SHANGHAI, 8 Disember 2014 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "JA"), salah satu pengeluar terbesar dunia untuk produk kuasa suria berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan ia menghantar 100MW modul kepada ladang suria besar-besaran pertama di Pakistan.
Menempati 500 ekar tanah, ladang suria itu terletak dalam Quaid-e-Azam Solar Park di Bahawalpur, Pakistan. Ladang Suria itu akan menangani kekurangan tenaga negara itu dan merupakan projek penting bagi Koridor Ekonomi China-Pakistan, satu program pembangunan yang sedang dibangunkan untuk projek tenaga serta prasarana bagi menghubungkan China ke selatan Pakistan dan juga membangunkan gerbang baharu untuk perdagangan. Permintaan tenaga di Pakistan telah meningkat kira-kira 8 peratus setiap tahun, lalu menyebabkan negara mengalami defisit penghasilan tenaga kira-kira 6 GW.
Punjab, wilayah tempat projek itu dijalankan, menikmati antara sinaran suria terbanyak di dunia. Dengan kira-kira 3,000 jam sinaran matahari setiap tahun, rantau itu sangat sesuai untuk penjanaan kuasa fotovolta (PV). Projek itu terletak dalam kawasan tandus yang mana suhu boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius semasa musim panas. Iklim yang sangat panas dan kering itu memerlukan modul yang paling berkualiti tinggi.
JA Solar membekalkan modulnya di bawah pemantauan PV Lab Germany GmbH, makmal diakreditasi pihak ketiga berkuasa yang menetapkan piawaian ketat bagi pemilihan bahan mentah, proses pengeluaran, dan pemeriksaan kualiti. JA Solar membuktikan keandalannya, kecekapan penukaran tinggi, dan output kuasa tinggi dengan melepasi ujian ketat serta menghantar produk tepat pada masanya. Ujian yang dijalankan termasuklah Pemeriksaan Elektropendarcahaya dan Ujian Pembanting Piawai 3xIEC.
En. Yong Liu, Ketua Pegawai Operasi JA Solar, mengulas, "Iklim panas dan kering di Pakistan memberi cabaran hebat kepada modul suria kami. Kejayaan menghantar 100MW modul kami merupakan bukti kualiti tinggi serta keandalan produk kami."
En. Jian Xie, Presiden JA Solar, menambah, "Penubuhan Quaid-e-Azam Solar Park merupakan cara penting untuk menarik pelaburan asing bagi industri tenaga Pakistan. Dengan melengkapkan penghantaran 100MW ke Pakistan, JA telah mencapai tanda aras baharu dalam usahanya untuk berkembang ke seluruh dunia dalam pasaran baharu. Sebagai pembekal modul untuk ladang suria besar-besaran pertama di Pakistan, kami membuktikan produk kami yang menjimatkan kos akan menambah nilai signifikan untuk pelanggan hiliran kami dengan meningkatkan penjanaan kuasa dan mengurangkan kos pemasangan."
Hubungi:
Erica Hu
+86-21-60955888/ +86-21-60955999
sales@jasolar.com; market@jasolar.com