omniture

Yaber bakal Lancar Projektor Edisi Khas Diilhamkan oleh Artis Grafiti Legenda Dalam Masa Terdekat

Yaber Technologies Co., Ltd
2024-08-15 16:25 32

NEW YORK, 15 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Yaber, perintis bagi projektor hiburan, bakal memperkenalkan edisi khas projektor T2/T2 Plus. Ini merupakan koleksi yang pertama seumpamanya daripada Yaber yang diilhamkan oleh artis grafiti yang terkemuka di dunia, terkenal dengan karya seninya yang bertenaga dan diinspirasikan oleh jalanan yang menggambarkan pemandangan jalan bandar yang ikonik pada tahun 1980-an.

Yaber to Release Special T2/T2 Plus Projectors Soon
Yaber to Release Special T2/T2 Plus Projectors Soon

Artis ini, terkenal dengan gaya ikoniknya yang menampilkan garisan berwarna hitam yang tebal dan warna-warna cerah serta terang, sebelum ini pernah berkolaborasi dengan banyak jenama terkemuka seperti Uniqlo, adidas, Coach, Samsung dan G-Shock. Perkongsian ini telah membawa seni beliau yang tersendiri ke dalam kehidupan seharian, lantas menawan hati khalayak di seluruh dunia.

Jangan ketinggalan pelancaran gabungan budaya pop dan teknologi yang eksklusif ini pada 20 Ogos. Nantikan butiran lanjut mengenai projektor inovatif ini.

Latar Belakang Yaber 

Ditubuhkan pada tahun 2018, Yaber merupakan perintis bagi projektor hiburan, setelah berjaya menyampaikan lebih dua juta unit kepada peminat di lebih 120 negara dan wilayah di seluruh dunia. Khususnya, Yaber diberi penghormatan dengan anugerah-anugerah berprestij, termasuk Red Dot Award, Yanko Design Award dan CES Innovation Award 2024.

Di Yaber, kami bukan sekadar jenama; kami merupakan suatu pengalaman. Kami menumpukan untuk membangunkan dan menyediakan projektor hiburan berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi yang dapat memenuhi permintaan pengguna untuk keindividuan, kreativiti serta hiburan interaktif, bagi memastikan semua orang dapat menikmati pengalaman bunyi kualiti pawagam yang terbaik.

Untuk perkembangan terkini, kunjungi https://www.yaber.com/collections tatkala Yaber terus mentakrifkan semula kecemerlangan dalam hiburan.

 

Source: Yaber Technologies Co., Ltd
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Computer Accessories Retail Telecommunications New products/services Future Events