Sinopec (China)
  6. China National Petroleum (China)
  7. Apple (Amerika Syarikat)
  8. UnitedHealth Group (Amerika Syarikat)
  9. Berkshire Hathaway (Amerika Syarikat)
  10. CVS Health (Amerika Syarikat)

Syarikat dalam senarai Fortune Global 500 2024 mencatatkan rekod hasil agregat sebanyak $41 trilion (meningkat 0.1%) dan menggaji 70.5 juta pekerja di seluruh dunia. Walaupun hasil pada dasarnya mendatar pada tahun 2023, keuntungan meningkat sebanyak 2% selepas mengalami penurunan pada tahun 2022. Saudi Aramco (No. 4) meraih keuntungan sebanyak $121 bilion dan menjadi syarikat Fortune Global 500 yang paling menguntungkan untuk tahun ketiga berturut-turut. 

Bilangan Ketua Pegawai Eksekutif wanita syarikat Fortune Global 500 berkurangan sedikit, kepada 28, turun satu berbanding setahun yang lalu. CVS Health ialah syarikat terbesar berdasarkan hasil yang dikendalikan oleh wanita, Ketua Pegawai Eksekutif Karen Lynch. Amerika Syarikat ialah penempatan kepada 15 syarikat dengan Ketua Pegawai Eksekutif ialah wanita, diikuti oleh Perancis dengan empat dan Brazil, Britain, serta China masing-masing mempunyai dua.

Syarikat Fortune Global 500 berpangkalan di 238 bandar dan 35 negara/wilayah di seluruh dunia. 5 bandar terbaik—Beijing, Tokyo, New York, Shanghai dan Seoul—berfungsi sebagai pangkalan utama kepada hampir satu perempat daripada syarikat tersebut. London dan Paris kedua-dua bandar tersebut kurang satu syarikat untuk berada pada kedudukan kelima.

Tiga belas syarikat membuat kemunculan buat kali pertama dalam senarai Fortune Global 500 dan masing-masing menampilkan daya tarikan dunia terhadap AI dan ubat menurunkan berat badan. Syarikat tersebut termasuk pembuat cip Nvidia (No. 222) dan syarikat farmaseutikal Novo Nordisk (No. 469).

Global 500 yang lengkap muncul dalam Fortune terbitan bulan Ogos/September dan boleh didapati pada hari ini di sini. Set data lengkap boleh dibeli di sini.

"Selama tiga puluh lima tahun, Fortune telah menjejaki syarikat terbesar di dunia dalam kedudukan Global 500 kami dan ini terbukti menjadi barometer perniagaan global yang boleh dipercayai," kata Ketua Editor dan Ketua Pegawai Kandungan Fortune, Alyson Shontell. "Senarai tahun ini menunjukkan beberapa trend bertembung – harga tenaga menjadi lebih tenang manakala AI menjadi sangat menarik.  Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah jurang antara perkara yang kita belanjakan ke atas teknologi baharu yang berpotensi ini dan perniagaan yang boleh dijanakan -- dan setakat manakah jangka masa yang perlu diambil."

"Dunia perniagaan hari ini benar-benar global dan Fortune Global 500 ialah peta yang menerangi dunia itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Fortune, Anastasia Nyrkovskaya. "Kami teruja untuk berkongsi senarai ini dengan ramai khalayak yang bergantung pada kewibawaan dan kredibilitinya."

Naib Presiden Penyelidikan Fortune, Scott DeCarlo berkata, "Global 500 ialah kad skor utama untuk kejayaan perniagaan. Hasil agregat Fortune Global 500 pada tahun 2023 mencapai sebanyak $41 trilion, paras rekod tertinggi. Jumlah itu mewakili lebih daripada satu pertiga berbanding KDNK global—petunjuk betapa besarnya kuasa ekonomi tertumpu dalam syarikat ini."

Syarikat disenaraikan dalam Fortune Global 500 mengikut jumlah hasil bagi tahun fiskal masing-masing yang berakhir pada atau sebelum 31 Mac 2024. Semua syarikat dalam senarai mesti menerbitkan data kewangan dan melaporkan sebahagian atau semua angka masing-masing kepada agensi kerajaan. Angka terkini dalam senarai ialah seperti yang dilaporkan oleh syarikat; apa-apa perbandingan ialah dengan angka tahun sebelum ini seperti yang dilaporkan pada mulanya. Fortune tidak menyatakan semula angka tahun sebelum ini untuk perubahan dalam perakaunan.

Maklumat Tentang Fortune: 
Fortune ialah syarikat media berbilang platform global yang dibina berasaskan legasi pelaporan dan maklumat yang dipercayai dan memenangi anugerah bagi syarikat yang mahu menjadikan perniagaan masing-masing bertambah baik. Dimiliki secara bebas, Fortune menceritakan kisah syarikat terbesar di dunia dan pemimpin masing-masing serta generasi baharu pembawa pembaharuan yang terus memajukan perniagaan. Secara digital dan cetakan, Fortune mengukur prestasi korporat melalui penanda aras yang ketat dan memastikan syarikat bertanggungjawab, di rantau di seluruh dunia. Kedudukan ikonik Fortune termasuk Fortune 500, Fortune Global 500, Wanita Paling Berkuasa (Most Powerful Women) dan Syarikat Paling Dikagumi di Dunia (World's Most Admired Companies). Fortune membina komuniti bertaraf dunia dengan memanggil pemimpin industri yang berwibawa untuk hadir sidang kemuncak dan persidangan eksklusif, termasuk Forum Fortune Global dan Brainstorm Tech. Untuk maklumat lanjut, kunjungi fortune.com.

Hubungan Media:
Patrick Reilly
Patrick.reilly@fortune.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2167808/Fortune_Media_Logo.jpg?p=medium600

Source: Fortune Media
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Survey, Polls & Research