ST. PETERSBURG, Florida, 10 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah Persatuan Tenis Wanita (WTA) meluluskan persetujuan media selama 10 tahun yang buat julung kalinya yang bernilai lebih AS$525 juta bersama rakan kongsi penjawat kini, PERFORM, usaha niaga hak media langsung dan penerbitan terbesar dalam sejarah WTA dan dalam sejarah sukan wanita.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140811/700750 )
Buat julung kalinya sebagai sebahagian daripada gerakan strategik utama untuk WTA, pengumpulan dan pemusatan semua hak media kejohanan WTA akan menyediakan setiap acara WTA merentasi tawaran linear, digital, dan Perkhidmatan Melebihi Keperluan (OTT). Akhirnya, ini akan mempertingkatkan pengalaman peminat dengan memudahkan mereka mengikuti pemain WTA kegemaran mereka secara tetap sepanjang tahun.
Stacey Allaster, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif WTA berkata, "Ini merupakan saat bersejarah dan mengubah kebiasaan bagi para peminat kami dan unduk bidang sukan wanita.
"Strategi siaran baharu kami untuk menerbitkan kesemua 2000 perlawanan perseorangan cabutan utama dengan kerjasama bersama PERFORM bakal memberikan pendedahan sedunia yang pesat untuk para pemain, kejohanan, dan rakan kongsi kami."
Persetujuan itu memperkenalkan WTA Media, usaha bersama antara kedua-dua organisasi yang bakal memberikan kandungan premium yang tidak pernah dilihat sebelum ini kepada para peminat tenis seluruh dunia. WTA Media, dengan kejohanan, akan menerbitkan semua perlawanan perseorangan cabutan utama serta perlawanan separuh akhir, dan peringkat akhir semua perlawanan beregu mulai 2017. Tambahan lagi, WTA Media akan meningkatkan penerbitannya untuk bahan berita sebanyak 40 peratus. Ia juga akan menyediakan rancangan majalah tambahan serta bahan luar gelanggang yang signifikan bagi menyokong strategi medium mudah alih, medium digital, dan medium sosial WTA.
"Kami teruja dapat memperluaskan perkongsian kami yang sangat berjaya bersama WTA. Kami sangat meyakini nilai hiburan sukan WTA yang luar biasa dan kami komited untuk memacu nilai bagi semua ahli dan rakan kongsi WTA. Persetujuan ini juga memberikan pendedahan maksimum kepada para peminat global WTA melalui berbilang platform. Ini merupakan perkongsian yang memecah kebiasaan dan inovatif bersama WTA dan turut merupakan langkah besar utama dalam pelan pertumbuhan 10 tahun yang signifikan untuk PERFORM," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bersama PERFORM, Simon Denyer.
Sumber: Persatuan Tenis Wanita (WTA)