omniture

Saintis Korea Terbitkan Keputusan Terkini Pemeriksaan Kanser Kolorektum Melalui Ujian M2-PK dalam Jurnal 'Gut and Liver' yang Terkenal

ScheBo Biotech AG
2014-12-17 03:04 106

SEOUL, Korea Selatan, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ --

Saintis-saintis daripada Kolej Perubatan di Catholic University of Korea telah menerbitkan data terkini tentang ujian M2-PK daripada kajian pelbagai pusat pemeriksaan kanser kolorektum di dalam jurnal 'Gut and Liver'. Keputusan yang ditemui oleh pakar kanser Profesor Yong Kim dan rakan-rakannya mengesahkan keupayaan luar biasa ujian M2-PK, terutamanya apabila dibandingkan dengan ujian darah akulta tinja imunologi (iFOBT) bagi mengesan adenoma dan kanser kolorektum.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140215/721009 )

Dalam kajian yang dijalankan, Profesor Kim dan rakan-rakannya mengkaji penanda bio enzim M2-PK melalui sukarelawan dalam kumpulan pesakit dengan 139 kes kanser kolorektum dan 124 dengan adenoma, berserta kumpulan kawalan berasaskan populasi yang terdiri daripada 60 individu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 323 subjek. Kepekaan ujian M2-PK adalah 92.8% untuk kanser kolorektum manakala 69.4% untuk adenoma. Di samping itu, mereka turut membandingkan keputusan ujian M2-PK dengan ujian darah okulta tinja imunologi (iFOBT). Ia adalah jelas lebih rendah berbanding ujian M2-PK. Ujian iFOBT hanya berupaya mengesan 47.5% kanser kolon dan hanya 12.1% adenoma. Sebaliknya, ujian M2-PK dapat mengesan dua kali ganda kes kanser kolorektum dan hampir enam kali ganda jumlah adenoma berbanding ujian darah okulta tinja imunologi (iFOBT). Keputusan saintifik yang diperoleh daripada University of Korea benar-benar mengesahkan keupayaan ujian tinja M2-PK bagi tujuan pemeriksaan dan pengesanan awal kanser kolorektum.

Ujian tinja M2-PK disediakan sebagai ujian kualitatif pantas yang dikenali sebagai ScheBo® M2-PK Quick™ dan juga sebagai ujian tinja kuantitatif sepenuhnya ELISA.

Sumber: Kim YC, et al., Gut and Liver, online December 5th, 2014; http://dx.doi.org/10.5009/gnl13457 , http://www.gutnliver.org/ .

Hubungi: ScheBo® Biotech AG / Tel: +49-(0)641-4996-0 / Faks: +49-(0)641-4996-78 http://www.schebo.com

Gambar boleh didapati melalui epa european pressphoto agency ( http://www.epa.eu/ ) dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://www.presseportal.de/pm/28702/schebo-biotech-ag?keygroup=bild

Sumber: ScheBo Biotech AG

Source: ScheBo Biotech AG
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries