LONDON, 5 Disember 2014 /PRNewswire/ -- DDB Worldwide telah diiktiraf sebagai Rangkaian Terbaik Tahun Ini bagi tahun kedua berturut-turut, dan salah satu agensi rangkaian itu diiktiraf sebagai Agensi Terbaik Tahun Ini, semasa Festival Daya Cipta Eurobest 2014, yang berlangsung di Helsinki minggu ini. Secara keseluruhan, rangkaian tersebut membolot 45 anugerah, termasuk satu anugerah Grand Prix, sembilan Emas, 21 Perak, dan 14 Gangsa, merentasi 12 kategori: Filem, Bercetak, Pengiklanan Luar, Radio, Pengiklanan Langsung, Media, Promosi & Pengaktifan, Pengiklanan Bersepadu, Rekaan, Perhubungan Awam, Kraf, serta Bahan Berjenama.
adam&eveDDB membawa pulang anugerah Agensi Terbaik Tahun ini dengan sejumlah 16 anugerah, termasuk anugerah Grand Prix bagi Pengiklanan Luar bagi Google+ Front Row. Agensi itu juga menggondol lima Emas untuk kempen "Sorry I Spent It on Myself" Harvey Nichols bagi Pengiklanan Luar, Promosi & Pengaktifan, dan Pengiklanan Bersepadu, serta dua Emas bagi kategori Kraf untuk "Maya" SSE. Kempen-kempen lain yang menyumbang kepada anugerah Agensi Terbaik Tahun ini termasuklah "Bear and Hare" untuk John Lewis, "Spring/Summer 2014 Sale" untuk Harvey Nichols, "Rescue" untuk Marmite dan "Made for Real Life" untuk Volkswagen.
DDB Sepanyol Madrid telah menerima anugerah Emas bagi kategori Pengiklanan Langsung bagi "Abortiontravel" untuk CELEM, dan DDB Group Jerman Berlin membawa pulang anugerah Emas bagi kategori Kraf untuk "Jose's Wifi Dogs" untuk Deutsche Telekom.
Agensi-agensi lain yang menyumbang kepada sanjungan terhadap rangkaian ini termasuklah DDB Paris, DDB & Tribal Worldwide (Belanda), DDB Brussels dan DDB Stockholm.
Pietro Tramontin, Ketua Pegawai Eksekutif DDB Eropah, Timur Tengah and Afrika, berkata, "Industri kami hari ini bergerak dengan amat pantas dan sangat berdaya saing. Oleh itu, pengiktirafan ini merupakan pencapaian penting dan mengekalkannya adalah kejayaan yang lebih hebat lagi. Saya sangat berbangga dengan semua agensi kami, yang sentiasa menghasilkan idea baharu merentasi pelbagai kategori, terutamanya dengan adam&eveDDB, yang benar-benar layak mendapat gelaran Agensi Terbaik Tahun Ini."
Amir Kassaei, Ketua Pegawai Kreatif DDB Worldwide, menambah, "Peranan kami dalam dunia pemasaran bukan sahaja untuk mencipta kesedaran, menceritakan kisah, dan melombong data, tetapi juga untuk mencipta kaitan serta pengaruh. Kami bermula untuk mencari kebenaran yang berkaitan dan menyampaikannya dalam cara baharu yang segar, manakala prestasi DDB semasa Eurobest membuktikan agensi rantau kami benar-benar menerima cara kerja ini."
Ini menandakan kali kelima dalam tempoh enam tahun rangkaian DDB telah membawa pulang gelaran itu. DDB juga dinamakan sebagai Rangkaian Terbaik Tahun Ini Eurobest pada tahun 2009, 2010, 2011 dan 2013.
Latar Belakang DDB EMEA
DDB EMEA merupakan sebahagian daripada DDB Worldwide (www.ddb.com), salah satu daripada rangkaian pengiklanan dan pemasaran terbesar serta paling banyak menggondol anugerah di dunia. Pada 2012, DDB telah diiktiraf sebagai Rangkaian Pengiklanan Terbaik Tahun Ini oleh Campaign, serta Agensi Terbaik Tahun Ini dan Agensi Digital Terbaik Tahun Ini oleh majalah Strategy. Pada 2013, DDB membawa pulang gelaran Rangkaian Agensi Terbaik Tahun Ini semasa Anugerah Eurobest dan Anugerah African Cristal. Semasa Festival Daya Cipta Antarabangsa Cannes 2014 yang penuh berprestij, DDB EMEA telah dianugerahkan gelaran Rangkaian Rantau Terbaik Tahun Ini dan Agensi Terbaik Tahun Ini. Di samping itu, The Gunn Report telah menyenaraikan DDB sebagai salah satu daripada 3 Rangkaian Global Terbaik bagi 12 daripada 15 tahun lepas.
Ditubuhkan pada 1949, DDB merupakan sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE) dan terdiri daripada lebih 200 cawangan di lebih 90 buah negara dengan pejabat utamanya di New York, NY.
Latar Belakang Eurobest
Eurobest merupakan acara pertandingan anugerah tahunan terkemuka di Eropah bagi mengiktiraf kecemerlangan kreatif dalam kategori pengiklanan Filem, Bercetak, Pengiklanan Luar, Radio, Kraf, Interaktif, Media, Pengiklanan Langsung, Promosi & Pengaktifan, Rekaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan Bersepadu, Mudah Alih serta Bahan Berjenama & Hiburan. Sejak 2008, anugerah yang dihakimi oleh minda kreatif terkemuka Eropah, membentuk sebahagian daripada festival dua separuh hari yang bertema bagi mengenal pasti dan melibatkan topik khusus yang berkaitan dengan pasaran Eropah. Festival itu, yang dihadiri oleh lebih 1,800 delegasi, sebelum ini pernah diadakan di Stockholm, Amsterdam, Hamburg dan Lisbon. Eurobest dianjurkan oleh Lions Festivals. www.eurobest.com
Latar Belakang Omnicom Group Inc.
Omnicom Group Inc. (NYSE-OMC) merupakan syarikat pemasaran dan komunikasi korporat terkemuka di peringkat global. Rangkaian berjenama dan pelbagai firma khusus Omnicom menyediakan perkhidmatan pengiklanan, perancangan dan pembelian media strategik, pemasaran digital serta interaktif, pemasaran langsung dan juga promosi, hubungan awam, dan perkhidmatan komunikasi istimewa lain kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 buah negara.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Omnicom dan jenamanya, sila lawati www.omnicomgroup.com.
Maklumat Perhubungan Akhbar:
Sara Cosgrove, Pengarah Komunikasi, DDB Eropah
E-mel: Sara.cosgrove@ddb-europe.com
Telefon: +44-(0)-207-258-4230