omniture

Persidangan Utama Memberi Sorotan Terhadap Pembangunan Ilmu Di Dunia Arab

Mohammed bin Rashid Al Maktoum Foundation (MBRF)
2014-12-10 14:57 92

DUBAI, UAE, 10 Disember 2014 /PRNewswire/ --

  • Pencipta jaringan sejagat dan pengasas bersama Wikipedia diiktiraf dengan Anugerah Ilmu pertama bernilai AS$ 1 juta
  • Persidangan Ilmu pertama mengumumkan permulaan usaha mewujudkan Indeks Pengetahuan Arab bagi mengukur ilmu dalam dunia Arab

Ilmu dan penyebarannya dalam dunia Arab telah diberi perhatian yang rapi buat kali pertama dalam rantau itu apabila satu acara ilmu antarabangsa diadakan di Dubai semalam. Dianjurkan oleh Yayasan Mohammed bin Rashid Al Maktoum (MBRF), peneraju dalam penyebaran ilmu, Persidangan Ilmu Pertama telah mengumpul bersama orang yang berpengaruh, pakar, serta pihak berkepentingan dalam ilmu pengetahuan di bawah satu bumbung, memberi momentum baharu untuk gerakan ilmu dalam rantau itu.

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141208/720287

"Pertukaran pengalaman dan pengenalan amalan terbaik serta saranan dan penyelesaian inovatif semasa Persidangan Ilmu Pertama akan bertindak sebagai peta jalan dalam pembangunan kajian sains dan teknologi dalam rantau itu," kata Jamal Bin Huwaireb, Pengarah Urusan MBRF.

Antara penceramah penting semasa persidangan itu termasuklah Sir Tim Berners-Lee, pencipta Jaringan Sejagat, dan Jimmy Wales, pengasas bersama dan penggalak ensiklopedia tanpa untung dalam talian Wikipedia.

Bercakap semasa persidangan itu, Sir Tim Berners-Lee, berkata: "Sebagai platform yang berkhidmat untuk kemanusiaan melalui penyebaran ilmu, internet mesti menjangkau satu pelosok dunia. Hari ini, kebanyakan penduduk dunia masih tidak mempunyai akses kepada internet. Sementara mereka yang mempunyai akses kepada internet akan diperkasakan, sudah menjadi tanggungjawab semua untuk membantu memperluaskan jangkauan internet kepada semua orang," kata Sir Tim Berners-Lee kepada sidang hadirin.

Persidangan Ilmu Pertama itu turut menyaksikan pelancaran Laporan Ilmu Arab 2014, inisiatif bersama MBRF dan Biro Arab dalam Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang menumpukan kepada penyepaduan remaja dan penyetempatan ilmu dalam dunia Arab. Laporan tahunan itu, yang merupakan yang ketiga dalam sirinya, tahun ini telah menyerlahkan jurang besar dalam bidang ilmu dalam rantau itu. Pada masa yang sama, laporan itu mendedahkan beberapa penemuan menarik seperti kehadiran ilmuwan wanita yang semakin meningkat dalam negara Arab, khususnya di UAE, Tunisia, dan Jordan.

Persidangan itu memberi pengiktirafan kepada Sir Tim Berners-Lee dan Jimmy Wales dengan Anugerah Ilmu Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum pertama atas usaha mereka membina platform terbesar dalam penyebaran ilmu. Anugerah itu, yang bernilai AS$1 juta, merupakan anugerah pertama seumpamanya dan dibahagikan antara dua pemenang itu.

Dalam satu lagi inisiatif penting, persidangan itu mengumumkan bermulanya usaha mewujudkan Indeks Ilmu Arab, yang telah direka sebagai alat praktikal untuk mengukur ilmu dalam dunia Arab. Indeks ini akan memberi maklumat tepat dan praktikal tentang status ilmu dalam masyarakat Arab kepada pembuat keputusan, pakar, dan penyelidik, bagi menawarkan panduan dalam rumusan pelan pembangunan dan polisi.

Lina Al Anani
lina.alanani@mbrf.ae
+971-50-9023333

Sumber: Yayasan Mohammed bin Rashid Al Maktoum (MBRF)

Source: Mohammed bin Rashid Al Maktoum Foundation (MBRF)
Keywords: Banking/Financial Service Education Internet Technology Trade show news