omniture

Pemberitahuan Senarai Acara: Vivid Sydney 2015

Destination NSW
2014-12-11 14:36 299

SYDNEY, 11 Disember 2014 /PRNewswire/ --

Festival Cahaya, Muzik, dan Idea selama 18 Hari

22 MEI -- 8 JUN 2015

Vivid Sydney, acara cahaya, muzik, dan idea terbesar di Hemisfera Selatan bersedia untuk mengagumkan sekali lagi apabila ia kembali ke Sydney pada 2015. Acara selama 18 hari itu, yang diiktiraf dengan gelaran Acara Pelancongan Terbaik semasa Anugerah Acara Australia 2014, akan berlangsung mulai 22 Mei hingga 8 Jun dalam tahun 2015, yang juga merupakan Tahun Cahaya Antarabangsa.

Vivid Sydney 2014 PlayMe Customs House Brett Hemmings Destination NSW
Vivid Sydney 2014 PlayMe Customs House Brett Hemmings Destination NSW

Dimiliki dan diuruskan Destination New South Wales, agensi Pelancongan dan Acara Besar Kerajaan Negeri, Vivid Sydney menarik lebih 1.43 juta orang dalam 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW Sandra Chipchase berkata, "Vivid Sydney memukau pengunjung dengan barisan persembahan, paparan cahaya, dan pertunjukannya yang kreatif dan menghiburkan. Sambil ia terus bertambah popular saban tahun, saya galakkan pengunjung mula merancang perjalanan mereka melawat Vivid Sydney sekarang juga."

Menginjak kepada tahun ketujuhnya, Vivid Sydney meraikan industri kreatif. Kebanyakan festival itu adalah percuma dan turut mengadakan pertunjukan serta tayangan cahaya berskala besar sebagai sebahagian daripada Vivid Light; persembahan dan kolaborasi muzik sebagai sebahagian daripada Vivid Music; dan idea, perbincangan, serta debat kreatif sebagai sebahagian daripada Vivid Ideas.

Catatkan pemberitahuan senarai pertunjukan ini ke dalam diari anda sekarang:




Apa:

Vivid Sydney 2015





Acara cahaya, muzik, dan idea terbesar di Hemisfera Selatan, Vivid Sydney merupakan keraian besar-besaran untuk industri kreatif.





Vivid Sydney terdiri daripada:





Vivid Light:

 

Pertunjukan seni luar bangunan yang hebat yang menukar rupa seni bina serta ruang terbuka Sydney





Vivid Music:

 

Kolaborasi dan persembahan muzik bagi menghiburkan dan menarik minat termasuk Vivid LIVE di Panggung Opera Sydney

 





Vivid Ideas:

 

Idea kreatif, ceramah umum, seminar industri, persidangan, bengkel, dan debat.

 




Bila:

22 Mei – 8 Jun 2015

Di mana:

Sydney, Australia


Lokasi merentasi kawasan perniagaan pusat termasuk tayangan pencahayaan sepanjang pesisiran hadapan jeti yang mengubah rupa Panggung Opera Sydney, Muzium Seni Kontemporari Australia, Rumah Kastam, Taman First Fleet dengan hebatnya dan banyak lagi




Maklumat Lanjut:

Untuk imej dan siaran media Vivid Sydney 2014 sila ke www.vividsydney.com/media-centre/





Atur cara penuh Vivid Sydney 2015 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Nota kepada penyunting tentang Vivid Sydney:

Vivid Light diperkembangkan ke dalam lebih banyak kawasan berbanding sebelum ini dalam 2014, seraya membawa acara ini ke peringkat baharu. Buat julung kalinya dalam 2014, pelabuhan itu turut serta dalam acara ini dengan Cahaya Pelabuhan menyinari feri dan kapal, kawasan perniagaan pusat baharu Martin Place mengagumkan pengunjung dengan pameran cahaya gergasi, dan acara Vivid baharu di Carriageworks, Pusat Seymour, Universiti Sydney dan The Basement menyediakan hiburan berterusan untuk pengunjung festival.

Acara kegemaran jangka masa panjang termasuklah Pencahayaan Layar Panggung Opera Sydney, muka bangunan batu pasir Rumah Kastam, dan Muzium Seni Kontemporari, pencahayaan Jambatan Pelabuhan Sydney, Pelabuhan Darling, dan pesisiran hadapan daripada Jeti Membulat Timur sehinggalah ke Suak Campbell dan Teluk Walsh sekali lagi memukau penonton dengan

Vivid Music turut diperluas ke dalam kawasan dan tempat baharu di seluruh bandar pada 2014 dengan program yang lebih baik dan menggemparkan berbanding sebelum ini serta barisan persembahan yang mengujakan. Menawarkan lebih 50 acara muzik di Panggung Opera Sydney, Carriageworks, Pusat Seymour dan The Basement, Vivid Music telah menjual lebih 15,000 tiket dan Vivid LIVE, teras Vivid Music di Panggung Opera Sydney telah menjual lebih 37,000 tiket.

Vivid Ideas membawa bersama minda kreatif terbaik dan terpintar dari Australia dan luar negara dan pada 2014 ia telah menarik lebih 34,000 orang. Pada 2014, terdapat 200 acara industri kreatif sebagai sebahagian daripada Vivid Ideas, dengan lebih 550 penceramah. Vivid Ideas akan mempunyai banyak lagi untuk dimaklumkan dan mencetus inspirasi penonton pada 2015, termasuk tayangan perdana Australia untuk Here Lies Love di Barangaroo di Sydney.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Pertanyaan media:
Untuk bahan sebar luas Vivid Sydney atau untuk maklumat lanjut bagi senarai acara anda atau kisah Vivid Sydney, sila hubungi:

Melissa Wilson, Melissa.wilson@dnsw.com.au / +61-2-9931-1156
Corinne Cowlishaw, Corinne.cowlishaw@dnsw.com.au / +61-2-9931-1462

Vivid Sydney 2014 Lighting the Sails Sydney Opera House James Horan Destination NSW
Vivid Sydney 2014 Lighting the Sails Sydney Opera House James Horan Destination NSW

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141210/8521407414-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141210/8521407414-a

SUMBER Destination NSW

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Music Travel New products/services