omniture

"Starry Christmas" & "Shaun the Sheep Love Christmas" @ Harbour City

Restoran Luar Negara Pertama, Moomin Cafe yang Popular dari Jepun Tiba di LCX, Harbour City
Harbour City
2014-12-12 17:38 409

HONG KONG, 12 Disember, 2014 /PRNewswire/ --

1. "Starry Christmas" & "Shaun the Sheep Love Christmas" @ Harbour City

Krismas ini, Harbour City mengetengahkan tema "Starry Christmas" bermula sekarang hingga 4 Januari 2015. Ocean Terminal Forecourt berubah menjadi stesen keretapi Krismas dengan merah, putih dan emas sebagai warna utama. "Starry Christmas Train" sepanjang 30 meter dengan corong lokomotif stim gergasi yang mengeluarkan bintang Krismas yang tidak terkira akan berhenti di stesen itu. Satu lagi gerabak menampilkan Orang Salji Gergasi, beruang Teddy, dan Kotak Hadiah. Dengan menderma HK$20 kepada Yayasan Kansert Darah Hong Kong, anda akan dapat melalui terowong berbintang keretapi itu dan menikmati pengalaman hebat menerusi kenderaan penuh magis ini.

This Christmas, Harbour City uses “Starry Christmas” and the British character ‘Shaun the sheep’ as the main theme of the decorations
This Christmas, Harbour City uses “Starry Christmas” and the British character ‘Shaun the sheep’ as the main theme of the decorations

 

30 pantone-colored Shaun the sheep are littered all over Harbour City
30 pantone-colored Shaun the sheep are littered all over Harbour City

 

First Overseas Restaurant of Popular Moomin Cafe from Japan arrived at LCX, Harbour City
First Overseas Restaurant of Popular Moomin Cafe from Japan arrived at LCX, Harbour City

 

Selain itu, Harbour City telah mengumpul dana untuk "Yayasan Kanser Darah Hong Kong" selama 13 tahun berturut-turut sejak tahun 2002. Pada perayaan Krismas ini, Harbour City menampilkan "Shaun the Sheep" sebagai tema pelbagai babak Krismas di Gateway Arcade dan Kids Zone di Aras Bawah Ocean Terminal bagi membolehkan anda menikmati pengalaman Starry Christmas yang hangat dan diingati di Harbour City!

Sila ke pautan di bawah untuk memuat turun gambar
Shaun the sheep: http://bit.ly/1vPHYAb
Restoran Moomin luar negara pertama: http://bit.ly/1wv0rFB
Harbour City Xmas 2014: http://bit.ly/1si1eCd  

Hiasan bertema Krismas gergasi @ Gateway Arcade dan Ocean Terminal

30 figura Shaun the Sheep yang berwarna-warni akan ditempatkan di koridor Gateway Arcade Harbour City, selain bangsal besar bersama pokok Krismas yang diperbuat daripada Shaun sendiri. Bangsal itu akan dipenuhi dengan ruang tamu atmosferik hangat, yang mana Shaun dan rakan-rakan akan keluar serta menyapa para pengunjung. 30 patung Krismas Amal Shaun akan ditaja oleh pelbagai penyewa Harbour City, organisasi dan juga penderma. Sumbangan akan disalurkan kepada Yayasan Kanser Darah Hong Kong, bagi berkongsi dan menyampaikan kasih sayang serta semangat Krismas ke Hong Kong.

Tarikh: 4 Disember, 2014 - 4 Januari, 2015
Masa: 10pg - 10mlm
Lokasi: Gateway Arcade dan Ocean Terminal, Aras Bawah, Harbour City

2. Ulang Tahun Tove Jansson ke-100 - Restoran Luar Negara Pertama Moomin Cafe yang Popular dari Jepun tiba di LCX, Harbour City

Ketika dunia meraikan hari ulang tahun kelahiran ke-100 pencipta Moomin Tove Jansson, Moomin Cafe yang begitu popular dari Jepun akan melancarkan restoran luar negaranya yang pertama di LCX Harbour City di Hong Kong pada 5 Disember 2014. Para tetamu akan dapat menikmati persekitaran menakjubkan yang diinspirasikan daripada Moominvalley dan merasai hidangan bermusim dengan keluarga Moomin serta rakan-rakan. Kedai cenderahati di restoran itu juga menggembirakan peminat dengan barangan eksklusif Moomin, bagi menyempurnakan pengembaraan ke dunia Moomin yang persis mimpi.

Sementara masyarakat Hong Kong lebih terbiasa dengan siri animasi tersebut, Moomin yang dibayangkan oleh novelis dan pelukis Tove Jansson menggambarkan kisah yang menarik serta keaslian lukisan tangan. Di Jepun, watak-watak menarik ini dialu-alukan oleh wanita bergaya dan menjadi jenama popular. Sejak sekian lama, produk Moomin telah menarik ramai peminat setia yang menginginkan pelbagai rekaan unik.

[Sorotan Hiasan Restoran]

  • Kafe tersebut akan menampilkan warna hangat dan mesra birch putih dan biru kelasi untuk mencipta persekitaran ruang makan yang selesa dan menenangkan.
  • Keluarga Moomin akan tinggal di restoran dan sesekali menemani tetamu untuk menikmati hidangan makan malam.
  • Dinding akan dihiasi lukisan Moomin asli.
  • Sesetengah tempat duduk akan menyerupai taman Moomin.
  • Rumah bertiang unik dan jambatan daripada kisah tersebut akan ditampilkan di seluruh restoran.
  • Tempat duduk tepi tingkap akan menjadi pilihan tepat untuk pasangan kerana mereka dapat menikmati pemandangan menakjubkan Pelabuhan Victoria dan hidangan makan malam yang lazat pada masa yang sama.

[Hidangan Istimewa]

1. Lempeng Moominhouse   

Lempeng enak dan berspan Moominmamma yang diperbuat daripada susu merupakan makanan istimewa Moomin Cafe serta akan disediakan secara eksklusif di Moomin Cafe Hong Kong!

Moominhouse tiga tingkat itu akan dipenuhi dengan puding kastard, coklat mousse, jeli mangga dan dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan bermusim seperti strawberi, beri biru dan lain-lain. Pelanggan boleh memilih rasa kegemaran mereka dan menikmati keseronokan sepenuhnya!

Patung seramik Feve yang menghiasi lempeng menjadi milik anda untuk dibawa pulang. Terdapat lima watak kegemaran untuk dipilih dan kesemuanya akan disediakan secara eksklusif di Hong Kong!

2. Kopi Susu (Latte) Silhouette Moomin            

Nikmati secawan kopi susu yang dihiasi wajah indah Moomintroll, Little My, Snufkin atau Hattifattener!

[Maklumat Restoran]

Nama

MOOMIN CAFe Harbour City - LCX

Alamat

Kedai 32, LCX, Aras 3, Ocean Terminal, Harbour City, Tsim Sha Tsui

Tel

2730-0963

Facebook

https://www.facebook.com/moomincafehk

Waktu Perniagaan

Restoran: 11:00 pagi - 11:00 malam

(Pesanan terakhir makanan: 10:00 malam; Pesanan terakhir minuman: 10:30 malam)

Kedai : 10:00 pagi - 10:00 malam

[Butiran] Menu mungkin berbeza semasa slot masa berbeza.

Makan tengahari: 11:00 pagi - 3:00 petang

Minum petang: 3:00 petang - 6:00 petang

Makan malam: 6:00 malam hingga waktu terakhir.

Hari ditutup

Dibuka sepanjang tahun

Kawasan

210.5 meter persegi

Bilangan tempat duduk

73

Tarikh Pembukaan

5 Disember 2014 (Jumaat)

Talian pertanyaan: (852) 2118 8666 

Laman Sesawang:  http://www.harbourcity.com.hk

Facebook:     @harbourcity  #hcxmas #harbourcity
Twitter :         @hkharbourcity #harbourcity
Instagram:     @harbourcity #hcxmas #harbourcity

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20141210/8521407449-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20141210/8521407449-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20141210/8521407449-c 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Fashion Leisure/Travel/Hotels Restaurants Travel New products/services