SANTA CLARA, California, 9 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Dalam satu laporan baharu yang dikeluarkan Gartner, syarikat penyelidikan teknologi maklumat dan khidmat nasihat terkemuka dunia, Huawei disenaraikan sebagai pencabar buat julung kalinya dalam Kuadran Ajaib Tatasusunan Cakera Kegunaan Am Gartner*.
En. Yan Lida, Presiden Kumpulan Perniagaan Perusahaan Huawei berkata, "Penyenaraian Huawei dalam Kuadran Pencabar laporan Gartner menunjukkan kami telah diiktiraf oleh firma penyelidikan dan khidmat nasihat paling berpengaruh dalam industri ini dan Huawei juga telah menjadi pesaing utama dalam ruang simpanan. Perniagaan simpanan Huawei, berdasarkan produk dan penyelesaian berfokuskan khidmat kami yang utama, akan terus berkembang dalam hasil dan syer pasaran bagi membolehkan perusahaan menjadi benar-benar tangkas."
Menurut Gartner, "Kuadran Ajaib menyediakan perbandingan penentuan kedudukan penyedia teknologi dan perkhidmatan secara grafik di mana pertumbuhan pasaran adalah tinggi dan perbezaan antara penyedia adalah besar. Kuadran Ajaib memaparkan pasaran dalam fasa tengah kitar hayat mereka dengan menggunakan matriks dua matra yang menilai vendor berdasarkan "Pelengkapan Wawasan" serta "Kebolehan Melaksana" mereka. Kuadran Ajaib mempunyai 15 kriteria berpemberat yang digunakan untuk menentu arah kedudukan vendor di atas graf berdasarkan kekuatan relatif mereka dalam pasaran**.
Untuk laporan itu, Gartner menilai 19 vendor penyimpanan dan menyenaraikan Huawei dalam kuadran Pencabar.
Huawei percaya keputusan ini mewakili pertumbuhan pesat syarikat itu dalam hasil dan syer pasaran bagi pasaran penyimpanan, dan perluasan berjaya perniagaan penyimpanan Huawei di seluruh dunia. Syarikat itu terus menumpukan kepada perancangan pasaran strategik, membangunkan produk dan penyelesaian berdasarkan ikutan pasaran penyimpanan keseluruhan, dan mengekalkan pelaburan dalam inovasi teknologi.
Prinsip "Tertumpu dan Pintar" Huawei untuk penyimpanan telah membolehkan lebih 3,000 pelanggan di lebih 100 negara mengakses perkhidmatan tangkas. Buat masa kini, produk dan penyelesaian Huawei telah dilaksanakan oleh perusahaan di Amerika Utara, Jerman, Perancis, India, Brazil, Mexico, Afrika Selatan, dan Rusia.
Gartner menetapkan "vendor dalam kuadran Pencabar mesti menyertai pasaran tatasusunan cakera kegunaan am luas dan dilaksanakan dengan cukup baik sehingga memberi ancaman serius kepada vendor dalam kuadran Pemimpin. Mereka mempunyai produk yang kukuh, serta kedudukan dalam pasaran yang cukup dipercayai serta sumber untuk mengekalkan pertumbuhan berterusan. Daya maju kewangan tidak menjadi isu bagi vendor dalam kuadran Pencabar, tetapi mereka tidak mempunyai saiz dan pengaruh yang sebanyak vendor dalam kuadran Pemimpin."
*Gartner, "Magic Quadrant for General Purpose Disk Arrays" oleh Stanley Zaffos, Roger W. Cox, Valdis Filks. 20 November 2014.
**Gartner, "How Markets and Vendors Are Evaluated in Gartner Magic Quadrants" David Black et al, 22 Julai 2014.
Latar Belakang Kuadran Ajaib Gartner untuk Tatasusunan Cakera Kegunaan Am
Gartner tidak menyokong sebarang vendor, produk, atau perkhidmatan yang dipaparkan dalam penerbitan hasil penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan kadaran tertinggi atau apa-apa ketetapan lain. Penerbitan hasil penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak patut dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada yang dinyatakan atau dibayangkan, yang berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan khusus.
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka dengan wawasan untuk memperkayakan kehidupan melalui komunikasi. Dipacu inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah membina portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan kelebihan daya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti, serta pengkomputeran awan.
Untuk maklumat lanjut, lawati Huawei dalam talian: www.huawei.com atau ikuti kami melalui:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei