omniture

FORUM LOGISTIK GLOBAL 2024 AKAN DIADAKAN DI RIYADH DI BAWAH NAUNGAN RAJA SALMAN BIN ABDULAZIZ AL SAUD

Ministry of Transport and Logistics Services, Saudi Arabia
2024-08-20 00:56 37

RIYADH, Arab Saudi, 19 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Kementerian Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik telah mengumumkan Forum Logistik Global 2024, yang dijadualkan dari 12 hingga 14 Oktober di Daerah Kewangan Raja Abdullah. Di bawah naungan mulia Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, acara bersejarah ini bertujuan untuk memupuk kerjasama antarabangsa dan membentuk semula landskap perdagangan dan rantaian bekalan global.

Forum ini dijangka akan menarik lebih daripada 10,000 peserta, termasuk ketua negara, menteri, pemimpin industri, pakar dan inovator dari seluruh dunia. Acara ini akan memberi tumpuan kepada peningkatan infrastruktur sektor dan pengoptimuman operasi logistik untuk memacu pertumbuhan dan memaksimumkan impak. Salah satu tema utama edisi ini adalah keperluan sektor untuk penyesuaian dalam menghadapi perubahan iklim global, dengan forum ini menyediakan platform kerjasama untuk pihak berkepentingan bagi memacu perubahan yang bermakna.

Peserta boleh menantikan siri sesi perbincangan dinamik, bengkel interaktif, dan pameran yang direka untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dan merangsang inovasi dalam penyelesaian logistik yang mampan. Forum ini juga akan menonjolkan kemajuan penting Arab Saudi dalam sektor ini, termasuk kenaikan mengagumkan sebanyak 17 tempat dalam Indeks Prestasi Logistik dan kemajuan menuju mencapai matlamat Strategi Pengangkutan dan Logistik Kebangsaan.

Selain itu, forum ini akan memperkenalkan Pelan Induk untuk Pusat Logistik, yang diumumkan oleh DYMM Putera Mahkota pada pertengahan tahun 2023. Inisiatif bercita-cita tinggi ini untuk mewujudkan lebih daripada 100 juta meter persegi bertujuan untuk meningkatkan infrastruktur, mempelbagaikan ekonomi dan mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hab logistik global.

Bertempat di Riyadh, sebuah bandar yang terletak strategik di persimpangan tiga benua terbesar di dunia dan menjadi rumah kepada salah satu ekonomi yang paling dinamik di global, forum ini menawarkan peluang unik bagi peserta untuk mempengaruhi tren logistik masa depan, menjalin hubungan dengan pemimpin global, dan meneroka kerjasama yang inovatif. Infrastruktur moden Riyadh dan warisan budaya yang kaya turut memperkaya suasana untuk acara berprestij ini.

Kit Media:
Selain daripada siaran akhbar, kami telah menyediakan kit media khusus yang merangkumi imej, soalan lazim  dan helaian fakta yang boleh dimuat turun di sini.

Perihal Forum Logistik Global (GLF):

Forum Logistik Global (GLF) ialah platform inovatif yang dikhususkan untuk membentuk masa depan kepimpinan logistik, dengan mengumpulkan para pemimpin global, pelabur dan pihak berkepentingan utama untuk memupuk kerjasama dan memajukan industri logistik.

Dengan mempamerkan kemajuan terkini dan mempromosikan penyelesaian inovatif, GLF mengetuai inisiatif yang meningkatkan penyambungan global dan memacu pertumbuhan sektor ini. Acara sulung ini, yang dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik, bertujuan untuk membentuk semula perdagangan dan rantaian bekalan global dengan menyatukan rakan ekosistem untuk meningkatkan kecekapan, ketahanan, kemampanan dan keuntungan dalam dunia globalisasi.

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar untuk acara ini, kunjungi laman web https://glforum.org/

Source: Ministry of Transport and Logistics Services, Saudi Arabia
Keywords: Transportation New products/services Trade show news Supply Chain/Logistics