omniture

iHerb Meraikan Komitmennya terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Global dengan Acara Jualan Ulang Tahun ke-28

iHerb
2024-08-30 01:10 28

Promosi Sepanjang Bulan bagi Mengingati Asal Usul Syarikat sebagai Permulaan Kecil di California kepada Peruncit E-dagang Global yang Berkembang Pesat 

IRVINE, Calif., 30 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- iHerb, salah satu peruncit dalam talian terkemuka di dunia untuk vitamin, mineral, suplemen, dan produk kesihatan serta kesejahteraan lain, dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-28 dengan acara jualan sepanjang bulan September yang terbesar, mengajak pelanggan untuk mendapatkan tawaran harian dan diskaun mingguan sebanyak 28% untuk jenama dan kategori produk terpilih seperti kecantikan, pemakanan sukan, penjagaan peribadi, dan banyak lagi.

"Jualan Ulang Tahun September kami telah menjadi tradisi tahunan bagi menghormati permulaan kami yang sederhana dan komitmen berterusan untuk menawarkan pilihan produk kesihatan dan kesejahteraan terbaik pada nilai yang terbaik, disampaikan dengan pengalaman yang paling mudah," kata Neil Folgate, Naib Presiden Kanan Pemasaran Global di iHerb. "Dengan sokongan jenama dan pembekal kami yang luar biasa, kami dapat menawarkan penjimatan yang besar kepada pelanggan global kami sebagai cara untuk menyatakan penghargaan kami kerana menjadikan iHerb sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan setia dalam perjalanan kesihatan dan kesejahteraan mereka."

Berkembang Melalui 28 Tahun Inovasi
Diasaskan pada tahun 1996, iHerb bermula dengan satu visi untuk menawarkan produk berkualiti yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan pada harga yang berpatutan. Bermula sebagai perniagaan kecil di California yang menjual St John's Wort dalam talian tidak lama lagi berkembang menjadi perusahaan global.

Apabila jualan mula berkembang, iHerb membuka pusat pengedaran pertama di Irwindale, California pada tahun 2002, menandakan permulaan pengembangan strategik yang kini merangkumi tujuh operasi logistik terkawal suhu canggih di seluruh AS dan Asia, bersama dengan kemudahan yang dirancang untuk Riyadh, Arab Saudi dalam beberapa bulan akan datang.

Pertumbuhan iHerb diteruskan dengan pengenalan jenama sendiri pada tahun 2009, membolehkan iHerb meningkatkan tawaran nilai kepada pelanggan dengan jenama berkualiti premium yang diuji secara bebas untuk ketulenan. Menjelang tahun 2018, syarikat ini telah melepasi $1 bilion dalam jualan, dan baru-baru ini melepasi $2 bilion dalam jualan tahunan, menekankan kepimpinan dan unjuran pertumbuhannya dalam industri e-dagang global.

Dengan menawarkan pilihan produk lebih daripada 50,000 item, iHerb berusaha untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang disesuaikan dengan keperluan tempatan dengan menterjemahkan platform beli-belahnya dalam 19 bahasa dan menerima 85 mata wang untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan yang berada di 180 negara.

"Sejak penubuhan kami, iHerb telah menjadi pelopor dalam inovasi, merevolusikan penyelesaian logistik yang telah mendorong pengembangan pesat kami ke dalam e-dagang antarabangsa dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan," kata Emun Zabihi, Ketua Pegawai Eksekutif iHerb. "Perjalanan kami daripada menjual satu produk kepada menjadi peneraju global dalam industri kesejahteraan telah didorong oleh misi untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan boleh diakses oleh semua. Saya bangga bahawa hampir tiga dekad kemudian, kami masih setia kepada identiti kami sebagai syarikat, sambil melakar kisah kejayaan yang memberi inspirasi dan berakar umbi dalam Impian Amerika."

Untuk memulakan promosi ulang tahun bagi tahun ini, syarikat ini telah mengeluarkan video perayaan yang akan disiarkan di seluruh saluran media sosial, termasuk Instagram, Facebook dan TikTok. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat ini, termasuk 10 sebab utama mengapa pelanggan membeli-belah iHerb, sila klik di sini.

Perihal iHerb:
iHerb ialah salah satu peruncit dalam talian terkemuka di dunia khusus menawarkan pelbagai pilihan vitamin, mineral, suplemen dan produk kesihatan serta kesejahteraan lain dari lebih 1,800 jenama yang terkenal. Disokong oleh tenaga kerja global seramai 3,000 anggota pasukan, iHerb berkhidmat kepada lebih daripada 11 juta pelanggan aktif global di 180 negara dan 19 bahasa. Rangkaian logistik global yang canggih di iHerb dihoskan oleh tujuh pusat penegdaran yang dikawal iklim yang terletak di AS dan Asia, menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar dan boleh dipercayai kepada pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpangkalan di Irvine, California, iHerb mempunyai misi untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan boleh diakses oleh semua. Untuk maklumat lanjut, sila layari corporate.iherb.com.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=LGAdSldo0EM

Source: iHerb
Keywords: Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail Supplementary Medicine Fitness/Wellness