MIAMI, 8 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Malam semalam, jenama jam tangan mewah Switzerland Hublot memberi penghormatan kepada artis jalanan kelahiran Paris, Mr. Brainwash dengan merasmikan pameran eksklusif dan mengujakan di Bal Harbour Boutique jenama itu. Bagi meraikan Minggu Seni Kontemporari Miami, Hublot bekerjasama dengan Mr. Brainwash untuk memenuhkan seluruh muka bangunan butik itu sebagai hasil seni yang ditempah khas.
Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, dan Rick de la Croix, Rakan Kongsi Bal Harbour Boutique Hublot, menjemput para tetamu untuk memulakan sambutan jenama itu di Bal Harbour Boutique, yang mana En. Guadalupe, En. de la Croix dan Mr. Brainwash, bersama tetamu istimewa Eva Longoria, memperlihatkan pameran itu kepada orang awam buat kali pertama. Para tetamu dijemput ke butik itu untuk menikmati koktel dan kudapan, sambil menikmati hasil seni serta jam tangan Hublot yang dipamerkan. Acara kemuncak majlis itu adalah apabila Ricardo Guadalupe dan Mr. Brainwash menghadiahkan satu hasil seni kepada Eva Longoria bagi manfaat Yayasan Eva Longoria.
Ricardo Guadalupe berkata, "Kami teruja dapat berganding bahu dengan rakan kami Eva Longoria untuk meraikan Mr. Brainwash di Miami semasa minggu seni kontemporari terunggul di negara ini. Mr. Brainwash, dikenali kerana gaya beliau yang unik dan memecah kebiasaan, merupakan salah seorang artis terkemuka bagi generasi beliau, yang membantu memperkenalkan Gerakan Seni Jalanan alternatif kepada orang ramai. Kami sangat teruja untuk meneruskan hubungan kami dengan pengkarya hebat ini, dan untuk memberi penghormatan kepada beliau di sini, hari ini."
Mr. Brainwash dikenali sebagai pengkarya untuk muka hadapan album Madonna "Celebration", selain hasil kerja beliau bersama Red Hot Chili Peppers. Beliau pernah mengarahkan video muzik bagi lagu David Guetta dan Nicky Romero, "Metropolis," serta merupakan bintang filem pujaan ramai Banksy, "Exit Through the Gift Shop." Melalui perkongsian ini, Hublot terus menggabungkan Art of Fusion dengan kecintaannya terhadap seni dan kemewahan.
Berikutan acara di Bal Harbour itu, Hublot meneruskan keraian itu dengan bekerjasama dengan Haute Living bagi menganjurkan satu majlis makan malam istimewa di atas kapal layar persendirian yang diikuti dengan parti di Casa de Suenos Estate yang terkenal di Miami Beach, kediaman JR dan Loren Ridinger. Tetamu yang hadir, termasuklah Eva Longoria, Mr. Brainwash, Miley Cyrus, Russell Simmons, Swizz Beatz, Sammy Sosa dan Patrick Schwarzenegger, telah dijemput meraikan satu malam penuh kemewahan, seni, serta muzik di harta tanah menghadap lautan yang indah itu.
Pautan kepada imej: https://app.box.com/s/opcul3lxmd15z5dv6flr