omniture

Peluang Terakhir tahun 2014 untuk Membeli Pas Eurail dengan Diskaun 20%

Eurail Group G.I.E.
2014-12-17 03:48 109

UTRECHT, Belanda, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ --

Beli Pas Global atau Pas Pilih sebelum 31 Disember, 2014 dan Jimatkan Tambang Perjalanan

Masih tercari-cari hadiah musim cuti saat akhir? Hadiahkan rakan atau keluarga anda dengan percutian Eurail musim sejuk atau musim bunga pasti akan membawa kegembiraan.

Para pelancong yang tinggal di luar Eropah masih boleh mengambil peluang mendapatkan diskaun istimewa 20% daripada harga biasa bagi Pas Global & Pilih Eurail. Pas promosi luar musim kemuncak itu boleh dibeli sehingga 31 Disember 2014 dan pemegang pas boleh menggunakannya sehingga 31 Mac 2015. Promosi ini sah bagi Pas Global & Pilih Eurail kelas pertama dan kedua serta terbuka kepada semua kategori penumpang: Dewasa, Kanak-kanak serta Belia. Pas Penjimatan yang dikhaskan untuk kumpulan dua hingga lima orang menawarkan pengurangan tambahan sebanyak 15%.

Musim luruh dan sejuk memperlihatkan wajah Eropah yang berbeza. Pengalaman teres luaran memberi laluan kepada pub selesa yang dipenuhi warga tempatan; pengalaman makanan berubah daripada hidangan musim panas yang lebih ringan kepada juadah lebih berat, seperti stu yang khusus mengikut negara. Tradisi turut berubah bersama musim. Discover Carnival pada bulan Februari di Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Belgium, dengan setiap negara menambahkan keunikan budaya yang tersendiri kepada acara-acara tersebut. Pesta musim sejuk dan aktiviti sukan lain juga diadakan di pelbagai negara Eropah. Pemandangan daripada kereta api berubah menjadi dunia indah musim sejuk di kebanyakan kawasan Eropah tengah dan utara, melainkan pemegang pas memilih untuk menuju ke arah Mediterranean yang mana suhu adalah lebih panas, tetapi kurang sesak berbanding semasa musim panas.

Pas Global Eurail sah bagi perjalanan di 24 negara Eropah (termasuk perjalanan percuma atau berdiskaun bagi sesetengah laluan perkapalan utama) dan menawarkan penumpang bebas dengan fleksibiliti untuk menghasilkan jadual perjalanan mereka sendiri sambil menaiki serta turun dari kereta api merentasi Eropah. Pas Global Eurail terus menjadi pas paling popular dalam portfolio Eurail, diikuti oleh Pas Pilih Eurail, sah bagi perjalanan di empat buah negara Eurail yang berdekatan, menawarkan kepada para penumpang 27 negara untuk dipilih.

Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian sedunia Ejen Jualan Umum Sah. Untuk maklumat lanjut lawati: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Eurail Group G.I.E., organisasi yang berdedikasi terhadap pemasaran dan pengurusan Pas Eurail serta InterRail, dimiliki sepenuhnya oleh tiga puluh syarikat kereta api dan juga perkapalan yang mengambil bahagian. Tambahan pula, Syarikat berkenaan mempunyai banyak rakan kongsi faedah, termasuk hotel, syarikat pengangkutan dan muzium, yang menawarkan perkhidmatan mereka sama ada pada kadar lebih murah atau secara percuma kepada para pemegang pas kereta api.

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel