SYDNEY, 10 Disember 2014 /PRNewswire/ -- NetComm Wireless Limited (ASX: NTC), pembangun terkemuka untuk peranti wayarles Mesin ke Mesin (M2M), hari ini akan menceburi industri kesihatan dengan melancarkan NetComm Wireless n-Hub (NTC-20) semasa Sidang Kemuncak mHealth 2014 di Washington, DC. Direka bagi memenuhi permintaan dunia yang semakin meningkat untuk penyelesaian penjagaan kesihatan M2M, n-Hub menghubungkan pelbagai peranti mHealth yang dibolehkan Bluetooth dan WiFi kepada kepantasan serta liputan rangkaian selular.
n-Hub bakal memudahkan inovasi sektor penjagaan kesihatan ketika ekosistem global peranti mHealth bertambah sehingga melebihi 650 juta menjelang 2020. Peranti itu membolehkan data selamat dihantar daripada pesakit atau pelanggan pada jarak jauh kepada doktor mereka.
"n-Hub mengubah kebiasaan semasa untuk sektor penjagaan kesihatan global. Ia menggabungkan kesederhanaan dengan fleksibiliti sistem terbuka bagi mempertingkat kecekapan, mengurangkan kos, dan akhirnya meningkatkan keputusan kesihatan pesakit. n-Hub mempunyai kemampuan untuk memacu inovasi merentasi pelbagai aplikasi seperti pemantauan kesihatan ahli keluarga berusia, penjagaan pesakit pascapembedahan, serta memerhati kesihatan sendiri, antara lainnya," kata David Stewart, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif NetComm Wireless.
Direka bentuk untuk penggunaan yang lancar, n-Hub menghubungkan rangkaian global dan binaan terbukanya yang membolehkan kesalingfungsian dengan kebanyakan platform pengurusan. Sistem Pengendalian Linux dan Kit Pembangunan Perisian (SDK) yang terbuka turut memberikan kebebasan untuk mencipta aplikasi perisian bagi hampir sebarang keperluan penjagaan kesihatan.
Antara ciri-ciri perisian n-Hub yang beraneka: antena dalaman untuk pengaturan yang mudah; berbilang lapisan kuasa sandaran; antena lewah untuk keandalan lebih tinggi; paparan OLED intuitif dan antara muka mesra pengguna bagi pemasangan di tapak yang mudah; pilihan kuasa dan pemasangan berbilang mod serta penyepaduan tanpa gangguan untuk mana-mana ruang kediaman, perubatan, komersial, atau perindustrian.
Latar Belakang NetComm Wireless Limited
NetComm Wireless Limited (ASX: NTC) merupakan pembangun terkemuka untuk peranti dan penyelesaian Mesin ke Mesin (M2M) di seluruh dunia. Syarikat itu menyediakan peranti wayarles tetap generasi baharu 3G, 4G dan jalur lebar luar bandar yang mendasari dunia yang semakin terhubung. Pembawa telekomunikasi, penyedia rangkaian teras, dan penyepadu sistem terkemuka menggunakan penyelesaian NetComm Wireless bagi mengoptimumkan prestasi rangkaian serta menyokong produk dan juga perkhidmatan terhubung mereka dalam pasaran M2M dan pasaran jalur lebar di luar bandar. Sejak 32 tahun lalu, NetComm Wireless telah membangunkan portfolio bagi produk komunikasi data pertama dunia, dan kini merupakan penginovasi wayarles yang diiktiraf di seluruh dunia. Beribu pejabat di Sydney (Australia), NetComm Wireless kini mempunyai cawangan di AS, Eropah/UK, New Zealand, Timur Tengah dan Jepun. Sebarang maklumat lanjut lawati www.netcommwireless.com.