omniture

Vantage Foundation Sokong Saigon Children's Charity

Vantage Foundation
2024-08-19 17:05 37

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 19 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Foundation dengan sukacitanya mengumumkan perkongsiannya bersama Saigon Children's Charity (saigonchildren), sebuah pertubuhan berdaftar di UK yang terkemuka, mengkhusus untuk menyediakan peluang pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Vietnam.

Vantage Foundation Sokong Saigon Children's Charity
Vantage Foundation Sokong Saigon Children's Charity

Ditubuhkan pada tahun 1992, Saigon Children's Charity memainkan peranan penting dalam mengatasi halangan kepada pendidikan di seluruh Vietnam, termasuk kemiskinan, geografi dan ketidakupayaan. Usaha amal ini termasuk menawarkan biasiswa bagi membolehkan pelajar-pelajar belajar tanpa bimbang mengenai kewangan, membina kemudahan pendidikan di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, menyediakan latihan vokasional yang penting serta menyokong kanak-kanak berkeperluan khas.

Sumbangan daripada Vantage Foundation akan membantu meningkatkan program biasiswa Saigon Children untuk tahun persekolahan 2024-2025 yang akan datang dan menyokong perjalanan pendidikan mereka.

Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation, menyatakan semangatnya mengenai perkongsian ini, dengan berkata, "Kami berbesar hati dapat menyokong usaha penting Saigon Children bagi meningkatkan akses kepada pendidikan untuk kanak-kanak di Vietnam. Pendidikan merupakan alat yang berkuasa untuk mencapai perubahan dan kami berbangga dapat menyumbang kepada masa depan yang cerah pelajar-pelajar ini."

Van Vuong, Ketua Pengumpulan Dana dan Komunikasi Saigon Children's Charity CIO berkata: "Kami sentiasa bersyukur apabila kami menerima sokongan, sama ada kewangan atau melalui aktiviti-aktiviti lain dan mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini kami dan mempertimbangkan untuk menyertai usaha kami."

Vantage Foundation mengkhusus untuk memupuk peluang pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di serata dunia. Derma ini sejajar dengan misi Vantage Foundation untuk memperbaiki kehidupan orang lain melalui perkongsian yang memberi impak dan penglibatan komuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Saigon Children's Charity dan cara untuk anda melibatkan diri, kunjungi laman web mereka di www.saigonchildren.com.

Latar Belakang Vantage Foundation 

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini pernah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan amal di serata dunia, termasuk The iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia di Malaysia dan Instituto Claret di Brazil.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

 

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Children-related news DEI Page