omniture

EnChroma Lancarkan Kacamata Pembetulan Buta Warna bagi Pasaran Pediatrik, Sukan dan Preskripsi

enchroma.com
2014-12-11 10:54 230

- Kacamata Bantu Mereka yang Buta Warna Melihat Warna untuk Mengatasi Had Kerjaya, Tugas dan Aktiviti -

BERKELEY, California, 11 Disember 2014 /PRNewswire/ -- EnChroma – syarikat yang membawakan warna kepada mereka yang buta warna – hari ini mengumumkan rangkaian baharu kacamata EnChroma Cx berasaskan kanta polikarbonat (plastik) berkemampuan preskripsi yang membolehkan atlit, kanak-kanak dan orang lain yang mengalami buta warna melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dengan selamat sambil melihat lebih warna. Kacamata EnChroma Cx memberikan mereka yang mengalami kekurangan penglihatan warna (CVD) penambahan warna spektral dalam kanta plastik yang menjadikan kacamata itu satu pilihan yang berdaya maju bagi kumpulan pengguna baharu yang besar.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141209/163066

 "Mereka yang kekurangan warna tidak menyedari apa yang ketinggalan secara visual, mereka hanya menyedari mereka mempunyai had-had kerjaya, aktiviti dan tugasan tertentu," kata Dr. Gary Louie, Doktor Optometri (OD) bagi Family Vision Care Optometrics di Union City, California. "Kanta EnChroma adalah lebih daripada kacamata gelap atau aksesori kosmetik. Ia adalah pilihan rawatan unik yang berpotensi memperbaiki pengalaman hidup pesakit dalam cara yang belum pernah mereka alami sebelumnya. Saya menggalakkan semua doktor mempertimbangkan untuk menawarkan teknologi unik ini kepada pesakit mereka."

Kanta asal Cx EnChroma telah diperbuat dengan substrat kaca. Kanta berasaskan polikarbonat merupakan kanta nombor satu yang disarankan para optometris untuk kanak-kanak. Polikarbonat juga menjadi pilihan dalam sukan, kacamata keselamatan perindustrian, dan bagi kanta oftalmik pediatrik kerana perlindungan impak dan ketahanannya yang kukuh.

Satu dalam 12 lelaki dan satu dalam 233 wanita mempunyai sesuatu bentuk kekurangan penglihatan warna, yang dianggarkan 80% daripadanya dapat dibantu oleh kacamata EnChroma. "Bagi hari ulangtahun kelahiran saya yang ke 60, anak perempuan saya telah membelikan saya kacamata EnChroma," kata Sheila Carter dari Georgetown, Texas. "Kini saya dapat melihat tanda berhenti berwarna merah dan tidak perlu memerhati hujung putih di keliling oktagon itu. Saya berasa kagum melihat setiap daun  pada pokok mempunyai warna hijau yang sedikit berbeza. Semakin kerap saya memakai EnChroma, saya semakin menyedari warna-warna yang belum pernah saya lihat sebelum ini."

"Buta warna sering dianggap kurang upaya kecil, tetapi kajian menunjukkan lebih 65% daripada 300 juta orang yang mengalami CVD berkata mereka berasa cacat disebabkannya," kata Tony Dykes, Ketua Pegawai Eksekutif EnChroma. "Permintaan nombor satu yang kami terima daripada komuniti CVD adalah untuk menawarkan EnChroma Cx dengan kanta plastik supaya orang ramai boleh mendapatkan preskripsi doktor mereka untuknya. Kini kami telah menyampaikan hasrat ini, dan versi lebih berprestasi tinggi kacamata kami. Kami bangga dapat membantu mereka yang buta warna mengatasi sesetengah halangan yang dibawa oleh kekurangan warna, dan membantu mereka menikmati spektrum penuh kehidupan."

Pelanggan baharu dapat mencuba EnChroma Cx untuk 30 hari tanpa risiko dengan memesan dalam talian di enchroma.com.

Tentang EnChroma

EnChroma berdedikasi terhadap memberikan impak positif kepada kehidupan lebih 300 juta orang di seluruh dunia dengan kekurangan penglihatan warna. Untuk menghubungi kami telefon 510-497-0048, emel info@enchroma.com atau lawati kami dalam talian di enchroma.com.

Source: enchroma.com
Related Links:
Keywords: Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Sports Sports Equipment & Accessories Clinical Trials/Medical Discoveries