omniture

LAZADA GROUP TERBITKAN LAPORAN IMPAK ALAM SEKITAR, SOSIAL, DAN TADBIR URUS (ESG) TAHUNAN UNTUK TAHUN KEWANGAN 2024

Lazada Group
2024-08-27 11:00 41

Laporan ESG ketiga Lazada menekankan komitmennya untuk membangun perniagaan yang bertanggungjawab dan lestari melalui Inovasi

SINGAPURA, 27 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Lazada, sebuah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengeluarkan laporan tahunan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) yang berjudul: Mempercepatkan Inovasi, Mengukuhkan Ketahanan (Accelerating Innovation, Anchoring Resilience) untuk tahun kewangan (FY) 2024. Laporan tahunan ini terus memperincikan usaha dan pencapaian Lazada Group, di bawah empat teras utama rangka kerja ESG, iaitu: Pemerkasaan Komuniti, Tenaga Kerja Sedia Masa Depan, Pengawasan Alam Sekitar, dan Tadbir Urus yang Berkesan.

Satu sorotan utama dalam laporan tahun ini ialah pengenalan kepada platform pengumpulan data karbon dalaman yang ditubuhkan untuk mengesan dan memantau pelepasan karbon Lazada Group. Platform ini menggunakan metodologi pengiraan karbon berasaskan aktiviti yang telah ditambah baik dan sentiasa diperhalusi untuk mencerminkan keadaan dunia nyata, bagi memperoleh maklumat yang lebih tepat untuk pengurusan pelepasan yang berkesan. Penambahbaikan ini mempertingkatkan kualiti dan ketepatan data untuk pelepasan Skop 1 dan Skop 2, menjadikannya lebih kukuh berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelaksanaan pelbagai inisiatif pengoptimuman perniagaan untuk mengurangkan penggunaan elektrik keseluruhan juga menyumbang kepada pengurangan 40% dalam pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) Lazada secara keseluruhan berbanding tempoh pelaporan sebelumnya. Khususnya, pelepasan yang dilaporkan telah berkurangan sebanyak 54% dalam Skop 1, dan masing-masing 8% dan 30% dalam Skop 2 dan Skop 3.

"Laporan Impak ESG ketiga kami terus menampilkan komitmen kami untuk mencipta impak positif terhadap alam sekitar dan pihak berkepentingan utama dalam ekosistem e-Dagang yang lebih luas, termasuk pekerja, pembeli, penjual dan komuniti yang kami layani," kata James Dong, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Group. "Keyakinan kami terhadap masa depan Lazada berpunca daripada komitmen kami untuk memupuk pertumbuhan jangka panjang melalui penyesuaian berterusan dan pembinaan ketahanan. Kami kekal fokus untuk mencipta nilai bagi pemegang kepentingan kami, memacu kemakmuran ekonomi, dan menyokong pembangunan lestari di seluruh rantau ini."

Laporan ini menyoroti banyak pencapaian penting dan kemajuan usaha ESG syarikat sepanjang tempoh pelaporan, termasuk:

1.  Pemerkasaan Komuniti:

  • Memacu inovasi merentas ekosistem: Lazada menggunakan inovasi teknologi untuk mentakrifkan semula pengalaman runcit dalam talian dan merapatkan jurang digital:
  • Aplikasi AI untuk memperkasa pembeli, seperti ciri Ask The Buyers Lazada untuk meminta pembeli terdahulu untuk menjawab soalan berkaitan produk dan membantu pembeli lain dalam pemilihan produk, serta pelancaran LazzieChat, bot sembang pertama Lazada yang dikuasakan oleh OpenAI ChatGPT di Indonesia, Filipina, dan Singapura.
  • Inisiatif pembayaran kod QR kebangsaan Lazada untuk memudahkan pembayaran tanpa gangguan di Singapura dan Thailand, menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran dalam talian untuk pembeli, menjadikan belanja dalam talian lebih mudah diakses dan terangkum bagi pengguna tanpa kad kredit atau debit.
  1. Menyokong perniagaan tempatan: Lazada melancarkan Akademi Lestari Lazada pada Oktober 2023, satu program perintis untuk memperkasakan perniagaan kecil dan sederhana di Asia Tenggara dengan penetapan minda dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengekalkan dan mengubah perniagaan mereka secara lestari.

2.  Tenaga Kerja Sedia Masa Depan:

1.  Membentuk masa depan perdagangan digital melalui pembolehan digital dan penglibatan jangkauan: Lazada Indonesia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Jawa Barat melalui Gerakan AKAR (Akselerasi Karya Rakyat) Digital Indonesia untuk mengatur program Latihan untuk Pelatih "Naik KeLaz" bagi 100 guru sekolah vokasional menengah.

2.  Memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang kelestarian untuk warga Lazada: Lazada melancarkan modul latihan ESG dalaman pertamanya, untuk memberikan pemahaman asas tentang prinsip ESG supaya membolehkan semua pekerja menerapkan pembelajaran ini dalam amalan perniagaan harian.

3.  Pengawasan Alam Sekitar:

  1. Jejak karbon yang lebih rendah: Lazada mengurangkan pelepasan GHG keseluruhan sebanyak 40%, berbanding tempoh pelaporan yang lalu, berdasarkan metodologi pengiraan karbon berasaskan aktiviti yang lebih tepat.
  2. Inisiatif logistik lestari yang baik: Pada September 2023, Lazada Thailand melancarkan hab logistik mesra alam pertamanya di fasiliti logistik Tha Raeng Ramindra untuk meminimumkan kesan alam sekitar melalui tiga strategi utama: menggunakan tenaga suria, memanfaatkan motosikal elektrik untuk pengangkutan, dan menyediakan pakaian seragam untuk rakan penghantar yang diperbuat daripada botol plastik PET kitar semula. 20% daripada keperluan elektrik fasiliti ini dikuasakan oleh tenaga suria yang dijana.

4.  Tadbir Urus yang Berkesan:

  1. Mengukuhkan langkah keselamatan siber: Lazada mencapai kadar penyelesaian latihan pekerja 100% untuk Kod Tatakelakuan Perniagaan dan Dasar Anti-Sogokan dan Rasuah sepanjang tempoh pelaporan.
  2. Amalan terbaik untuk perlindungan harta intelek (IPR) dan proses: Platform Perlindungan Harta Intelek Lazada memproses lebih 97% permintaan penghapusan oleh pemegang hak dalam tempoh 72 jam. Di bawah program langkah proaktif, platform ini mampu memanfaatkan teknologi canggih seperti AI dan pengenalan imej untuk menghapuskan 85.7% penyenaraian yang dikenal pasti, mencapai kadar penghapusan 90% sebelum transaksi berlaku untuk 140 jenama.

"Kelestarian merupakan perjalanan yang berterusan, yang harus diuruskan secara holistik. Oleh itu, kami percaya dalam ketelusan dan kebertanggungjawapan apabila melibatkan penjejakan dan pelaporan kemajuan kami," kata Gladys Chun, Penasihat Am, Lazada Group. "Kami bangga dengan pencapaian  kami dalam perjalanan ini, kerana kami berusaha untuk membuat sumbangan positif dan bermakna kepada ekosistem e-Dagang yang lebih luas, serta komuniti yang kami layani dan alam sekitar."

Laporan Impak ESG FY2024 Lazada disediakan dengan merujuk kepada Piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI) 2021[1].

Laporan penuh ESG Impact Report: Accelerating Innovation, Anchoring Resilience (Laporan Impak ESG FY2024: Mempercepat Inovasi, Mengukuhkan Ketahanan) boleh didapati di sini.

Nota Editor:

5.  Laporan Impak ESG FY2024 Lazada memperincikan pendekatan dan prestasi ESG di seluruh operasi Lazada Group di enam negara – Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam – serta operasi anak syarikatnya, RedMart di Singapura untuk tempoh pelaporan dari 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024 ("FY2024"), melainkan dinyatakan sebaliknya.

6.  Laporan ini juga merangkumi data dari tempoh pelaporan sebelumnya dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2023 ("FY2023") untuk perbandingan jika berkenaan.

7.  Piawaian GRI dipilih kerana ia merupakan piawaian global yang paling meluas diterima pakai antara kalangan perniagaan untuk melaporkan perkara-perkara kelestarian merentasi kriteria yang boleh dibandingkan. Indeks kandungan Piawaian GRI yang terperinci disediakan di akhir laporan (halaman 24).

Latar Belakang Lazada Group
Lazada Group ialah platform e-Dagang perintis di Asia Tenggara. Selama 12 tahun yang lalu, Lazada telah mempercepatkan kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Hari ini, ekosistem tempatan yang berkembang menghubungkan kira-kira 160 juta pengguna aktif dengan lebih daripada satu juta penjual yang aktif menjual setiap bulan, yang berurus niaga dengan selamat dan terjamin melalui saluran pembayaran yang dipercayai dan Lazada Wallet, menerima bungkusan melalui rangkaian logistik tempatan yang kini menjadi yang terbesar di rantau ini.

[1] Lihat Nota Editor untuk butiran lanjut.

Source: Lazada Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Environmental Products & Services Retail Web Site Environmental Issues