omniture

Mercuria Upah Lebih 40 Pakar Bahan Api Laut Daripada OW Bunker

Mercuria Energy Group
2014-12-17 03:45 99

GENEVA, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ --

Pemimpin Tenaga Luaskan Perniagaan Minyak Bahan Api dan Penawaran Perkhidmatan

Mercuria, kumpulan tenaga dan komoditi utama, mengumumkan ia telah mengupah lebih 40 pakar bahan api laut daripada OW Bunker yang berpangkalan di Denmark, pembekal bahan api kapal bankrap.

"Ini merupakan peluasan semulajadi bagi infrastruktur dagangan minyak bahan api kukuh kami," kata Magid Shenouda, ketua kumpulan dagangan Mercuria. "Dengan menambah ahli profesional berbakat ini kepada kalangan kami, kami memperkukuhkan set kemahiran Mercuria dan hubungan dalam perniagaan minyak bahan api fizikal, terus meluaskan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan serta menambah kestabilan dan juga keandalan kepada pasaran bahan api kapal global dengan memberikan perkhidmatan dan kepakaran kepada mereka yang bergantung kepada pengetahuan bidang tenaga."

Pakar-pakar yang menyertai Mercuria akan bertanggungjawab untuk membekalkan bahan api kapal kepada para pengguna – meluaskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mercuria sebagai pedagang komoditi dan tenaga fizikal. Dengan penambahan pakar bahan api kapal ini, Mercuria akan meneroka pembangunan anak syarikat diri tunggal, Minerva yang akan memastikan kualiti dan penghantaran keperluan tenaga kepada kapal marin.

Bagi menempatkan pakar tambahan tersebut, Mercuria akan membuka pejabat baharu di Korea, Greece, dan Jepun serta menambahkan kakitangan kepada pejabat yang semakin besar di Houston dan Geneva, melengkapi rangkaian global luas lantai dagangan dan pejabat perwakilan. Dengan kakitangan sedia ada dan tambahan, Mercuria akan terus memberikan keyakinan dalam menyediakan bahan api mengikut spesifikasi serta masa.

"Dengan bertahun-tahun pengalaman dalam pengurusan bahan api kapal, para individu ini mempunyai kemahiran khusus untuk membantu mengurangkan risiko harga bahan api laut dan mengawal kos bagi pihak berlawanan," sambung Shenouda. "Hari ini, pasukan Mercuria mempunyai kesedaran mendalam tentang pembangunan pasaran di semua forum dagangan minyak utama. Kami mempunyai perspektif global dan juga pandangan tempatan berkaitan dinamik pasaran masa sebenar."

Mercuria merupakan sebuah kumpulan tenaga dan komoditi yang terkemuka. Dengan pendapatan bagi tahun 2013 sebanyak USD 112 bilion, Syarikat itu, memberi tumpuan utamanya kepada tenaga, mempunyai kehadiran di seluruh rantaian nilai komoditi dengan aktiviti membentuk gabungan seimbang aliran komoditi dan aset strategik. Lebih 1,000 orang beroperasi dari pejabat-pejabat di seluruh dunia untuk mengekalkan capaian perniagaan yang luas bagi Syarikat itu menerusi pengetahuan pasaran, kepelbagaian dan pengalaman mereka. Syarikat itu baru-baru ini menyempurnakan pengambilalihan unit dagangan komoditi fizikal J.P. Morgan Chase and Co.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.mercuria.com.

Hubungi: communications@mercuria.com

Sumber: Mercuria Energy Group

Source: Mercuria Energy Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements