omniture

Pemimpin PRA Group Memenangi Anugerah Stevie Perak dalam International Business Awards 2024

PRA Group, Inc.
2024-08-16 21:28

NORFOLK, Va, 16 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- PRA Group, Inc. (Nasdaq: PRAA), syarikat perkhidmatan kewangan global, dengan bangganya mengumumkan Elizabeth Kersey, naib presiden kanan komunikasi dan dasar awam, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Stevie® Perak dalam kategori Komunikasi, Perhubungan Pelabur atau Eksekutif Perhubungan Awam (PR) Terbaik Tahun Ini dalam International Business Awards® Tahunan yang ke-21.

Elizabeth Kersey, senior vice president of communications and public policy at PRA Group, wins a Silver Stevie® award in the 21st Annual International Business Awards®.
Elizabeth Kersey, senior vice president of communications and public policy at PRA Group, wins a Silver Stevie® award in the 21st Annual International Business Awards®.

"Saya berasa rendah hati menerima anugerah berprestij ini dan diiktiraf dalam kalangan pemimpin perniagaan terbaik di seluruh dunia. Ini benar-benar satu penghormatan besar, bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk pasukan saya, kerana kejayaan bersama kami diketengahkan di pentas global," kata Kersey.

Kersey mempunyai lebih daripada dua puluh tahun pengalaman dalam hal ehwal awam dan perhubungan kerajaan merentasi pelbagai sektor. Dalam peranannya di PRA Group, beliau mengetuai dasar awam dan usaha komunikasi – komunikasi global dalaman dan luaran, penjenamaan, perhubungan awam dan media, kedermawanan korporat, keterlibatan komuniti dan perhubungan kerajaan. Kersey ialah siswazah Universiti Virginia Tech dan Old Dominion. Beliau berkhidmat dalam pelbagai lembaga eksekutif dan penasihat, termasuk lembaga pengarah Virginia FREE dan Dewan Perniagaan Virginia.

International Business Awards ialah program anugerah perniagaan terunggul di dunia. Semua individu dan organisasi di seluruh dunia – awam dan swasta, untuk keuntungan dan bukan untuk keuntungan, besar dan kecil – layak untuk menghantar pencalonan. IBA 2024 menerima penyertaan daripada organisasi di 62 negara dan wilayah.

Lebih daripada 3,600 pencalonan daripada organisasi pelbagai saiz dan dalam hampir semua industri sudah dikemukakan tahun ini untuk pertimbangan. Pemenang Anugerah Stevie ditentukan mengikut skor purata lebih daripada 300 eksekutif di seluruh dunia yang menyertai proses penilaian pada bulan Jun dan Julai.

"Membina jenama global PRA ialah pencapaian luar biasa yang memerlukan keupayaan, imaginasi yang unik dan banyak pengetahuan serta persepsi kenalurian dan kemahiran komunikasi," kata seorang hakim selepas mengulas pencalonan Kersey. "Elizabeth Kersey telah berjaya mempengaruhi semua komunikasi dalaman dan luaran dengan ketara, dan hasil usahanya jelas meninggalkan kesan dalam sejarah syarikat."

"International Business Awards cukup berdaya saing dan amat menarik melihat hasil usaha Elizabeth diiktiraf antara yang terbaik, pada peringkat antarabangsa," kata Vik Atal, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) PRA Group. "Saya berterima kasih kepada para hakim kerana dapat melihat perkara yang kami di PRA Group sudah merasai pengalaman ini sendiri pada setiap hari: bahawa komitmen Elizabeth yang berkekalan, kepimpinan dasar awam dan kepakaran komunikasi membantu memacu syarikat kami ke hadapan dalam bidang yang amat kritikal ini."

Pemenang akan diraikan semasa jamuan gala di Hotel InterContinental di Istanbul, Türkiye pada 11 Oktober.

"Kami telah lama menganggap International Business Awards sebagai 'Olimpik untuk tempat kerja,' dan pertandingan tahun ini ialah bukti terbaik yang pernah berlaku," kata Presiden Anugerah Stevie, Maggie Miller. "Para pemenang telah menunjukkan bahawa organisasi mereka telah menetapkan dan mencapai matlamat yang cukup tinggi. Kami mengucapkan tahniah atas pencapaian mereka yang diiktiraf dan tidak sabar untuk meraikan mereka di pentas di Istanbul pada 11 Oktober."

Butiran mengenai majlis International Business Awards dan senarai pemenang Anugerah Stevie boleh didapati di http://www.StevieAwards.com/IBA.

Maklumat Tentang PRA Group
Sebagai peneraju global dalam mengambil alih dan mengutip pinjaman tidak berbayar, PRA Group, Inc. mengembalikan modal kepada bank dan pemiutang lain bagi membantu mengembangkan perkhidmatan kewangan untuk pengguna di Amerika, Eropah dan Australia. Dengan ribuan pekerja di seluruh dunia, syarikat PRA Group bekerjasama dengan pelanggan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.pragroup.com.

Maklumat Tentang Anugerah Stevie
Anugerah Stevie diberikan dalam sembilan program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Stevie Timur Tengah & Afrika Utara, American Business Awards®, International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Terbaik, Anugerah Stevie untuk Jualan & Perkhidmatan Pelanggan dan Anugerah Stevie untuk Kecemerlangan Teknologi. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 12,000 pencalonan setiap tahun daripada organisasi di lebih daripada 70 negara. Sebagai penghormatan kepada organisasi daripada pelbagai jenis dan saiz serta individu di belakang organisasi tersebut, Anugerah Stevie mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di www.StevieAwards.com.

Butiran Hubungan Media Berita:
Elizabeth Kersey
Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Dasar Awam
(757) 641-0558
Elizabeth.Kersey@PRAGroup.com

Butiran Hubungan Pelabur: 
Najim Mostamand, CFA
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur
(757) 431-7913
IR@PRAGroup.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2483427/PRA_Group_Elizabeth_Kersey_2024_Silver_Stevie_Winner.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/819349/PRA_Logo.jpg?p=medium600

Source: PRA Group, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:PRAA
Keywords: Banking/Financial Service Awards