omniture

LKK Health Products Group Galakkan Ekosistem Perindustrian

LKK Health Products Group
2014-12-12 17:45 106

GUANGZHOU, China, 12 Disember, 2014 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group (LKKHPG) mengadakan Persidangan Pembekal Infinitus ke-7nya yang bertemakan "Kerjasama Mencipta Nilai, Pembangunan Menyaksikan Masa Depan" di Guangzhou pada 28 November. Lebih 400 wakil pembekal, pekerja dan pakar industri mengambil bahagian.

En. Tim Chun, Naib Presiden Kanan LKKHPG, menyampaikan ucaptamanya. Beliau berkata bahawa telah menjadi satu aliran penting untuk menubuhkan rantaian perindustrian pada zaman sinergi dan kewujudan bersama. Syarikat-syarikat perlu berusaha dan mengukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi huluan serta hiliran dalam rantaian perindustrian mereka. Selain itu, mereka perlu bertegas dalam membangunkan dan membentuk nilai untuk mendapat penghormatan, hasil serta masa depan yang cerah.

"Infinitus" merupakan jenama utama LKKHPG, yang mana anggotanya terdiri daripada Infinitus (China), Infinitus (Hong Kong), Infinitus (Taiwan) dan Infinitus (Malaysia). Dengan keselamatan produk sebagai keutamaan paling penting, ia berdedikasi untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kesihatan TCM berkualiti tinggi.

Persidangan Pembekal Infinitus telah dianjurkan setiap tahun selama tujuh kali berturut-turut sejak 2008. Ia bertujuan untuk membina satu platform komunikasi bagi LKKHPG dan pembekal untuk berkongsi aliran serta maklumat terkini berkaitan industri dan juga pengalaman dalam pengurusan dan pembangunan korporat. Sementara itu, LKKHPG menilai prestasi pembekalnya menerusi pelbagai dimensi pada setiap tahun, dan menyampaikan anugerah kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang pada persidangan itu.

Daripada segi pengurusan kualiti, LKKHPG berpegang kepada falsafah kualitinya iaitu "100-1=0" dengan memberi penekanan kepada kawalan menyeluruh terhadap kualiti produk. Tambahan pula, ia melaksanakan "Model Pengurusan Rantaian Bekalan Hebat" kepada lima aspek keseluruhan rantaian bekalannya, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemerolehan bahan mentah, pembuatan serta pemprosesan, logistik dan juga perkhidmatan pasaran.

Sementara itu, ia menjalankan kerjasama secara aktif bersama universiti-universiti berwibawa dan institusi- institusi saintifik serta telah menubuhkan lembaga penasihat untuk mendapatkan nasihat profesional bagi pembangunan lanjut. Selain itu, ia kerap mengambil bahagian dalam seminar untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan keselamatan produk.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus, berkata, "LKKHPG menyasarkan untuk membentuk ekosistem perindustrian dengan tujuan dan piawaian yang sama untuk sentiasa meningkatkan kapasiti keseluruhan rantaian perindustrian. Selama bertahun-tahun, kami bertegas dalam menubuhkan platform berkesan dan mekanisme saintifik untuk menggalakkan sinergi pada taraf yang lebih tinggi serta pembangunan dengan huluan dan juga hiliran dan mendorong keserasian strategik antara pembekal serta kami, bagi memberikan pelanggan dengan perkhidmatan dan juga produk yang selamat, boleh dipercayai dan berkualiti tinggi."

Gambar - http://www.infinitus-int.com/news-detaile-141828764925270.html?l=en

Maklumat Perhubungan Media:
Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine Awards Trade show news