KABUL, Afghanistan, 16 Disember 2014 /PRNewswire/ - Sempena ulang tahun ke-66 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Dr. Sima Samar, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bebas Afghanistan (AIHRC), menyampaikan anugerah hak asasi manusia kepada Ehsanollah Bayat pada 8 Disember 2014. Anugerah tersebut mengiktiraf sumbangan penting En. Bayat terhadap mempertingkatkan kualiti kehidupan belia, wanita, golongan miskin dan golongan berusia di Afghanistan – terutamanya di kawasan luar bandar – yang dilakukan melalui Yayasan Bayat yang merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.
Apabila mendapat tahu tentang pemilihan beliau, En. Ehsan Bayat menyatakan: "Saya berbesar hati kerana telah dipilh oleh AIHRC untuk menerima anugerah ini pada ulang tahun ke-66 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia PBB. Perjanjian global bersejarah ini mengukuhkan keperluan kritikal untuk terus memperkasakan peluang saksama bagi semua manusia di seluruh dunia, dan telah menjadi suatu penghormatan bagi saya untuk mengambil bahagian dalam pembangunan Afghanistan yang baharu serta moden sepanjang tempoh tiga belas tahun lalu dengan memahami dan juga memperjuangkan keperluan bagi hak asasi manusia sejagat."
En. Bayat menambah, "Kesemua usaha kemanusiaan dan perniagaan saya sepanjang tiga belas tahun lalu, sama ada melalui Yayasan Bayat, Afghan Wireless Communication Company, atau Ariana Television and Radio, telah memberi tumpuan untuk membolehkan semua warga Afghanistan – tanpa mengira tempat atau bahasa – mengatasi ketidaksaksamaan yang timbul semasa dekad-dekad yang sukar dilalui di negara kami dengan harapan lelaki, wanita dan kanak-kanak Afghan dari seluruh negara kami dapat bersatu, membina semula, mengukuhkan, serta menggerakkan negara kami untuk maju ke hadapan. Kami akan terus menyokong pendidikan hak asasi manusia di negara kami dan membantu usaha berterusan untuk terus melindungi serta menjaga hak setiap rakyat Afghanistan. Maka, adalah suatu penghormatan bagi saya untuk menerima pengiktirafan AIHRC pada tahun ini dengan perasaan rendah diri."
Latar Belakang Ariana Television and Radio Network
Diasaskan oleh En. Ehsanollah Bayat pada 2005, Ariana Television and Radio (ATN) merupakan saluran media persendirian terbesar di Afghanistan, meliputi 33 daripada 34 wilayah dan mencapai lebih 25,000,000 rakyat Afghanistan. ATN juga disediakan melalui satelit untuk para penonton berbahasa Dari dan Pashto di seluruh Eropah, Asia, Timur Tengah, serta Amerika Utara. Dengan memberi tumpuan kepada maklumat, kandungan dan hiburan, program ATN memberikan penekanan khusus terhadap pendidikan, kesihatan, program kanak-kanak, isu wanita serta dunia, dan pasukan ATN berbangga menyiarkan berita yang tepat dan juga tidak berat sebelah kepada penonton semasa sesuatu peristiwa berlaku.
Matlamat ATN sejak pelancarannya adalah pelibatan dan pendidikan, menyediakan "Jendela untuk Masa Depan Lebih Baik". Dengan rangkaian penyiaran dua saluran televisyen dan dua saluran radio negara (ATN dan ATN News), matlamat kami adalah untuk mendedahkan pendengar radio serta penonton televisyen kami kepada seni dan juga budaya antarabangsa terbaik dari seluruh dunia, sambil memperluaskan peluang untuk para penulis, penerbit, pelakon, dan pengarah tempatan dalam masyarakat Afghanistan. Program-program dapat diakses melalui laman sesawang ATN, www.arianatelevision.com atau melalui satelit HotBird dan GlobeCast.
Latar Belakang Afghan Wireless
Diasaskan oleh Ehsanollah Bayat dan beribu pejabat di Kabul, Afghan Wireless (AWCC) – usaha sama antara Telephone Systems International, Inc. (TSI) dan Kementerian Komunikasi mempunyai kira-kira 4,000,000 pelanggan di seluruh Afghanistan. Mempunyai 5,500 pekerja secara langsung dan 100,000 lagi secara tidak langsung, Afghan Wireless merupakan salah satu majikan terbesar di seluruh Afghanistan, serta merupakan peneraju dalam menyediakan kemudahan komunikasi wayarles dan juga jalur lebar untuk para pelanggan kediaman dan perniagaan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.afghan-wireless.com.
Latar Belakang Yayasan Bayat
Sejak 2005, Yayasan Bayat, pertubuhan amal 501 c(3), telah memperjuangkan kesejahteraan masyarakat Afghanistan. Diasaskan dan diarahkan oleh Ehsan Bayat serta Fatema Bayat, Yayasan itu telah menyumbang kepada lebih 200 projek yang dikhaskan untuk meningkatkan kualiti hidup belia, wanita, golongan miskin, dan juga golongan berusia di Afghanistan. Projek-projek termasuk pembinaan kemudahan baharu dan infrastruktur yang mampan di kawasan-kawasan yang memerlukan, serta penggalakkan program kesihatan, pendidikan, ekonomi, dan juga kebudayaan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila e-mel info@bayatfoundation.org.
HUBUNGI: Montgomery Simus, m.simus@tsiglobe.com +1-702-809-6772