CAMBRIDGE, England, 15 Disember 2014 /PRNewswire/ --
Perisian Pengurusan Maklumat utama AVEVA adalah lebih cepat dan lebih cekap dengan interaksi antara sistem serta antaramuka yang lebih baik dan juga pelaksanaan yang lebih pantas.
AVEVA hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan pada AVEVA NET, iaitu perisian Pengurusan Maklumat mereka yang hebat. Maklumbalas daripada para penguna telah menunjukkan bahawa penambaikan ini telah meningkatkan pengalaman dan produktiviti penguna secara keseluruhannya serta membolehkan penjimatan yang ketara bagi proses-proses kejuruteraan dan aset operasi. Keluaran yang terkini ini turut memberi manfaat kepada pengguna dari segi pemasangannya yang lebih mudah dan pantas serta meningkatkan prestasi interaksi antaramuka pengguna dengan sistem yang lebih baik yang bersifat intuitif dan mesra pengguna.
Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120619/538079
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141205/720141
Dengan interaksi 3D yang lebih baik dan cekap serta sistem pencarian yang lebih baik, visualisasi serta kebolehan bernavigasi, AVEVA NET 5.0 menyediakan pengalaman yang optimum kepada para pelanggannya. Melalui pendekatan yang lebih terbuka dan agnostik terhadap integrasi , ianya membolehkan maklumat diterima daripada mana-mana sumber. Di samping itu, AVEVA NET 5.0 adalah 'cloud ready', yang mana ia memudahkan para penggunanya dengan sistem yang lebih fleksibel dan berskala lebih besar.'
'AVEVA NET merupakan penanda aras yang mana penyelesaian yang lain dilalui melalui pemasangannya yang mudah dan ringkas,' kata Derek Middlemas, Ketua Pegawai Operasi & Ketua Perusahaan Penyelesaian, AVEVA. 'Membantu para pelanggan kami dalam mendapatkan kelebihan yang berdaya saing sentiasa menjadi tumpuan utama kami. Maklumbalas daripada pengguna-pengguna awal bagi versi yang terbaharu ini adalah sangat memberangsangkan, membuktikan penggunaannya yang lebih pantas serta produktiviti yang tiada bandingan dalam mempergunakan maklumat aset digital. Secara keseluruhan, mereka amat kagum dengan hasilnya.'
En. Middlemas berkata lagi, 'AVEVA NET 5.0 membuat satu langkah perubahan dalam penggunaan penyelesaian Pengurusan Maklumat Kejuruteraan dan sekali lagi akan menetapkan standard tertentu sebagai panduan kepada yang lain untuk diikuti, menjadikan strategi Aset Digital merupakan "suatu keperluan" kepada industri-industri yang berintensifkan modal.'
AVEVA NET 5.0 adalah teknologi teras yang menjadi asas kepada penyelesaian Maklumat Digital Hub AVEVA, membolehkan EPC dan para Pemilik/Pengendali untuk berterusan menerima, meneroka dan memperoleh data daripada segala maklumat tentang Aset Digital mereka dengan pantas. Ia juga cekap di dalam penyerahan aset maklumat yang telah melalui proses yang kompleks dan berterusan yang datang daripada fasa kejuruteraan dan pembinaan hingga kepada fasa pengendaliannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.aveva.com/aveva_net
Latar Belakang AVEVA
Selama lebih 45 tahun, perisian AVEVA membolehkan penciptaan beberapa kilang kuasa dan proses, kapal-kapal serta kemudahan-kemudahan luar pesisir yang paling kompleks di dunia.
Hak Cipta 2014 AVEVA Solutions Limited
Maklumat Perhubungan Media:
Kate Magill
Tel: +44-(0)1223-558204
kate.magill@aveva.com
SUMBER AVEVA