omniture

Doble Engineering Company Penuhi Permintaan Pendidikan Transformer di Timur Tengah dengan Seminar Life of a Transformerâ„¢ di Dubai

Doble Engineering Company
2014-12-17 07:38 97

-- Pakar Industri bagi Ujian dan Penyelenggaraan Aset Grid Elektrik Bawakan Pengalaman Latihan Premier Dunia ke Dubai untuk Bantu Organisasi Kuasa Elektrik Pertingkatkan dan Jamin Keandalan Transformer Jangka Panjang

WATERTOWN, Massachusetts, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Bagi membantu ahli profesional kuasa elektrik mengawal dan bertindak balas lebih baik kepada permintaan kuasa yang meningkat di seluruh Timur Tengah, Doble Engineering Company akan membawakan Seminar Life of a Transformer ke Dubai, UAE, buat kali pertama antara 18-22 Januari 2015. Persidangan tersebut berfungsi sebagai seminar latihan utama tentang transformer, memberi peserta maklumat praktikal daripada pakar industri dan menghasilkan kesan segera yang dapat diukur terhadap prestasi transformer dan keandalan grid.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130912/NE78817LOGO

Rantau Timur Tengah kini mengalami permintaan lebih tinggi bagi kuasa elektrik. Permintaan meningkat ini sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan urbanisasi, dan pembangunan populasi serta ekonomi yang ketara di seluruh Timur Tengah. Pertumbuhan ini meletakkan tekanan yang jelas terhadap infrastruktur sedia ada di rantau itu dan menggandakan kepentingan amalan keandalan transformer terbaik dalam kelasnya.

Di seminar Dubai itu, pemimpin industri yang bertanggungjawab bagi pembuatan, kejuruteraan, penghasilan, penyelenggaraan, dan pengurusan transformer kuasa akan memberikan gambaran lebih luas pengurusan transformer berkesan, yang boleh diaplikasikan kepada semua tahap dalam organisasi kuasa elektrik terbabit. Pakar-pakar juga akan bersama sepanjang acara tersebut dan boleh ditemui oleh para peserta semasa ekspo seminar itu.

Don Schubert, naib presiden Marsh Insurance and Risk Management, akan menyampaikan ucapan utama tahun ini, memfokuskan kepada implikasi insurans dan kewangan dalam membekalkan kuasa elektrik. En. Schubert akan menyentuh kitaran pasaran, faktor kos kerugian, punca dan penyelesaian risiko transformer, serta akibat membekalkan kuasa yang tidak andal. Para penyampai lain termasuklah wakil daripada Saudi Power Transformers Company, Siemens Energy, ABB, Alstom, Maschinenfabrik Reinhausen GmbH, Royal Smit Transformers, Efacec, Tamini dan JST, antara lainnya.

"Membantu pelanggan Doble di Timur Tengah memenuhi keperluan pelanggan mereka dengan lebih baik melalui pendidikan kitar hayat transformer, pada semua peringkat, merupakan keutamaan penting bagi kami, terutamanya ketika kami menyaksikan permintaan di rantau ini naik mendadak," kata David Zabetakis, Presiden Doble. "Memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman industri di seminar latihan kami merupakan cara terbaik bagi membantu mereka melakukan tugas mereka dengan baik dan berkesan, sambil memberikan mereka peluang untuk terus membangunkan kerjaya mereka."

Sepanjang 13 tahun menganjurkan acara tersebut, Seminar Life of a Transformer oleh Doble telah melatih lebih 7,000 ahli profesional kuasa elektrik daripada lebih 50 buah negara di enam benua. Pada 2015, 600 lagi peserta dijangka menghadiri tiga seminar Life of a Transformer 2015, termasuklah seminar Dubai, acara tahunan Amerika Utara ke-13 di San Antonio, Texas bermula pada 9-13 Februari, dan Seminar Life of a Transformer Eropah tahunan ke-3 di Lyon, Perancis bermula pada 1-5 Jun.

Seminar Life of a Transformer tahun ini mengikuti dua perkembangan lain baru-baru ini di Timur Tengah. Pada bulan Jun, Doble mengumumkan hubungan lanjutan dengan National Grid Saudi Arabia, diikuti dengan pembukaan pejabat baharu di Dubai pada 2014.

Latar Belakang Doble Engineering Company

Kini di lebih 110 negara, Doble Engineering Company telah membantu pelanggan dalam industri kuasa elektrik meningkatkan operasi dan mengoptimumkan prestasi sistem untuk hampir seabad. Doble menawarkan peralatan diagnostik, perkhidmatan, dan perpustakaan premier dunia bagi keputusan ujian perkakas yang signifikan secara statistik bagi manfaat penjanaan tenaga, transmisi, syarikat penghantaran dan pengguna kuasa industri seluruh dunia. Doble merupakan sebahagian daripada Utility Solutions Group of ESCO Technologies Inc. (NYSE: ESE), St. Louis. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.doble.com.

Source: Doble Engineering Company
Related Stocks:
NYSE:ESE
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Utilities Trade show news