omniture

Belvedere Vodka Umumkan Kerjasama Dengan SPECTRE, Pengembaraan James Bond ke-24: "Pilihan Hebat, En. Bond"

Belvedere Vodka
2014-12-17 00:00 143

LONDON, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Belvedere, vodka asli yang mewah di dunia, berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Albert R. Broccoli's EON Productions, Metro-Goldwyn-Mayer Studios dan Sony Pictures Entertainment untuk mempromosikan SPECTRE, filem ke-24 yang dinanti-nantikan dalam siri James Bond, yang dijadualkan tayangannya pada 6 November 2015.

Belvedere akan melancarkan dua edisi keluaran khas serta terhad untuk meraikan vodka martini Bond 'Shaken not Stirred,' dan juga kerjasamanya dengan pengembaraan Bond ke-24, SPECTRE. Dalam tindakan yang belum pernah dilakukan, Belvedere telah menggantikan Istana Belvedere yang ikonik dengan ibu pejabat MI6 yang terkenal. Warna biru khas Belvedere juga akan ditukarkan kepada hijau khas, mencerminkan warna dakwat pilihan agensi perisik rahsia itu, menghasilkan edisi pengumpul yang benar-benar istimewa sebanyak 100 botol. Unsur 007 juga akan ditampilkan pada botol Silver Saber Belvedere yang unik, terkenal kerana kecanggihannya, nilai estetika metalik dan teknologi yang gemilang.

Program pemasaran SPECTRE Belvedere akan disertai kempen pengiklanan global dan rangkaian luas hak promosi serta pengaktifan sekitar filem tersebut. Kempen pemasaran itu akan dilancarkan pada Februari 2015, dengan tumpuan utama diberikan kepada usaha-usaha pada kedudukan dalam premis dan gedung runcit di pelbagai negara. Belvedere merupakan vodka pilihan bagi ikutan citarasa Know the Difference, seiring dengan kempen menggalakkan pilihan berpengetahuan yang telah memenangi anugerah.

Presiden Belvedere Vodka, Charles Gibb menyatakan: "James Bond dikenali sebagai ikutan citarasa yang paling dikagumi dan berpengaruh di dunia. Kami gembira Belvedere akan bekerjasama dengan SPECTRE yang merupakan kerjasama global kami yang terbesar setakat ini."

Dwight Caines, Presiden Pemasaran Pawagam untuk Sony Pictures, berkata: "Tingkah laku menarik dan kecanggihan bergaya James Bond sentiasa berkait dengan pilihan vodka martininya. Belvedere adalah padanan yang tepat."

Pilihan hebat, En. Bond.

Ikuti Belvedere Vodka di Instagram untuk mendapatkan berita terkini tentang kerjasama Belvedere dengan SPECTRE, Pengembaraan James Bond ke-24: http://instagram.com/belvederevodka

LATAR BELAKANG SPECTRE

Satu maklumat rahsia daripada masa lampau Bond membawanya mengikut jejak untuk mendedahkan sebuah organisasi jahat. Sementara M menentang kuasa politik untuk mengekalkan perkhidmatan rahsia, Bond mengupas lapisan-lapisan pembohongan untuk mendedahkan kebenaran yang menakutkan di sebalik SPECTRE. Filem ini enampilkan Daniel Craig sebagai James Bond, diarahkan oleh Sam Mendes dan diterbitkan oleh Michael G. Wilson serta Barbara Broccoli.

LATAR BELAKANG BELVEDERE VODKA

Dihasilkan daripada Rai, Air, Karakter.

Pertama kali dicipta pada tahun 1993, Belvedere Vodka merupakan yang pertama menghasilkan piawaian baharu bagi kecemerlangan dalam kategori vodka, dan mewujudkan kategori vodka mewah. Hari ini, karakter khusus Belvedere serta integritinya yang kukuh diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh para peminat vodka bercitarasa, yang menghargai perwatakannya yang bebas bahan tambahan dan semula jadi sepenuhnya. Diperbuat daripada Dankowskie Rye dan diadun dengan air daripada sumber sucinya tersendiri, profil rasa Belvedere tersendiri yang lembut dengan sedikit kemanisan serta penghujungnya yang halus dan juga bersih.

Belvedere boleh didapati di restoran- restoran dan kelab-kelab malam premium di seluruh dunia serta di semua peruncit minuman keras dan juga wain halus. Pada 2013, Belvedere Vodka melancarkan kempen pengiklanan global baharu, "Know the Difference," yang mengetengahkan pembuatan vodka Poland dengan kualiti tidak terbanding dan warisan mewah jenama itu. Kempen itu memperlihatkan identiti dan pengguna jenama itu serta menampilkan ketulenan dan juga perwatakan jenama mewah itu sambil menggalakkan pengguna supaya tidak berkompromi dengan piawaian vodka mereka.

LATAR BELAKANG ALBERT R. BROCCOLI'S EON PRODUCTIONS

EON Productions Limited dan Danjaq LLC dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Broccoli/Wilson. Danjaq merupakan syarikat yang berpangkalan di AS yang memiliki secara bersama dengan Metro-Goldwyn-Mayer Studios, hak cipta bagi filem James Bond sedia ada dan mengawal hak untuk menerbitkan filem-filem James Bond akan datang selain kesemua barangan berkaitan di seluruh dunia. EON Productions, sekutu Danjaq, merupakan sebuah syarikat penerbitan yang berpangkalan di UK, menghasilkan filem James Bond. Francais 007 merupakan yang paling lama bertahan dalam sejarah perfileman dengan dua puluh tiga filem berjaya diterbitkan sejak 1962. Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli meneruskan usaha Albert R 'Cubby' Broccoli serta telah menerbitkan antara filem Bond paling berjaya termasuklah CASINO ROYALE, QUANTUM OF SOLACE dan juga SKYFALL.

LATAR BELAKANG METRO-GOLDWYN-MAYER

Metro-Goldwyn-Mayer meraikan 90 tahun sebagai peneraju dalam perniagaan hiburan dan penginovasi industri. Hari ini, MGM merupakan syarikat hiburan yang menumpukan kepada penerbitan dan pengedaran kandungan filem serta televisyen di peringkat global. Syarikat itu memiliki salah satu perpustakaan paling besar di dunia yang mengandungi kandungan televisyen dan filem premium. Tambahan pula, MGM mempunyai pelaburan dalam saluran televisyen antarabangsa dan domestik serta merupakan pemilik majoriti dan juga pengedar bagi United Artists Media Group (UAMG). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.mgm.com.

LATAR BELAKANG SONY PICTURES ENTERTAINMENT

Sony Pictures Entertainment (SPE) merupakan anak syarikat Sony Entertainment Inc., sebuah anak syarikat Sony Corporation yang berpangkalan di Tokyo. Operasi global SPE merangkumi penerbitan, pemerolehan dan pengedaran filem gambar; penerbitan, pemerolehan serta pengedaran televisyen; rangkaian televisyen; penghasilan dan juga pengedaran kandungan digital; operasi kemudahan studio; dan penciptaan hiburan, produk-produk, perkhidmatan serta teknologi baharu.

Sebarang maklumat lanjut, lawati www.sonypictures.com.

WWW.BELVEDEREVODKA.COM
WWW.FACEBOOK.COM/BELVEDEREVODKA
WWW.TWITTER.COM/BELVEDEREVODKA
WWW.INSTAGRAM.COM/BELVEDEREVODKA

Source: Belvedere Vodka
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture Food/Beverages Retail Joint ventures New products/services