GUANGZHOU, China, 13 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ --
Ketika para atlit terbaik dunia memberikan yang terbaik semasa sukan musim panas ini, individu dan kerajaan juga sedang berkerja keras untuk menangani cabaran ekonomi global. Di Eropah, para pakar sedang berusaha untuk menyelesaikan krisis semasa Euro, manakala di Amerika Syarikat perniagaan kecil sedang menuju ke arah dalam talian untuk menggalakkan jualan. Mengatasi kegawatan itu telah menjadi aktiviti yang ia sendiri berhak menang pingat.
Di China, usaha dipertingkatkan untuk mengembangkan perdagangan dengan ekonomi-ekonomi membangun seperti Rusia dan Brazil. Perdana Menteri China Wen Jiabao baru-baru ini mencadangkan satu pakatan perdagangan bebas di antara China dan blok perdagangan Amerika Selatan Mercosur, yang termasuk Brazil dan Argentina. China mahu menggandakan perdagangan tahunannya dengan Amerika Latin kepada US$400 bilion untuk lima tahun akan datang.
Rusia, satu lagi pasaran baru, merupakan rakan strategik paling penting China dan hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara kekal menggalakkan. Perdagangan di antara kedua-dua negara mencapai hampir US$80 bilion pada 2011 -matlamat adalah untuk meningkatkannya kepada US$200 bilion menjelang 2020.
Meningkatkan perdagangan dengan ekonomi-ekonomi membangun merupakan salah satu trend paling menggalakkan di Pameran Canton ke-111, pertunjukan perdagangan terbesar China, yang berakhir pada Mei. Perniagaan dengan negara-negara BRIC dan lain-lain pasaran berkembang meningkat lebih 4%.
Industri tekstil dan pakaian China mengambil peluang hubungan perdagangan baru ini, dengan eksport ke negara-negara Amerika Latin meningkat 38% tahun lepas. Lebih 4,000 syarikat tekstil dan pakaian mengambil bahagian dalam fasa ke-3 Pameran Canton ke-111, berhasrat untuk menerokai potensi pasaran yang berkembang.
Pasaran untuk produk-produk perubatan dan penjagaan kesihatan tradisional China juga menggalakkan. Menurut peserta pameran, bilangan pembeli Rusia meningkat dengan ketara berbanding seisi sebelumnya. Perdagangan dalam produk mekanikal dan elektrikal juga mengikut trend peningkatan ini - nilai kontrak dengan syarikat-syarikat Amerika Latin meningkat 18.5% tahun-ke-tahun. Wang Biao, seorang jurujual dengan Anhui Light Industry International Co.Ltd., berkata syarikatnya telah berurusan dengan lebih banyak pembeli dari Amerika Selatan dan Rusia.
Ekonomi-ekonomi berkembang merupakan fokus kebanyakan perdagangan baru dunia. China kekal antara salah satu tempat terbaik untuk mengambil kesempatan peluang perniagaan baru, dan Pameran Canton merupakan kedai sehenti sempurna untuk membeli produk-produk berkualiti China.
Para pembeli dan penjual memandang ke hadapan seisi ke-112 itu, yang dibuka pada 15 Oktober, 2012.
Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp
SUMBER: Pusat Perdagangan Luar Negeri China (CFTC)